ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, May 15, 2011

BAKSO VERSI II

BAKSO VERSI II

WAHH... bakso laa... memang suka makan bakso... hari ni i bikin bakso... bukan susah pun... lagi simple dan mudah di bandingkan dengan soto...:):) simple sangat.... kalau tak percaya you all kena cuba oke..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
BAKSO VERSI II

KUAH BAKSO
  KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
10 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar lada putih/lada sulah

BAHAN LAIN :
1 kg tulang daging
1/2 kg bebola daging *jenama MOHAMMAD *halal
2 batang serai ~ titik

CARA MEMASAK :

rebuskan tulang sehingga empuk
tumiskan *bahan-bahan kisar dan serai sehingga garing
masukkan *bahan-bahan yang telah di tumis kedalam air rebusan daging, didihkan sehingga rempah sebati masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah mesra angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
:
:
SOHOON RENDAM BERSAMA AIR PANAS DAN TOSKAN
:
:
MARCARONI ~ PILIHAN PAK HABIBI MAKAN BERSAMA KUAH BAKSO
 :
:
KOBIS DI SAGAT HALUS
:
:
TAUGEH BUANG EKOR
:
:
BAWANG GORENG
:
:
DAUN SADRI
:
:
SAMBAL CILI PADI KICAP
:
:
SAMBAL CILI KEMIRI
*CILI PADI DAN BUAH KERAS TUMBUK HANCUR SESUAIKAN GULA DAN GARAM
:
:
TENGG!! TARRAA!!!!
BAKSO VERSI II
:
:
SIMPLE, HALAL, JIMAT BELANJA, THE BEST!!
:
TATA!!!


Saturday, May 14, 2011

MANGO CARAMEL PUDDING


MANGO CARAMEL PUDDING

SLURPPPPPPPPPPPP........... komen sikit ekk... rasanya.. lemak sangat.... manis dari gula caramel tu... waduhh.. bila dikunyah... rasa manggo/buah mangga masak yang lemak masam dan manis.... tekstur.. kental, lembut dan enak... itu sahaja komen yang dapat di terangkan setakat ini... yang selebihnya you all kena cuba sendiri oke...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MANGO CARAMEL PUDDING

UNTUK GULA CARAMEL :

6 sudu besar gula pasir
2 sudu air

CARA MEMBUAT CARAMEL :

masukkan gula di dalam kuali dan air
biarkan sehingga gula larut dan bertukar keperangan
masukkan ke dalam acuan dan ketepikan

CARA MEMBUAT ADUNAN PUDDING :

5 biji telur *saiz AAA
3/4 susu pekat
sedikit garam
1 biji buah manggo/mangga ~ potong dadu kecil-kecil
1 sudu besar esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN MANGGO PUDDING :

Putarkan telur sehingga kembang
masukkan esen vanilla dan susu pekat sehingga berbuih
taburkan sedikit garam
tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di letakkan gula caramel
taburkan buah manggo yang di potong dadu
bakar dengan suhu 120'c selama 40 minit
angkat dan sejukkan terlebih dahulu
hidangkan setelah benar2 sejuk dari dalam chiller!!

TENGG!! TARRAA!!!
MANGO CARAMEL PUDDING
 TERBAIKKK!!!!
 SLURPPPPP.............................:):):)

TATA!!!
 

GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM


GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM

Gulai.... dah lama tak share resipe gulai ikan.. asam pedas... ke.. bukan lama tak masak.. boleh di katakan seminggu dua kali.. cuma tak share dalam blogs aje.. tapi hari ni i share... so bertambahlah koleksi resipe gulai dalam blogs i ni kan...  ikan  yang i gunakan ni pun hasil tangkapan dari nelayan di kampung i... i kalau nak beli suka beli yang fresh... sanggup bayar lebih sikit.. tetapi rasanya memang the best!!!! bila dah sampai kat pasaraya tu dah kena air batu.. tak semanis yang fresh... tapi yang mana tinggal di bandar tu memang lah tak merasa ikan fresh macam tu kan.. tak per yang penting ikan yang kita beli tu masih segar dan tidak busuk... so bila di masak tu taklah berbau dan tawar aje isinya... ikan unga adalah ikan fav bonda... so i masakkan lauk ni khas buat bonda dan keluarga tersayang dan resipe buat kengkawan semua yaa...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN DI KISAR :
1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
30 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan bakar
BAHAN-BAHAN LAIN :

4 keping isi ikan unga
1/2 cekak daun kesum
8 tangkai kacang bendir
1 genggam asam jawa ~ jadikan 5 cawan air
Bahan untuk menumis :

1 biji bawang merah *saiz kecil ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
tumiskan *bahan-bahan dikisar sehingga pecah minyak *biar lama sedikit lebih enak *api sederhana sahaja
masukan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih
setelah mendidih masukkan kacang bendir dan daun kesum
setelah kacang bendir separa empuk masukkan ikan
sesuaikan rasa dan setelah ikan masak
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM
 THE BEST!! KEPALA IKAN UNGAN TU I SIMPAN.. NANTI I NAK BUAT SUP KEPALA IKAN... MEMANG BEST!!!

TATA!!


BENING KETAM

BENING KETAM

Ketam...:):) musim sekarang ni.. murah sangat... 1kg baru RM11 fresh pulak tu... best betullah duduk di kampung.. dulu duk di bandar jangan haraplah nak merasa yang fresh betul tak??? itulah kelebihan tinggal di kampung...:):) masakan pun simple sahaja.. dengan alasan.. ketam tu fresh banyak telur di dalamnya dan rugi kalau di sambal atau di lemak cili apikan... yang terbaik di rebus sahaja.. kuahnya yang manis tu hiruppp.. slurrrppp.. waduhh... terus pengsan!!!


JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BENING KETAM

BAHAN-BAHAN HIRIS :

1 biji bawang merah *saiz sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai ~ titik
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil lada hitam
3 cawan air 
garam

1kg ketam segar
CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas
tutup periuk dan hidupkan api *maksimum
sebaik sahaja mendidih tutup api dan biarkan sebentar dalam 5 minit
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KETAM
 TERSIMPLE... TERBAIK!!!

TATA!!!

 

SALAD TIMUN, SENGKUANG, TAHU, TEMPEH BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI


TIMUN SENGKUANG, TAHU, TEMPEH 
BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI

Kategori rojak ler ni.. cuma ianya sangat ler termudah .. rasanya sudah semestinya simple dan enak.. rasa ranggup timun dan sengkuang... lemak tahu dan tempeh tu... pulak kuah cili padi kicap tu di campurkan dengan kacang.... perghhh... memang the best! pulak cuaca panas... kunyah dan ratah macam tu jerk.. i pulak memang tak reti makan berulamkan dengan nasi jika namanya rojak atau salad... selepas habis makan nasi.. barulah i ratah cam tu jerk.... memang best!

JOM!! SALIN RESIPE!!

TIMUN SENGKUANG, TAHU, TEMPEH 
BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI

BAHAN-BAHAN DI HIRIS :

1 biji timun muda 
1 biji sengkuang
2 keping tahu ~ goreng terlebih dahulu
2 keping tempeh ~ goreng terlebih dahulu

SAMBAL KICAP CILI PADI BERSAMA KACANG :

25 batang cili padi kampung
2 ulas bawang putih
1 cawang kacang kisar
gula dan garam
kicap lemak
sedikit cuka

CARA MENYEDIAKAN SAMBAL KICAP CILI PADI BERSAMA KACANG :

kisar cilipadi bersama, bawang putih, kicap, cuka, gula dan garam sehingga hancur
campurkan bersama kacang tumbuk/kisar
dan sesuaikan rasa
hidangkan bersama timun, sengkuang, tahu dan tempeh
curahkan sambal kicap cilipadi dan kacang di atasnya!!

TENGG!! TARRAA!!!
TIMUN SENGKUANG, TAHU, TEMPEH 
BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI
 SIAP UNTUK DI RATAH!!!

TATA!!!


SINGGANG TUMIS IKAN SELAMPAI


SINGGANG TUMIS IKAN SELAMPAI

I terus terang aje ler yerkk... bila tiba bab nama dan jenis ikan memang agak kurengss sikit.. rupa tahu, nama tak tahu.. tetapi hari tu ke tempat nelayan.. ikan baru naik dari laut.. kebanyakkannya hari itu tengah musim ikan selampai.. tahu ikan selampai tu apa??? kepada yang tak tahu sama macam i ni kan.. muahaha.. tak per tak tahu kena belajar dan wajib ambil tahu.. kang tak tahu sampai bila-bila rugi... yer tak.. okay ikan selampai ini adalah sama spesis dengan ikan gelama.... ikan selampai ni lebih besar dan panjang di bahagian ekornya... isinya???? waduh memang halus dan manis... pulak baru lagi... fresh giteeww... toksah masak susah-susah... singgang tumis adalah terbaik buat si cik puan selampai tu oke.. dapat lagi satu nama ikan.. lepas ni i nak belajar lagi nama-nama ikan... *hobi baru* muahaa...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SINGGANG TUMIS IKAN SELAMPAI

BAHAN-BAHAN DI HIRIS :

1 biji bawang merah *saiz besar
2 inci halia
1 inci kunyit
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

BAHAN-BAHAN LAIN :

2 ekor ikan selampai *saiz besar ~ potong 2/3
1 batang serai ~ titik
1 sudu kecil lada hitam
6 biji cili padi
2 keping asam gelugor/asam keping
garam dan gula
air

CARA MEMASAK :

campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN HIRIS
air dan kesemua bahan-bahan di atas kecuali ikan
renehkan sehingga mendidih baru masukkan ikan
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGGG!! TARRAA!!!
SINGGANG TUMIS IKAN SELAMPAI
 SIMPLE AND SEDAP!!!
SAMBAL BELACAN JANGAN LUPA!!
THE BEST!!

TATA!!

Thursday, May 12, 2011

LEMON POUND CAKE

LEMON POUND CAKE

Nak beritahu awal-awal...baunya seharum lemon... rasa lemak, masam-masam manis...:):) teksturnya halus dan gebu....:):) lawankan dengan ice-cream vanilla atau pun strawberry jam memang the best!! Fav bonda ni...:):) yer laa.. orang dulu-dulu kan cakap kek butter.... kek pound... so kek pound yang i bikin ni.. adalah permintaan my bonda.. dan resipe i share buat semua teman-teman yang sentiasa sudi.. singgah di blogs kesayanganku ini.. thank you so much friends..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
 LEMON POUND CAKE

BAHAN-BAHANNYA :

200 gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan whipping cream
3 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder *ayak bersama
5 biji telur
2 biji lemon ~ parut kulitnya dan ambil jusnya
1 sudu besar perisa vanilla
acuan pembakar yang telah di oles dengan sedikit mentega
*strawberry jam dan gula aising untuk tambahan

CARA MEMASAK :
:
Putar mentega dan gula sehingga kembang
masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis dan putar lagi sehingga sebati
masukkan jus lemon, kulit lemon dan esen vanilla
masukkan tepung berselang-seli dengan whipping cream sehingga selesai
masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar
alaskan loyang pembakar dengan dulang pembakar dan isikan dengan sedikit air *kaedah water bath
bakar di dalam suhu 180'C selama lebih kurang 1 jam lebih/kurang
setelah kek masak, sejukkan terlebih dahulu dan taburkan dengan gula aising dan sedikit strawberry jem
sedia di makan!!

TENGG!! TARRAA!!!
LEMON POUND CAKE
 SEDAP!!!!
SIMPLE!!!
HAPPILY EVER AFTER..:):)
PRINCESS NELLYSHA BEGITU GEMBIRA DAPAT 'MENYELESAIKAN SI PEMUTAR'
muahahaa.... dia ler yang tolong buat kek tadi...:):)
jangan lupa cuba tauuu!!!

TATA!!
 

PUDING COKTAIL


PUDING COKTAIL BERSOS KASTARD DAN STRAWBERRY JAM.. YOMMY!!!

SLURRPPPPPPPP.... waduhhh!! musim panas cenggini puding adalah penawar tekak yang paling berkesan... rasa puding yang lembut... buah-buahan coktail yang masam-masam manis... rasa lemak kuah kastard... di sirami pula dengan jam strawberry yang di buat sendiri aje memang PENGSAN!!! i tell you... jam strawberry tu resipe dah pernah i keluarkan sebelum ni... kalau nak buat jem strawberry tu bolehlah geledah kat label sebelah kanan tu yaa...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
PUDING COKTAIL BERSOS KASTARD DAN STRAWBERRY JAM.. YOMMY!!!

BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN:
1 tin buah coktail *sha guna yang buah-buahan tempatan
1 peket agar-agar *25gm
150 gm gula pasir
200 ml susu cair
6 cawan air
acuan agar-agar 
4 sudu besar jam strawberry

BAHAN UNTUK SOS KASTARD :
 300 ml susu cair
400 ml air
150gm gula pasir
secubit garam
2 sudu besar tepung castard
1 sudu besar perisa vanilla

CARA MEMASAK AGAR-AGAR :

guntingkan agar-agar kering ~ lebih kecil cepat masak
campurkan bersama air, gula dan kacau sehingga agar-agar larut
masukkan susu cair dan kacau rata
setelah itu di tapis
masukkan 1 sudu besar buah2an coktail kedalam acuan sehingga habis
masukkan adunan agar-agar sehingga penuh di dalam acuan
sejukkan terlebih dahulu baru di masukkan ke dalam chiller/peti sejuk
biar set sebentar

CARA MEMASAK KUAH KASTARD :

campurkan susu cair, gula, air, tepung castard, garam dan perisa vanilla
kacau di atas api sederhana
sentiasa di kacau sehingga gula larut dan kuah agak pekat atau kuah tidak mentah
angkat dan tapis
sejukkan terlebih dahulu di dalam chiller
simpan semalan lagi best!
angkat dan hidangkan bersama puding coktail dan simbahkan sedikit jem strawberry

TENGG!! TARRAA!!!
PUDING COKTAIL BERSOS KASTARD DAN STRAWBERRY JAM.. YOMMY!!!
 YOMMYY!!! YOMMY!!!
SLURRPPP....:):)
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN..

TATA!!


ASAM REBUS CAIR NENAS DAN IKAN MASIN CENCARU


ASAM REBUS CAIR NENAS 
DAN IKAN MASIN CENCARU

Nenas lagi??? yer semestinya nenas... hehe... selagi nenas dalam peti sejuk tu tak habis.. tajuk tak boleh lari oke.. elakkan pembaziran.. jangka hayat cik puan nenas tu bukannya lama... lebih tiga hari bila dah di kupas kulitnya alamatnya kalau terlewat ke tong sampah ler jadinya.. so masak ler asam rebus nenas cair aje giteewww.... buh pulak ikan masin cencaru!!! nak cakap apa???? tak tercakap oke...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
ASAM REBUS CAIR NENAS 
DAN IKAN MASIN CENCARU

Bahan-bahan dikisar:

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
13 tangkai cili padi 
1 sudu besar belacan bakar

BAHAN-BAHAN LAIN :

2 ekor ikan masin cencaru ~ potong dan rendam sebentar
1/2 biji nenas ~ potong kecil
1 biji tomato ~ belah dua
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
4 cawan air

CARA MEMASAK :

campurkan *bahan-bahan kisar, asam keping  bersama air
dan renehkan di atas dapur
masukkan nenas dan didihkan
masukkan ikan masin cencaru, daun limau purut dan buah tomato
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
ASAM REBUS CAIR NENAS 
DAN IKAN MASIN CENCARU
AMACAM???
 selamat mencuba kawan-kawan...:):)

TATA!!!
 


SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI BERAPI


SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI BERAPI

Sambal ni biasa dah.... sebelum ni pun dah masukkan resipe yang lebih kurang sama.. cuma kali ni i guna segalanya CILI PADI kampung... yang sedang lebat berbuah kat tepi rumah tu hah! musim tengah masak ranum kat pokok tu hah! ada lebih kurang 7 pokok cili padi... ku petang petang semalam dapat semangkuk besar.... bagikan jiran setengah mangkuk... yang baki tu alamatnya seminggu ni aje memang resipe berasaskan cili padi semata.. so kepada 'CILI PADI LOVERS' jangan lupa follow blogs resipe i ni ekk. segalanya... cili padi!!! berapi!!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI BERAPI

BAHAN-BAHAN DIGORENG :
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah *saiz sederhana
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan bakar
garam dan gula
CARA MENYEDIAKAN :

panaskan sedikit minyak didalam kuali
gorengkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga layu
angkat dan toskan
tumbuk sehingga lumat dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan bersama limau kasturi!!!
TENGG!!! TARRAA!!!
SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI BERAPI
BERAPI!!!!
selamat mencuba!!!

TATA!! 



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ