ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, May 24, 2012

Puding Coklat Wah! Wah!


Assalammualaikum... Selamat petang semua... hidangan petang ini cukup simple.. juga i tujukan buat semua kawan-kawan yang sedang berpuasa sunat bulan Rejab :)


Puding coklat semua orang dah pernah cuba..
 i cuma guna separuh peket agar-agar kering.... guna pulak serbuk koko Van Hauten
 Rajin pulak membuat kuah kastard
makan waktu musim panas pulak tu hadoiiii.. asyikkk betull lah :))


halus aje tekstur puding coklat tu ekk. tapi ada pulak mendak coklatnya kat atas tu hah :))

ahh mendak tak mendak.. dah dua buku masuk laju je dalam mulut i ni hah! :))


Puding Coklat Wah! Wah!

1/2 peket agar-agar kering *gunting kecil
800 ml air
100 gm gula pasir
2 sudu besar penuh serbuk koko *van hauten
300 ml susu cair
1 sudu besar mentega

CARA :

Masukkan agar-agar kering, air dan gula, renehkan dan sentiasa di kacau sehingga larut.
Masukkan susu cair dan koko yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Masukkan mentega dan kacau rata.
Tuangkan di atas penapis dan tapis.
Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam chiller.


Untuk Kuah Kastard :

1 biji kuning telur 200 ml susu cair + 150 ml air + 3 sudu besar gula + secubit garam + 1 sudu besar tepung kastard

CARA :

campurkan kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga pekat.
angkat dan tapiskan.
sejukkan di dalam chiller dan sedia di hidangkan bersama PUDING COKLAT WAH! WAH!

TARAAA!!!

Puding Coklat Wah! Wah!


slurPPppppp.... Wah! Wah!!! YoUuuuuuUUUuu :)) :))


jumpa lagi!


TATA!!


Mee Suah Sempoi Dan Sedap YoUuu!


Assalammualaikum... Selamat sejahtera buat semua rakan-rakan yang sudi singgah di dapur ku ini... :)

Hari ni i masak simple sahaja... semalam dinner kat luar so tak adalah resipi malam tadi :)) dan resipi tengahari ini adalah resipi yang cukup simple dan sempoi. Rasanya dah hampir 4 tahun tak ku masak. Bukan apa tau.. terlupa! :))


inilah dia mee suah... halal tu yaa... okay semalam singgah ke pasaraya ingat nak cari bahan kering yang 
hampir pupus di rumah ni hah! ternampaklah pulak peket mee suah bersusun atas rak!
Wahh.. terus ler capai 4 peket walaupun kat gambar atas tu cuma ada dua :))


sambal cili padi kicap berdesing wajib ada..
 kalau tak ada memang tak best!
limau kasturi juga wajib ada.. kalau tak muak!

lagi satukan nak memasak mee suah ni... nak kena masak dan makan jam tu jugak!
kalau tak mudah kembang dan dah tak enak di makan.. biasanya i buat untuk supper..
tapi hari ni i buat untuk makan tengahari cuma i sorang je.. gengs di rumah balik petang.


so i tahu Abang Aemir my hero no 2 tu suka sangat dengan mee suah.. so i buat kuahnya lebih sikit
dalam periuk ekk... pastu bila Abang Aemir balik nanti.. tinggal panaskan kuah dalam 3 senduk dan masukkan mee suah tu.. makan jam tu jugak panas-panas!
Balik cepat sikit Abang Aemir :)) :))



jangan bubuh garam banyak sangat tau... sebab mee suah ni dah ada rasa masin..

so garam buh ikut rasa.. jangan sesedap rasa.. bila sejuk baru ko tahu! :)) :))

MEE SUAH SEMPOI DAN SEDAP YOU!


BAHAN-BAHANNYA :

3 biji telur *kocok
4 ulas bawang putih *dadu
3 batang lada hijau *hiris
1/2 sudu kecil lada putih *tumbuk renyah
1000 ml air
1/2 sudu teh serbuk pati ayam knoor
sedikit garam
sedikit minyak

2 peket mee suah
daun sadri *hiris

cili kicap power & limau kasturi

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, lada hijau dan lada putih sehingga naik bau.
Masukkan air dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan serbuk pati ayam, telur dan kacau rata.
Sesuaikan rasa dan masukkan daun sadri sebelum di angkat.
Akhir sekali masukkan mee suah, kacau dan hidangkan!!
bersama cilipadi kicap dan limau kasturi.

TARRAA!!!

MEE SUAH SEMPOI DAN SEDAP YOU!


sempoi dan sedaPPP i tell you!
ingat makan masa panas-panas tau!
kalau tak panas sha??

kalau tak panas jangan makan :))

Selamat menjamu selera kawan-kawan.. dan kepada yang berpuasa sunat tu.. selamat berpuasa yaa.. :)


TATA!!

Wednesday, May 23, 2012

Spoon Licking Good Tiramisu.. i Tell YouU!


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang masih sudi singgah di dapur ku ini.. :)

Wahh! hari ni memang terlewat masukkan N3 yerk... sebab sibuk benor i hari ni.. banyak urusan yang perlu di bereskan sebelum cuti sekolah bermula. Anak cuti sekolah emaknya ni semakin banyaklah tugas nak di buat.. ;)


Kebetulan semua balik lewat hari ni, so kesempatan yang ada tu.. wahh membancuhlah dessert yang memang ler mewahnya yaa hamfunnn :) Siapa yang tak kenal dengan Tiramisu kan kan.. semua dah pernah merasa dan dah ramai pun yang mencuba membuatnya.

Ingat lagi masa di gelanggang MasterChef masa tu peserta masih lagi 40 orang.. dan ramai yang tersingkir masa tu.. dan challenge yang terakhir bagi pemilihan ke TOP 24 masa tu.. hah! inilah challenge nya.. Tiramisu.. resipi dari Chef Ridz anak Dato Chef Wan tu kan.. ingat lagi tak?? masa tu i dah berjaya untuk turut serta ke peringkat TOP 24 so adalah tinggal beberapa orang peserta yang terpaksa bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.


Kelam kabut masa tu memasing nak membuat Tiramisu. Dan akhirnya ramailah juga yang gagal melayakkan ke TOP 24. Selepas aje habis shooting tu.. kami reramai cuba merasa tiap Tiramisu kengkawan tu.. wahh! memacam rasa ada ngko! :)) :)) Muak jangan cerita.. dekat 3 bulan tak nak tengok lagi dah Tiramisu tu jemu jelak! :)) Kenangan manis.. hmm memang tak boleh lupa masa tu..


Tiramisu berasal dari Italy... telah wujud sejak abad ke 20 lagi You! hah! tu dia... berapa punya antik kan kan.. :) tetapi popular sejak tahun 1993... hah gitewww.. dari sumber beberapa buku resipi yang i baca yaa... tahu apa maksud TIRAMISU??? maksudnya ialah... 'PULL ME UP!' ATAU 'PICK ME UP!'
hah! giteewww... :)) :)) mau taknya.. ter UP! ter PICK! PICK i tadi you masa nak menyenduk cik TIRAMISU i yang lazat tu.. :)) :))


tahu kan ni apa?? :)) selagi seten emas tu tak habis lagi.. hah! jawab.. manjang kubagaikan ekk.. :)) ehh jangan memain masa i melapis TIRAMISU i tadi tu.. lepas ku potong dan suapkan ke dalam mulut i ni perghh... << kisah bersambung ;)


i guna mangkuk gelas berkaki ni yaa... besar tau tu.. lupa pulak nak ku ukur... :)


i nak rasa TIRAMISU yang asli.. ala-ala classic giteww.. so i guna espresso i yang tinggal sikit tu... banyak ku bubuh.. biar terasa espressonya :) dan i juga gunakan mascarpone cheese.. wahhh! dapat bayangkan macam mana rasanya kan... selembut sutera dan sedap tidak terkata... ;) Sponge finger Savoiardi pun i guna jugak, selang selikan dengan biskut marie oil dari ten emas i tu :)) yaa giteww.. dah jom! meh kita membikin CIK TIRAMISU!! << sambil tepuk tangan... yaa giteww.. okay dah! :))

SPOON LICKING GOOD TIRAMISU


BAHAN-BAHANNYA :

4 sudu besar espresso + 2 sudu besar gula + 500 ml air = campurkan dan larutkan gula sehingga sebati bersama espresso dan ketepikan.

450 gm mascarpone cheese

20 keping sponge finger Savoiardi

18 keping biskut marie oli *jenama Lee Biscuits*

400 ml whipping cream *putar sehingga kembang*

sekeping coklat Van Hauten *untuk parut*


6 biji kuning telur + 150 gm gula castor  + 1 sudu kecil esen vanilla dan putarkan sehingga kembang.

dengan menggunakan kaedah double boiler *bain marie* tenggekkan dan sentiasa di kacau dengan whisker sehingga pekat lebih kurang 10 minit *api sederhana*


MULA-MULA SEKALI = 

masukkan adunan telur ke dalam mascarpone cheese dan gaul rata.
Kemudian masukkan whipping cream dan gaul sebati *perlahan-lahan*
ketepikan sebentar.


Ambil sponge finger dan celupkan ke dalam Espresso sehingga basah *jangan terlalu lama* sekadar serap. 
Susunkan ke dalam mangkuk sehingga memenuhi satu lapisan dalam mangkuk tersebut.
Kemudian tuangkan 3 senduk *ADUNAN* yang telah di campur tadi sehingga melitupi sponge finger itu yaa..
 cik adik dan cik kak sekalian dan Puan-puan Juga tak lupa Cik Abang dan Tuan-tuan juga.. :)


setelah itu parutkan coklat di atasnya.. *i guna coklat Van Hauten* huahhhh.. asyik giteww :))


ambil beberapa keping biskut marie oil dan celupkan kedalam espresso.. dan susun begitu..


tuangkan lagi *ADUNAN* dan ulanglah sehingga memenuhi mangkuk dan adunan selesai...


DAN AKHIR sekali jangan lupa yaa.. parutkan banyak-banyakkkkk naaaAAAA.. coklat di atasnya.. boleh juga di ayakkan sedikit serbuk koko... cekelat jugaklah yang best! :))



masukkan ke dalam chiller selama lebih kurang 2-8 jam.. semalaman lebih elok!
you all sabar ke menanti??

i tidak :)) :)) hokeyyyy.... ;)

TARRAA!!!

SPOON LICKING GOOD TIRAMISU


TIRAMISU... 

pick me UP!!!

 pull me UP!!!

pick me UP!!!

 pull me UP!!!

pick me UP!!!

 pull me UP!!!




okay! PICK YOU UP! AND PULL YOU DOWN rite... on my plate :)) :))


SlurPPPP.... Spoon Licking Good i tell youUuuuu.... ;)


ini untuk i.... :)


ini untuk you All.. nganga mulut please.. Spoon Licking Good :))


 jangan lupa...

PULL ME UP!!

PICK ME UP!!

catch you later... :))


Assalamualaikum.. Jumpa lagi... :) muahzzz...


TATA!!

Ikan Bawal Goreng Lemak Cili Api... Friskies ke sekolah hari ni! Jawab!


Assalammualaikum... Selamat pagi semua rakan-rakan blogger baru dan lama begitu juga yang bukan blogger yaa.. :) terima kasih kerana masih sudi singgah di dapurku ini.. yang resipinya hanya satu dua di masukkan.. tapi celotehnya mengalahkan sebuah cerpen kisah pendek giteww... :)) :))

Lauk Ikan Bawal Goreng Lemak Cili Api ini adalah lauk dinner i malam tadi.. sekarang memasak hanya untuk dinner... kerana warga di rumah ni semenjak dua menjak dah nak cuti sekolah ni semakin padat pulak aktivitinya. So kita yang jadi tukang masak ni.. wahh banyaklah sikit masa nak menghadap blogs ;) ehh.. tak jugak boleh santai-santai..



ni dah nak dekat cuti sekolah so i memang tengah rajin mengemas stok untuk lenyap masa bercuti tu nanti. Ke mana?? hehheheh.. awal-awal dah beli tiket bercuti masa ada matta fair dulu tu.. so ada banyak tiket yang Pak Habibi tembamBOM i tu kumpul.. asyik tergendala aje nak bercuti sebab banyak urusan. So mintak-mintak kali ni jadilah yaa.. sebelum tiket yang di beli tu tamat tempoh :))


Friskies ke sekolah hari ni! Jawab!

Hah! giteww tajuk sembang i pagi ni ekk.. pagi tadi masa tengah kelam-kabut menyiapkan bekal Abang Aemir dan Dak Nellysha tu.. sibuk nak bekal nasi goreng kampung! perghh.. tak pasal-pasal subuh hari menumbuk ler tadi yer... siap aje bungkus nasi tu dalam bekas.. ehhh.. van sekolah dak kerempeng tu pun sampai.. awallah pulak sampainya pagi ni heiii.. selalu lambat... pergghhh...



Berkejor ler tadi nak masukkan nasi dia dalam beg, masukkan bekal air celah beg... dia diri aje kat situ.. dengan beg dah sandang celah bahu, saje aje muka dia.. hantarlah sampai depan pintu.. Abang Aemir pulak yang teman sampai depan pintu van..

"Momma! telekung Nelly mana?!"

wahhh!! berlari pulak mak dia yang tak cukup kain tu kan dok celah pintu aje tadi hahahaa...

Zup! Zap! Zas! 

sepantai kilat capai telekung sebab hari ni sekolah pagi ada belajar fardu ain.. terus ler pass kat Abang Aemir...

Semua dah pergi sekolah.. kunci ler pintu, gate depan tu bagai kan.. terus menonong nak bagi kucing pulak makan dalam kandang tu hah!

"Ehh.. mana pulak Friskies dalam peket atas meja ni tadi??"

sambil terkais-kais mencari peket friskies yang baru beli malam tadi.

TAK DE!!! << hati menjerit... terus tapak tangan tepuk dahi!!!

:)) :)) :)) :))

Bahawasa nya... itu peket Friskies terikut dalam lipatan telekung Nellysha!!! :)) :)) :))

gasak ler nak aii... hah! jangan pulak Nelly makan ramai-ramai dengan kengkawan dia masa rehat nanti hadoiiiiiiiii :)) :)) << hebat tul! mak Nellysha :)) :)) :)) miawwwwww ;)



sekian terima kasih! meh ler kita memasak yaa.. ;)

IKAN BAWAL GORENG LEMAK CILI API

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 inci kunyit
2 biji buah keras
20 tangkai cili padi

BAHAN LAIN :

1 batang serai *titik
2 helai daun limau purut *siat
500 ml santan pekat
2 ekor ikan bawal hitam *goreng
1 keping asam gelugor

CARA :

Campurkan kesemua Bahan-bahan dan renehkan sehingga kuah pekat. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

IKAN BAWAL GORENG LEMAK CILI API


mudah aje tu kan ;)

 Di Sebalik Tabir SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH BAHAGIAN 2 KLIK SINI <<<<




Insyallah Jumpa petang nanti!

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ