ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, April 22, 2013

Kacang Panjang Goreng Berlada ~ Resipi Majalah Aroma Edisi April 2013










KACANG PANJANG GORENG BERLADA (resipi Majalah Aroma)

BAHAN-BAHANNYA :

20 batang kacang panjang *potong 2 inci
2 keping tahu *potong kecil
2 sudu besar air asam jawa
gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
50 gm ikan bilis
1 cm belacan bakar

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *Bahan Kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan tahu dan kacang panjang, kacau sehingga kacang bertukar warna.
  3. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
  4. Angkat dan hidangkan!
Terima Kasih Majalah Aroma :)


 JOM!!! Kita Jumpa... Di PWTC..

Shahriah akan berada di sana pada 28hb April 2013 (AHAD)

Tepat jam 11 pagi ~~~~ 1 Petang

Jangan lupa!! Ada cenderahati buat semua.. Insya~ALLAH... :)

Assalammualaikum...

TATA!!!

Thursday, April 18, 2013

Kek Pisang Bermadu ~ Majalah Aroma Edisi April 2013



Assalammualaikum.... Salam Sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati dan sentiasa berada di dalam ingatanku.. walaupun manjang lesappp... dan langsung tidak meninggalkan asappp :)) dan sekarang baru timbul lagi dan lagi.. setakat mana bertahan.. itu tak pasti.. Wallahualam... :D

Buat semua teman-teman yang tidak pernah putus-putus singgah di blogs i yang manjang tak ada sejak kebelakangan ini.. Shahriah nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kerana masih sudi datang bertandang dan meninggalkan komen.. walaupun sejak dua menjak ini Shahriah jarang benar dapat BW dan meninggalkan jejak di blogs kengkawan semua.. bilalah agaknya nak dapat macam dulukan... sepanjang hari boleh dok santai depan PC pastu... BW blogs kengkawan...tinggalkan komen... hmm... masa benar-benar mencemburui i sekarang ni... :(

Tak pe.. tak pe.. walau apa pun hidup perlu di teruskan.. kan kan... Okay kali ni i nak share dengan you olls... resipi-resipi yang telah pun di paparkan di majalah Aroma awal bulan April.


Jutaan terima kasih buat Majalah Aroma kerana sudi berkongsi beberapa resipi masakan dari dapur The Writer's Cooking. Terutama buat Puan Siti Dimiati yang cantik manis kerana sudi menghubungi Shahriah beberapa bulan yang lepas. Majalah Aroma adalah antara Majalah yang sentiasa Shahriah dapatkan di pasaran setiap bulan. Tidak pernah tidak membelinya.. pasal apa??? Sebab Majalah Aroma Best! memaparkan ramai teman-teman blogger yang hebat-hebat dan juga chef2 profesional. Masakan dan resipi yang cukup enak, gambar yang jelas dan terang juga menarik. Di pendekkan cerita Majalah Aroma terbaiklah!!! :)
 

Kebetulan masa Pn Siti Diamiati hubungi i masa tu i tengah sibuk sangat... memang ada pelbagai program masakan dan demo. i cuba juga penuhi permintaan Pn Siti Dimiati... curi-curi masa nak kumpul bahan dan gambar untuk di kongsikan buat semua pembaca Majalah Aroma. Akhirnya... Alhamdulillah.. walaupun tergesa-gesa dan mengejar masa, mana lagi nak membahagikan kerja yang bertimbun. Dapat juga i kongsikan 7 resipi mudah buat semua pembaca Majalah Aroma.

Dan i akan cuba kongsikan di sini satu-persatu buat tatapan semua, yang mana terlepas edisi April tu.. bolehlah rujuk di blogs masakan Shahriah ni yaa... terima kasih semua.. :D

Kek Pisang Bermadu


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm Pisang lemak manis
100 gm gula kastor
300 gm tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/4 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur *saiz A
2 sudu besar madu
100 ml susu segar
100 gm badam hiris

Untuk Tatah Di atas Kek :

4 sudu besar madu

CARA :

  1. Lenyekkan pisang bersama gula sehingga hancur dan gula larut.
  2. Campurkan susu segar, telur dan kocok sehingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan pisang yang telah di lenyek.
  3. Masukkan madu dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga tepung habis.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega.
  6. Taburkan hirisan badam di atas kek.
  7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 40-45 minit.
  8. Setelah kek masak, sapukan dengan madu dan sedia untuk di hidangkan.

 TARRAA!!!

Kek Pisang Bermadu 


Sangat lembut.. basah.. gebus... lemak.. manis... sedappp... ;))

tak caya? cecuba.. cecuba... ;))
 

Okay.. i stop sini dulu.. nanti i share lagi okay...

jaga diri.. jangan noty-noty..

 ingat Shahriah cayang kat you olls semua..


MUAHHHHHHzzzzzzzzzzzzzzzzzz  :D

Assalammualaikum..

TATA!!

Thursday, April 4, 2013

Assalammualaikum...Meh! Sembang Jap... Sandwich Rendang... i tengah sibuk bergendang ler ni...



Assalammualaikum....

Apa khabar semua??? Bersua kembali setelah berminggu tidak berasap dapur maya i yang jap ada manjang tak de ni hah! :D

Bukan apa.. sekarang ni i memang benar-benar sibuk dengan pelbagai urusan.. pelbagai undangan.. pelbagai tawaran yang semuanya datang dalam waktu yang sama!

Syukur Alhamdulillah... rezeki ALLAH SWT beri...:) Dan ada beberapa tawaran yang datang tu.. memang sungguh di luar jangkaan... memang selama ni tak pernah pun terfikir... murah betul rezeki ALLAH SWT limpahkan.. yang tak bestnya tu.. jika i terima 'Tawaran yang satu itu' bermakna i terpaksa berhijrah... meninggalkan kampung i yang cukup aman dan damai ni hah!

Lama berfikir~~~~~ berbincang~~~~ solat Istiharah... akhirnya.. i terpaksa menolak 'Tawaran Yang satu itu'. Walaupun pun i yakin 'Tawaran Sebegitu' tidak mungkin akan datang 2 kali untuk seumur hidup i... ~Wallahualam~
    

Hokayy... itu tentang 'Tawaran Luar Biasa' dah selesai walaupun tiap hari ada jugak terbayang-bayang tawaran yang lumayan tu hah! ;)) Heppp! i lebih rela tinggal di kampung dari berhijrah nun jauh di kota yang hiruk-pikuk.. masa untuk bersantai-santai je sekarang ni.. usia pun semakin meningkat.. dah nak masuk dalam keluarga 'MIDI'.. dah ni hah! :D

Lepas satu tawaran... satu lagi tawaran datang... serius tawaran tu datang selang sehari... Ya! ALLAH! macam tak percaya pun ya... itulah namanya kuasa ALLAH... kita sebagai manusia hanya merancang.. tetapi ALLAH yang menentukan.. ALLAH Maha Mengetahui.... ALLAH Maha Besar...

Masuk TV???? Lagi????

Okay yang ni semuanya sedang i aturkan, sebab tu sekarang i ni super busy... super duper BUSY.... soOOo.. tunggu bila dah tiba.. waktunya.. semestinya i akan share kepada semua kawan-kawan dan peminat Shahriah Abdullah yaa... apa tu??? TunggUuuu....  


Bagi hints sikit lah....
Nak tengok macam mana i bekerja di rumah??? nak tengok office i yang tak seberapa tu??? nak tengok i memasak??? nak tengok dapur i?? nak tengok rumah i?? keluarga??? ***Wahhh... giteeww*** :D

Okay then.. kenalah tunggu yaa... ;) *wink  

Sandwich Rendang


Okay sambung kisah memasak ler pulak yaa...

Menu kali ini i share idea aje yaa.. resipi i dah pernah share sebelum ini.. resipi dari Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.... buku resipi i yang pertama.. wah! ada buku resipi yang kedua ke?? tungguuu... shooting pun belum berkesempatan ni.. jadual padat.. tetapi jadual untuk shooting dah ada ;)

Sandwich Rendang
   

Okay, gini..  kalau ada masak rendang lebih tu...
pepagi kala nak breakfast tu.... ambil beberapa keping roti putih atau oat meal breads... then..sapukan Rendang daging kita tu dia atas kepingan roti.. tangkup dua.. dan kemudian NGAP!!!

Dap tak??? ehh.. mestilah!!! :))


Antara sebab i jarang update blogs... salah satunya... line internet problem.. lebih 10 kali called Telekom.. mereka cakap sebab cuaca tak elok.. jadi dari menaip dan tak boleh save.. line asyik terputus.. itu pasallah i jarang menghadap blogs...

Kepada semua kengkawan yang setia singgah di dapur maya The Writer's Cooking.. i nak ucapkan Jutaan Terima Kasih... andalah sumber inspirasi untuk i terus berkongsi sedikit sebanyak ilmu.. walaupun hanya sebesar kuman.. yang penting i ikhlas...

Sekian dulu.. jumpa nanti.. take care.. smile always... *i cuba update blogs sekerap yang mungkin bila ada kelapangan yaa.. kalau tak cari i di Fan Page sahaja.. i akan sentiasa update di sana*

Assalammualaikum... cayang semua.. muahzzzzzZzzz <<<--- kiss sampai terlelap.... :D

TATA!!!!    


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ