ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, February 17, 2011

POPIAH SENGKUANG DAN KAROT

 
POPIAH SENGKUANG DAN KAROT

Hah! nak mengadu ler ni sikit ekk... gengs kat umah ni memang ler hantu Popiah! kenapa??? entah nak cakap selalu bikin tak jugak.. jawapannya kat kantin sekolah inilah kuih yang selalu mereka beli ekk.. so petang ni i bikinkan untuk gengs di rumah tu hah! suka ko.. terus terang popiah bukan kuih kesukaan i.. biasa-biasa sahaja tu yang jarang buat.. dah gengs suka.. buat ler jugak hehe.. sebab kalau beli di luar bawak balik jerk dah lembik... buat jugaklah best... yer tak.. bukan leceh pun senang seperti ABC!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
POPIAH SENGKUANG DAN KAROT
Bahan-bahan Untuk inti :
  • 1 biji bawang merah ~ dadu
  • 2 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 batang karot ~ hiris nipis dan potong macam batang mancis
  • 1/2 biji sengkuang ~ hiris nipis dan potong macam batang mancis
  • 3 sudu besar udang kering ~ rendam dan toskan
Cara membuat Inti :
  • tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga layu
  • masukkan sengkuang dan karot
  • jangan terlalu lama, sesuaikan rasa
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu
Bahan untuk kulit :
  • 1 peket kulit popiah medium saiz
  • 1 biji kuning telur untuk ~ gam kulit popiah
Langkah terakhir :
  • ambil sekeping kulit popiah dan bubuh sedikit inti dan sapukan dengan telur di tepinya gulung dan lakukan sehingga inti habis
  • panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan
  • angkat dan toskan!
  • sedia untuk di makan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
POPIAH SENGKUANG DAN KAROT
jangan lupa cecahkan dengan kuah sos cili >>> 2 BATANG LADA MERAH, 2 BIJI BAWANG PUTIH, 5 SUDU BESAR SOS CILI DAN SEDIKIT GULA >>> campurkan kesemua bahan dan didihkan di atas dapur. KUAH SOS CILI SIAP DI CECAH! CEWAHHHH!!
 Amacam?? mudah aje kan???
selamat mencuba!!
TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ