ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 25, 2012

Sejambak Bunga Ros, Terkial-kial, Ciannya Izah Daud


Assalammualikum.. selamat pagi semua.. teman blogger baru dan lama.. dah sarapan ke belum?? kalau tanya i.. dah tentu belum hehhee.. sebab awal dah masuk opis kan kan.. cuma  minum air masak aje.. tapi 2 gelen! hah tu dia... kembung perot senang hati hehehee....

Pagi ini tiada menu atau resipe sarapan pagi... tetapi ada beberapa perkara yang ingin ku bual dan kongsikan buat semua teman-teman yang ku hormati lagi ku kasihi...:))

Okay nampak tak bunga ros yang segar mewangi tu.. *sila bayangkan...almaklumlah kita semua ni bersiaran di alam maya* wangi ngko! itulah hadiah daripada si Cik Puan yang empunya BURGER MAGIC TIADA DUA DAN TIADA 3 DI DUNIA INI << kalau nak tahu gi mana guper Burger Magic tu silalah singgah dan jangan lupa add yaa....

Hati ini sungguh terharu.. bukan sahaja sejambak bunga yang di beri... tetapi.... siap dengan poem ko! mau tak kembang macam bunga rose yang mekar tu ekk...


Cik Shahriah, this bouquet of beautiful roses for you, my compliments to you for being so kind and gracious of you to mention about my MAGIC BURGER in you posting. I'm very glad to meet you. For you my dear,

If friends were flowers,
I would not pick you!
I'll let you grow in the garden and activate you,
with love and care so that I can keep you
as a friend forever.

A big big cyber hugs from me. <<< from Amelia's

Okay dah... so sweet la you Amelia!!! sebab you sweet i bagi you ini pulak yaa.... i harap you dah bersiap sedia dengan bib dan juga tisu rolls! muahhaaha...


Amelia... gambar di atas itu sangat eksklusif.. Spagethi Prawn Olio yang ada dalam buku resipe i tu tauu...belum lagi keluar di pasaran tapi... i bagi you rasa dulu.... sepinggan aje tu.. begitu juga dengan kengkawan yang lain ekk.... So sweet of you Amelia... hugs & kisses..:))


Wahai adikku Izah Daud yang Comel usah bersedih hati lagi yaa....




Pepagi tadi.. masa nak bukak blogs ni kan.. okay macam biasalah.. dah macam rumah kedua dah ekk.. tekan sini keluar ler... itu.. tekan situ... keluar ler ini... ehhhhh... tadi pagi kan kan.. bila ku tekan itu.. dia keluar apa????!!! tekan sini apa benda ni????!!! wahh... tetiba pagi yang nyaman ini.. telah menambahkan kehangatanku di pagi hari... perghhh.... rupanya Blog dah tukar setting... itu yang terkial-kial cari mana yang nak ku tekan.. you all pun sama jugak ke ekk??? hishh.. betul nambah  kerja.. 

Dalam terkial-kial nak menekan sana, nekan sini tu... ternampaklah post Izah Daud adikku yang comel.. alahai... panjang lebor dia bercerita... kesian dia ekk... nak tahu apa yang menyedihkan adikku Izah Daud yang comel tu singgahlah sini... tinggalkan komen bagi dia ceria dan sentiasa tersenyum bersama Blueberry Cream Muffin dan "so sad"... 



so adikku Izah Daud... ko anggap ajelah ini sebagai komen akak buat menceriakan hati ko tu dik yaa...biasalah dik.. rambut sama hitam.. hati lain-lain... hidup penuh dugaan... buang yang keruh ambil yang jernih... sabar yaa... jangan sedih2 lagi.. senyum.. senyumm.. hah! giteww.. *ko tak senyum siap!* cayang Izahh... muahhhzzz..... hah! akak tags gambar izah kat fb tu.. tak mintak izin.. tapi akak tak buang watermark Izah... hehee.. jangan mare haaa.... cayang muahhzzzz


Okaylah... itu sahaja sembang pagi ini... tunggu tengahari nanti yaa... nak memasak dulu.. Psstt. hari ni menu special tau... ayam dah ku perap dari semalam lagi.. wah apa agaknya yaa???
:
:
:
:
:
:
:

:
:
tungUUuuu.....

TATA!!!




Tuesday, April 24, 2012

Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama.. terima kasih kerana masih sudi singgah dan meninggalkan jejak... walaupun ada yang belum sempat berbalas.. Insyallah bila ada masa lapang nanti akan ku balas kesemua jejak.. Insyallah...


Okay di petang hari yang cukup nyaman.. redup dan kadang kala mendung tidak bererti hujan tu.. i nak share ler sikit ekk.. kisah seorang kawan baru i dalam blogs ni.. setiap kali dia singgah ke dapur i yang tak seberapa ni... mesti dia akan datang bersama bib terikat di dada hokeh! dan setiap kali dia singgah blogs i.. gerenti dia cakap key-board dia hampir short circuit! muahahaa.. sebab apa tau.. sebab dia ngencess! peh! i kalau baca komen dia mesti gelak tergolek-golek punyalah! insan istimewa yang menjadi pilihan i petang ini... nak tahu siapa??? hah! kalau ada sesiapa nak rasa mini burger magic! singgah sini >>> MAGIC BURGER! Siapa jengah mesti kena renjatan letrik jam tu jugak! hah! jangan lupa singgah dan add dia sebagai rakan blogger kita okeh... 

Dan ucapan ini khas ku tujukan buat Si comel Amelia.. cantik dan anggun orangnya.. sudah berpunya atau belum.. terlupa pulak nak ku tanya.. hehehe.. okay jangan lupa singgah tau! Amelia you said you want to see me rite??? hokey! one sweetday.. gerenti kita jumpa.. tolong pilih kopitiam yang tak ada orang *kedai hampir tutop* hahaa...


Petang tadi selepas berehat dan selesai buat pelbagai urusan tu.. turun ler i kedapur... ada baki nenas masak gulai tengahari tadi tu.. ku potong kecik-kecik naa... memang dah berangan betul nak makan kek nenas segar... tak pernah pulak mencuba.. so petang tadi ku coba.. biasalah i kalau buat apa pun main pakai campak tebor.. tetapi ku sukat... ehh.. teringat pulak.. nenaskan masam manis rasanya.. maka ku cempakkan choc Chips Hershey's dalam 6-7 bijik kat dalam cake secomey tidak tu... waaahhhhhh.... <<< masak dulu baru i bagi komen! muahahhaa...


Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung kek *blue key + 1 sudu teh baking powder
100 gm gula kastor
50 gm gula perang@brown sugar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar susu pekat manis

BAHAN LAIN :

250 gm nenas cincang 
100 gm choc chips Hershey's

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN DI ATAS dan putarkan selama 5 minit di dalam mangkuk.
Masukkan nenas dan putar sehingga sebati.
masukkan adunan ke dalam cup cakes hanya setengah dari acuan *guna scoop ice-cream.
Taburkan beberapa biji choc chips dan tuangkan baki adunan *Lihat gambar di atas.
Bakar di dalam oven suhu 170'C selama 30 minit.
Setelah keperangan di atasnya, keluar dan hidangkan!!

TARRAA!!

Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's


harumMmmm... naaa.......


tekstur halus dan gebu nOoooooo.....


nampak tak nenas kat celah kek tu?? choc chips??


Amelia's this cakes say hellOOoooOOoooooOOo to yOu okeh..:))


yang kat dalam box atas tuu.. i dah tapaukan untuk you all.. sebelum you all tinggalkan komen nak sikit... banyak tu ku beri.... hehhehhh.. dan Amelia tu bukan untuk you okeh..


Sebelum Amelia punya key-board short-circuit.. ini i dah tapau untuk yoUu Amelia's... so no bibs required okeh!
:
:
:
:
:
:
:

Akhir sekali... jangan lupa jengah blogs penulisan i tu ekk.. tadi malam sempat jugak ku masukkan N3... SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH PART 1
 terima kasih teman... sekian wassalammu :))

TATA!!




Gulai Selar Tomato Dan Nenas M16 Tebaborr!!!


Assalammualaikum... salam sejahtera buat blogger baru dan lama... apa khabar semua?? ceria tak hari ni?? hari ni mood i dah kembali ceria naaa.. nak tahu kenapa???


Waaahh.... ramai jugak yang tak nak tahu.. heheheh.. Gini! beberapa minggu dan termasuklah semalam tu.. mood ni agak kelam-kelibut sedikit apa taknya... Hero no 1 tu kan minggu depan dah nak ke PLKN... so mood Emaknya ni agak terganggu... risau manjang.. tapi kini tidak lagi! tidak ler buat masa sekarang ni hehheehhh.. sebab....


Sebab.. tiap masa my hero no 1 tu doklah bercerita... dah tak sabau-sabau nak ke PLKN... teruja bebenau! sampaikan dok ler di usungnya kelender yang dah siap berpangkah! cett! yang emak dia ni dok ler makan hati.. pastu i tanyalah kenapa dia super excited sangat nak ke PLKN tu??? dia cakap haper tauu.... "I can't wait! imagine that now.. ya rite now... the M16 is on my shoulder! rite here mom! TreTtt!! teTTtt!! Tetttt!! tebaborrr!!!" << sambil tunjuk aksi ala-ala askar wataniah gitewww..... yang bunyi tebaborr!! tu i cakaplah.. mana bunyi M16 macam tu.. dia cakap tu... bunyi bom tangan! peh!!! jam tu jugak ku rasa nak kutangankan! muahahaahaaa....dan sejak semalam tu telah ku motivasikan diri ku ini yak ni i shahriah Abdullah aka Samsiah Abdullah... tidak akan makan hati lagi selepas ini... gasaklah dia dok berangan dengan M16 dan segala apa yang bunyinya Tebaborrr!!! gasak! nak.. gasak!! asalkan selamat dan pulang masih seperti bentuk asal.. sudah.. Syukur Alhamdulillah.. tak giteeww kengkawan kan kan...:)))


Hari ni i masak simple naa.. segalanya ikan selar....
Ku gorengkan garing-garing lumur dengan garam dan kunyit aje dahh..


Sambal asam blender ulamkan dengan timun... dahh...
pastu ku masakkan Gulai baki ikan selar tu ekk.. langsung tidak menggunakan asam jawa atau pun asam keping taw.. tapi telah ku gantikan dengan buah tomato masak ranum naaa... pulak tambahkan nenas masak.. perghhhh... terangkat dan macam biasa terjongket-jongket i mesti tulis punyalah!

Gulai Selar Tomato dan Nenas


BAHAN-BAHANNYA :

4 ekor ikan selar
2 biji tomato *potong baji*
1/2 biji nenas *potong*
400 ml air
minyak, gula & garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
20 tangkai cili kering
1 cm belacan

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR sehingga naik bau dan renehkan lama sedikit.
Masukkan air, buat tomato, nenas dan renehkan dengan api sederhana.
masukkan ikan selar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAAA!!!!

Gulai Selar Tomato dan Nenas


Sedap nOOoooo...


Simple...


Hidangan yang cukup mudah di sediakan.. di kala cuaca ala-ala mendung tidak bererti hujan...:))


Tunggu petang nanti.. i buat kek yang mudah giler.. tetapi bila di kunyah... gerenti tak giler! i janji...:))

TATA!!


Monday, April 23, 2012

Lala Lemak Selasih Cili Api..... Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman blogger baru dan lama... Syukur ke hadrat Ilahi.. akhirnya apa yang ku impikan.. apa yang ku idamkan.. apa yang ku angankan.. apa yang ku usahakan selama ini akhirnya telah benar-benar menjadi kenyataan dan bukan lagi mimpi indah!



Terima kasih ALLAH!!! berbekalkan niat ikhlas, jujur dan begitu gigih berusaha untuk menghasilkan sebuah buku resipi dan akhirnya.... Lahirlah... Sajian Istimewa Shahriah Abdullah... khas buat semua teman dan peminat-peminat di dalam dunia kulinari.....



Alhamdulillah.... Alhamdulillah.. terima kasih ALLAH... terima kasih buat suami tercinta... anak-anak tersayang, keluarga dan teman-teman dan juga kepada semua peminat yang selama ini menjadi sumber inspirasiku untuk menghasilkan sebuah buku resipi.... terimalah..... SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH.... semestinya ikhlas dariku.. <<< masih dalam proses cetakan dan belum berada di pasaran! hehee...


Syukur Alhamdulillah... kisah ni masih panas! panas! panas! lagi yerk.. dan you all laa insan pertama yang dapat tahu dulu.. i masih belum lagi berkesempatan share di blogs penulisan i tu ekk.. sebab i cayang kat you all.. so i share dulu kat dapur i ni.. kerana apa?? kerana you all taw... taw.... cerita kisah di sebalik tabir sepanjang shooting buku resipi i tu nanti...bukan mudah yaa nak menyiapkan kesemua masakan dalam buku resipi i tu.. panjang kisahnya.... petang2 sikit nanti i akan edit dalam >>> AKU DAN DUNIA PENULISANKU



Seharian ni i memang sibuk dengan urusan penulisan i tu.. sibuk membuat pemeriksaan final setelah pihak editor email dan meminta i untuk cek sekali lagi.. buat kali terakhir sebelum editor hantar untuk di cetak... so mengedit lah i sepanjang hari ni tadi...terjojol-jojol bijik mata i ni hokeh!! dengan gambar yang berwarna-warni.. hiasan di dalam buku resipi tu... wahhhhh.. lain dari yang lain!! wahhh!!! wahhh!!! wahhh!!! psstt... nak tahu macam mana i memasak kat dapur i yang tak seberapa tu.. hah! kenalah tunggu yaa... macehh..... dah tu jerk laporan ringkas buat hari ini.... resipe pun ala-ala aje hari ni sebab sibuk lah teramat sangat dan sangat... demi you all i share dan masukkan jugak dalam blogs i ni ekk... macehh teman... muahhzzzz...

Lala Lemak Selasih Cili Api.....
Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



1 kg baby lala *cuci bersih dan toskan
4 batang daun selasih *ambil daun
gula dan garam
sedikit minyak

BAHAN HIRIS :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai *titik

BAHAN KISAR BERSAMA :

400 ml santan
20 tangkai cili padi

CARA :


Panaskan minyak dan tumiskan *Bahan hiris sehingga layu.
Masukkan *Bahan kisar dan renehkan sebentar.
masukkan Garam dan gula dan masukkan baby lala dan daun selasih.
Kacau rata, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Lala Lemak Selasih Cili Api.....
Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


mudah dan sangatlah sedap...:)))




harum bau selasih... lemak dan pedas cili api yang berdesing tu... manis baby lala tu.. OhhHhhhh.. lalaAaaa.. hehee...


Coklat candy untuk i..... 


coklat candy abang amin... hadoii tengok guper cekelat tu... masa dia tunjuk....


"For you Mom!! i love you..."

mau tak sebak.... lepas ni dah tak ada orang nak belikan i cekelat candy... walau apa pun... kesedihan di sulam kegembiraan buat i hari ini... terima kasih ALLAH... terima kasih semua teman...

Sesungguhnya aku hanya insan biasa.. punya hati dan perasaan... hanya ALLAH SWT yang tahu bagaimana perasaanku saat ini...

Take care & Smile...

TATA!!!

Pasta Shell Goreng Daging


Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semua teman-teman lama dan baru.. terima kasih kerana sudi singgah ya...:)))

Okay sebenarnya.. ini adalah menu makan malam i sekeluarga... tapi pagi ini baru sempat ku kongsikan buat semua.. semenjak dua menjak ni.. mood dan emosi i agak menurun sedikit... tak sekata... pendek kata ada kala menaik dan ada kalanya menurun.. ala-ala macam bursa saham aje giteww kan.. kan... bukan nak monopouse okeh hehee...

Nak tahu kenapa ke? kalau nak i bagitahu.. kalau tak nak.. i bagi tahu jugak.. nampaknya ramai yang angkat tangan tu hehhee... 


Pertama sebab hati i ni sentiasa berdebar-debar.. kekadang tu tengah buat kerja.. berderau-derau aje dada ni tau.. kekadang tengah nak menaip tu macam malas noOooo... malam tu kekadang terjaga.. mimpi yang bukan-bukan *basuh kaki yaa sebelum tido* tapikan.. dalam malas dan tak keruan tu banyak jugak yang ku recehkan ekk ekk..

Tengah dok resah dan gelisah sangat ni... berzikir untuk tenteramkan hati yang tak keruan ni ekk... hhhmmm.. lagi seminggu Abang Amin tu akan meninggalkan i buat sementara.. sedih betullah.. dulu dah lah i berpisah lama dengan anak-anak semata-mata bertarung di gelanggang MasterChef tu kan kan.. rasanya memang dah tak sanggup lagi nak berpisah dengan keluarga kesayangan i tu.

Abang Amin my hero no 1 tu tak lama lagi akan ke PLKN... khidmat negara... wajib pulak tu..  yang merisaukan i kan kan... bila dah reramai tu.. macam manalah agaknya abang Amin.. sebelum ni tak pernah dia berpisah lama.. kalau ada kursus sekolah dulu pun hanya 3-4 hari.. ni 3 bulan! pehhh... sedih betul... laa.... yaa laa.. mana ibu yang tak risau yaa tak?? makan minum i tak kisah sangat... tentang bila dah berkumpul ramai-ramai tu.. tu yang merisaukan i.. halahhhaaaiii.... risau laa...

Kengkawan ada tak yang anak-anak you all dah pernah ke PLKN tu??? boleh tak bagi i info sikit? anak-anak you all okay tak kat sana??? ada kes buli membuli tak??? belasah membelasah ke??? hehhee.. kalau ada tolong beritahu sebab i nak daftarkan diri i sebagai sukarelawan di sana hahaaa... jadi jaga pun tak apalah... hadoii risau betullah.. ni bukan main-main punya risau ni taw.. serius! risau tahap gaban dah ni.. kalah sponge bob!<<jangan memain ek.. << kisah bersambung... meh masak dulu ekk...

Pasta Shell Goreng Daging


500 gm pasta bentuk shell.. rebus dan toskan


BAHAN-BAHANNYA :

Kesemuanya di potong dadu :

1 biji bawang holland
6 ulas bawang putih
2 batang celery

BAHAN LAIN :

400 gm daging cincang@kisar
1 sudu besar tomato paste
4 sudu besar lebihan sambal ikan KLIK SINI
minyak & garam

CARA :


Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *bahan potong dadu* sehingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging bertukar warna*masak.
Masukkan tomato paste, sambal ikan dan gaul rata.
Masukkan pasta, gaul dan sesuaikan rasa, setelah sebati, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Pasta Shell Goreng Daging


Sedap, mudah dan ringkas.....


Abang Amin.. we gonna miss you very.. very... very much... and Momma love you sooOOoooOOOooooooo much my dear.... tak adalah assistant i yang akan tolong i sidai pakaian tiap pagi... tolong temankan i sarapan pagi bersama sambil sembang dan bertukar topic semasa... tiadalah Abang Amin buat penghibur adik-adiknya.... tiadalah insan yang selalu bercerita tentang katon & lagu2 terkini pada Mommanya.. dan hidangan di atas itu adalah one of Abang Amin fav.... dan minggu ini... dah siap list hidangan yang Abang Amin request sebelum dia berangkat pergi ke PLKN... sedih di hati ini hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.. moga segala urusan Abang Amin di PLKN nanti di Permudahkan dan di bawah lindungan Oleh YANG MAHA ESA..kerana ibumu terlalu risau sangat nak..... hmm... sedihhhh... sedihh.....


terima kasih kerana sudi mendengar keluhan hati i ni ekk.. yang mana tertido dan banyak kali sangap tu... teruskanlah hehee...

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ