ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, March 16, 2011

SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN BELIMBING


SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN BELIMBING

Tiada kata untuk hidangan tengahari ini... memang ler i suka sangat! sambal tahi minyak! bukan mudah nak membuat tahi minyak tu.. bukan susah bebenau pun hehe.. cuma leceh sikitt aje ekk... teringin punya pasal... ku kuatkan semangat jugak membikinnya hari ini ekk.. hasilnya... mak aii.. pak aii... jiran sebelah rumah i tu pun senyap jerk selepas di hulur semangkuk heee... semua ini gara-gara belimbing yang ku borong di Pasar Besar Melaka ler tu ekk.. nak tahu lebih lanjut tentang Pasar Besar Awam Melaka 

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN BELIMBING


CARA MEMASAK TAHI MINYAK :


1 biji kelapa tua ~ perah santannya, ambil pekat sahaja
masukkan ke dalam kuali dan sentiasa di kacau sehingga menjadi kental dan kering/BERGENTEL seperti gambar di atas. angkat dan ketepikan.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMASAK :
SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN BELIMBING


2 bawang besar ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1 inci lengkuas ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang serai muda ~ hiris
10 batang cili padi ~ hiris
10 biji belimbing buluh ~ belah dua
1 mangkuk kecil ikan bilis ~ buang perut dan rendam kemudian toskan
tahi minyak 
1 keping asam gelugor
sedikit air
garam dan gula

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi sehingga naik bau.
masukkan ikan bilis dan kacau rata
masukkan belimbing buluh, asam gelugor dan sedikit air.
renehkan sebentar sesuaikan rasa, setelah kuah agak pekat angkat dan hidangkan!

TENGGG!!! TARRAAA!!!
SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN BELIMBING


Muahahahaa... nampak leceh.. mudah jugak sebenarnya.. jugak ler hehe.... selamat mencuba kawan-kawan...:):):)



Hidangan tengahari 15hb MARCH 2011

LEMAK CILI API UDANG DAN BELIMBING

SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN BELIMBING

SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!

**JANGAN LUPA JENGAH BLOGS I SATU LAGI >>> KE PASAU MELAKA KITA EKK.. EKK...

TATA!!!


2 comments:

kak tie said...

Sha..sambal taik??
er..cam best jew..hihihi

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak yati hahaa.. namanya tu yang menyeramkan tetapi enak bangat!..:)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ