ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, February 21, 2011

KARI AYAM DAN KENTANG

 
KARI AYAM DAN KENTANG

Kari kentang... minggu lepas dah masak kari ikan... permintaan bonda tersayang ni ekk.. sebab petang nanti katanya nak cecah dengan lempeng kelapa... wah! best betul ekkk.. bestnya mengoder eheee.. tak per.. terima kasih pada Bonda sebab request kalau tak memang senoneng jugak kepala ni dok memikirkan apa yang nak di masak ayam tu ekk.. okay kari ayam ni adalah hidangan yang paling simple tetapi rasanya memang enak.. gandingan lauk lelain tu nak kena tahu ekk.. kalau dah ada kari jangan ko masak lauk berkuah yang lain! aje memang hampehhh! tak menonjol ler lauk kari kita tu ek...kari juga ada pelbagai jenis so ini salah satu resipe nanti i share lagi ekk.. ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI AYAM DAN KENTANG

Bahan-bahan kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 10 batang cili kering
  • 1 peket serbuk kari
Bahan-bahan lain :
  • 1 ekor ayam cuci bersih 
  • 3 biji kentang ~ potong 
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 biji kelapa ~ perah dan ambil santan 3 kali
Cara memasak :
  • Panaskan minyakTumiskan dulu kayu manis, pelaga, bunga lawang, jintan kasar sehingga naik bau
  • masukan serai dan bahan-bahan kisar sehingga garing atau rempah masak
  • masukkan ayam dan gaul rata
  • masukkan santan dan renehkan dengan api sederhana
  • setelah mendidih masukkan kentang dan sesuaikan rasa
  • masak sehingga ayam dan kentang masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
KARI AYAM DAN KENTANG
 Mudah aje kan.. tetapi jangan selalu masak berlemak dan bersantan.. kolestrol yOuuu..
Menu 21 FEBRUARI 2011

  • SAYUR GORENG RAMPAI
  • KARI AYAM DAN KENTANG
  • TAHU DAN TEMPEH GORENG CICAH SAMBAL KICAP
  • IKAN MASIN
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ