ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, June 4, 2012

Sambal Tumis Udang Petai School Holiday! Hadoii


Assalammualaikum.. selamat petang semua... dah makan?? wahh.. sure hari ni semua masak yang best! best kan... i belum lagi memasak hehehe.. dan hidangan menu Sambal Tumis Udang Petai ini adalah hidangan sepanjang bercuti bersama keluarga tersayang...  :)) dan baru sekarang nak share.. busy ler katakan... ;)


Sepanjang pagi tadi.. i sibuk ber Blog Walking dan singgah ke dapur dan rumah kengkawan blogger.. maklumlah sepanjang busy 2-3 hari ni manalah sempat nak menghadap blogs kan...:))

Yang mana meninggalkan jejak tu.. Insyallah petang sikit bila i dah siap mengemaskan kain baju yang dah bertimbun macam busut tu selesai.. akan ku sambung menjejaki kawan2 semua yaa.. tq so much.. :)


Sambal tumis udang bersama petai ni masakan i semasa berpiknik bersama keluarga tersayang.. plan Z i tu ler..

ke mana?? hehehe.. nantilah yaa.. bila dah free semestinya akan i share kan di blogs cuti-cuti i tu... Insyallah...


Cadangan memang awal-awal dah plan nak ke Batam Indonesia bercuti.. Plan A i tu asalnya.. tapi di sebabkan Abang Amin cuma dapat cuti 5 hari sahaja dan Pak Habibi tak dapat cuti.. so kami telah menukar Plan Z.. yang tu kisah nanti.. *hadoii berapa kali nak bagi tahu ler ekk..* 

Pstt.. kengkonon naik bot! hahahaa.. jadilah.. kesian Abang Amin. tak dapat ke Batam... :(

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


BAHAN-BAHANNYA :

600 gm udang segar *cuci dan toskan*
2 sudu besar air asam jawa
100 gm petai *potong kecil*
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
40 tangkai cili kering
2 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan *Bahan-bahan kisar* sehingga naik bau dan garing. *api sederhana dan tumiskan lama dan sentiasa di kacau*
Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa.
Masukkan petai, udang dan renehkan sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

bermacam hidangan yang i bawa bekal semasa kami berpiknik tu.. 
i masukkan yang ini dahulu yaa... makan pulak dengan nasi bungkus daun pisang berlapiskan kertas surat khabar lama...

FuyoooHhhhhh!!!

"Owesome!"

yaa.. giteewww :))


ikutkan i masih belum lagi habis bercuti.. 

kiranya beberapa hari yang lalu sepanjang Abang Amin balik tu.. itulah percutian Plan Z i..

Plan A masih tertunda.. i ni cuak aje takut tiket yang kami beli semasa di Matta Fair tu tamat tempoh!

nak pergi tak cukup korem.. tak best betullah! :( 


terketaq-ketaq tu hokey!

percutian Plan Z hehehehe :))


Khas buat semua warga JB dan Singapura yang bertanyakan mana nak cari buku resipi

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH..

tu.. ya hari tu ternampak di kedai BUKU MPH di CITY SQUARE JB...

silalah cari di sana yaa.. stok baru sampai!! tq so much :) muahhzzz


Props yang i gunakan untuk Sambal Tumis Udang Petai... :)

Sebelum sambal tu di masukkan ke dalam bekas tupper-ware... awal pagi i bangun hokeh! takut bila dah kena keroyok masa piknik tak sempat di abadikan khas buat you all semua untuk mencuba..:)

Insyallah jumpa lagi!

TATA!!



Sunday, June 3, 2012

Apam Marie PLKN Giteww... Versi School Holiday!


Assalammualaikum.. semua sahabat-sahabat baru dan lama.. :) terima kasih kerana masih sudi berkunjung di dapur ku ini... yang kejap ada.. kejap tak ada :)) masih sibuk melayan anak-anak.. maklumlah masih dalam mood cuti sekolahlah katakan ya tak ;)

Penatnya jangan cerita.. rasanya dalam 2-3 hari ni i bukannya bercuti tetapi sibuk bagai nak haper! penat ya hamfunn.. hanya Tuhan sahaja yang tahu.. melayan kerenah anak-anak hadoii.. penat memang tak boleh nak di gambarkan i tell you! 

Penat dan sibuklah macam mana pun.. i tetap menyediakan juadah yang simple buat keluarga tersayang :) sama macam you all jugak! ni baru sahaja selesai bercuti bersama Abang Amin.. yang baru je balik semula ke kem PLKN.. sekejap benar masa berlalu... hmm :)


Tu dia... beskot dalam ten emas i tu masih banyak lagi taw :))

walaupun dah banyak juga ku bungkuskan bagi sedara mara.. ehh.. ada lagi tu! maka telah ku ciptakan satu lagi resipi dengan menggunakan biskut oil Marie i tu ekk.. dengan idea... datangnya dari.. :))


Yer.. idea datang dari seluar celoreng Abang Amin di PLKN hahahaha :))

Walaupun kelernya tak sama si cik apam i tu kan.. jadilah.. loreng-loreng jugak teww... :) yer giteewww :))

APAM MARIE PLKN GITEWW


BAHAN-BAHANNYA :

200 gm tepung gandum
150 gm biskut marie oil *Pecah-pecahkan*
100 ml santan pekat + 250 air
sedikit garam
1/2 peket yis kering
100 gm gula pasir
sedikit pewarna merah dan biru *atau apa jua warna*

kelapa parut tanpa hitam + sedikit garam *kukus*

CARA :

campurkan kesemua *Bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati*
Ketepikan dalam 4-5 jam *i ketepikan semalaman*

setelah adunan naik, bahagikan kepada dua bahagian dan bubuh warna yang anda suka.

Panaskan pengukus dan masukkan adunan ke dalam acuan kukus, bubuhlah adunan dengan cara meloreng-lorengkan.

Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan taburkan bersama kelapa kukus!

TARRAA!!!

APAM MARIE PLKN GITEWW


Baunya harum naaa....


lembut dan gebuu youUuu... :)


harum, lemak dan enak! samalah jugak macam apam biasa tu.. cuma bertambah2lah lemak biskut marie i tu kan kan... ;)


Wahh.. Abang Amin tengah nak test tu.. Syyy.... penuh dengan gaya You! awww :))

komen sikit Abang Amin.... ;)


"Awesome!" yer giteeww... kata Abang Amin..

jangan memain! lentik aje ibu jari tu taw.. :))


APAM MARIE PLKN GITEWW

Tabik!!! Hormat!!

cecewahhh.... :))


tu dia antara menu hidangan istimewa sepanjang Abang Amin
bercuti di rumah ni... sekarang hanya tinggal kenangan manis.. :)

Abang Amin dah pulang semula ke PLKN...


Sepanjang 5 hari Abang Amin ada di rumah..

hidangan istimewa tetap berhidang untuknya dan keluarga tersayang... percutian selama 5 hari bersama Abang Amin dan keluarga.. adalah antara kenangan terindah buat kami sekeluarga..

Tu tengah bercuti ler tu kononnya.. ke mana?? Plan Z i tu kan... ;)

Panjang kisahnya.. bagi i rest dulu yaa..

Buat semua teman-teman tersayang yang meninggalkan jejak.. sabar yaa.. Insyallah akan ku kunjung ke rumah you all.. sabar yaa.. tungguUUUuu... muahhzzz :)

TATA!!


Saturday, June 2, 2012

TinY Mini Pan Cake School Holiday! Masih Bercuti YoUu


Assalammualaikum.. Selamat pagi semua teman baru dan lama... Apa khabar semua? Wahh tentu seronokkan dapat berkumpul dengan keluarga.. samalah kita ;)


Sebenarnya.. i ni masih lagi bercuti :)) dan sedang bercuti :)) di mana?? hehhh.. nantilah yaa.. panjang sangat ceritaya.. Plan A baek punyer! teriba yang jadi Plan Z! tu nanti bila dah selesai semuanya nanti i story kat you all... penat jangan cerita.. non stop! badan ni rasa macam nak demam aje taw! bangun pagi mata bengkak peh!


Dan ini bukanlah Auto post.. tetapi N3 ini secara live giteww.. sebelum i menyambung percutian Plan Z i tu :))

So membuatlah i mini pancake kesukaan semua di rumah ni, dan kiranya ini permintaan Abang Amin.. sok dah nak balik semula ke Kem PLKN hmm... :(

sekejap benar masa berlalu kan..


pic terbaru.. semalam punya kisah ni.. kisah kontot aje.. kisah panjang later2 i story ekk.. ;)


Adik dengan kakak memang suka membaca ;)

dapat berehat jap pun.. eshhhh... mesti baca buku.. ;)

Okay! jom! breakfast! Express punya!

Tiny Mini Pancake


BAHAN-BAHANNYA :

200 gm tepung kek + 1 sudu kecil baking powder *ayak*
1 sudu besar gula pasir
2 biji telur
200 ml susu segar
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega cair

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan putar sehingga sebati.
Ketepikan dalam 20 minit.


Lengserkan dengan sedikit mentega di atas kuali non stick dan tuangkan 1 1/2 sudu besar adunan batter.
Goreng dan balikkan setelah keperagan.
Angkat dan lakukan sehingga selesai!


Comey sangat!


tiny mini pancake!!

ringkas

mudah 

S.E.D.A.P << sila eja... :))


served with butter, maple syrup, any types of jam.. 

Yummeehhhhh ;)



Okay! kawan-kawan cayang.. jumpa lagi nanti yaa...

sebenarnya hari ni i bukan sahaja masih bercuti tetapi ada urusan dan undangan yang perlu i hadiri ;)

Jumpa lagi! Jaga diri!

senyum selalu!!


jangan noty! noty! taw :))


Props yang i gunakan tadi.. mulberrys yang semakin lebat berbuah... :)

TATA!!


Thursday, May 31, 2012

Nasi Serai Ayam Masak Merah, Acar Menu Sempoi School Holiday!



Assalammualaikum... Selamat petang semua.. :) wahh! ni mesti ada yang terkejut ni... Kata tadi nak berjalan dengan anak-anak.. tup! tap! ehhh.. sempat lagi masukkan hidangan makan tengahari tadi :))

Hehehhh ;) Masak lewat i youU.. cadang nak keluar dengan anak-anak makan dan jalan tak menjadi! sebab apa tau... sebab... boleh pulak mengemas lemari pinggan mangkuk i tu muahahahaa :)) pastu Abang Amin cakap.. 

"kita keluar petang sikitlah mom! sebab panas! Amin nak rileks kat rumah..."  :)


Hokey!! yehaaa :)) bagus! so i tak perlu memandu di tengah panas mencetang kat luar tu :))

so memasak ler tadi.. dengan bertanya kepada gengs di rumah ni hah! nak makan apa?? << bunyi ganas, tapi tak sebenarnya :))

Nasi Lemak!!! <<< Abang Aemir

Nasi Ayam!! << Nellysha

Ayam Masak Merah!! << Abang Amin

So setelah ketiga-tiga geng i tu memberikan idea...

si tukang masak merangkap bibik ni pun turun ler memasak...

*bibik tu i ler* :)) 

Nasi Serai Ayam Masak Merah,
 Acar Menu Sempoi School Holiday!


First sekali buat dulu acar jelatah.. semua orang tahukan???

Okay nanti lain N3 i share, rasanya sebelum ni pernah share kat bawah label *ACAR PELBAGAI JENIS*

simpan dulu dalam chiller.. so bila nak makan sejuk dan segar

Ayam Masak Merah 


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam *potong 12* Cuci bersih dan lumurkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. *goreng sekejap sekadar kekuningan dan angkat, ketepikan*

3 sudu besar sos tomato
gula dan garam
50 ml susu cair

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
40 tangkai cili kering
4 biji buah keras

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga garing dan masak*
Masukkan susu cair dan sos tomato.
Masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak dan sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!!

Ayam Masak Merah 


Pedas, Harum dan enak! :)

NASI SERAI


BAHAN-BAHANNYA :

3 pot beras
air secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN TUMIS :

4 batang serai *titik*
1 batang kulit kayu manis *1 inci*
1 biji bunga lawang
7 biji bunga cengkih

CARA :

Panaskan sedikit minyak, Masukkan *BAHAN TUMIS* DAN *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan dan kacau sebentar.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya, garam dan tanak sehingga nasi masak!

TARRAA!!!

NASI SERAI


Versi Nasi Serai lebih mudah dan lebih harum juga lebih enak!

tak caya cuba! ;)


Nasi Serai Ayam Masak Merah,
 Acar Menu Sempoi School Holiday!



tu dia.. sepanjang masa.. makan aje Abang Amin....

kalau you all nak tahu.. apa jua kuih-muih yang i masak selama ni.. semenjak Abang Amin tak ada... semuanya i simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam freezer.. so bila Abang Amin balik.. dia tinggal pilih yang mana satu dia nak makan.. siap berlabel tau! hehee.. tu yang dia makan tu...
Cup Cake Melo... ingat tak yang i buat dengan Nelly hari tu... tu dia.. sampai terpejam mata tu...

"Awesome Mom!!!"

yer giteww... dan jap aje tadi ni masa i tengah masukkan N3 ni..

Abang Amin tatang sepotong Tiramisu.. ala yang hari tu punya tu...:)) tiada alasan untuk Abang Amin tidak turut sama menikmati apa yang kami sekeluarga nikmati semasa ketiadaannya... ;)

ya giteww... :))


Okay semua... esok i dah start bercuti.. 

dah siap pun packing baju... ;)

ke mana?? hehehhh.. dekat jeee... tuUuuu... ;)

Selamat bercuti!

Jaga diri! Jumpa lagi..

kepada semua yang meninggalkan komen.. Insyallah sebelum berangkat esok.. i akan BW malam nanti yaa... macehh.. muahhhzzzz... :)

TATA!!


Putu Bambu Special Untuk Breakfast School Holiday!


Assalammualaikum.. dan selamat pagi semua... :) dah sarapan ke?? i baru aje.. sambil menaip ni.. sambil mengunyah putu bambu waduhh enaknya bukan main lagi.. umpama melting in my mouth gitewww... ;)

Pagi ni i nak ajak you all bersembang ler sikit ekk.. maklumlah bila dah cukup korem ni...

mood nak memasak tu membara cuma.. nak kena atur tiap waktu yang berdetik tu.. terasa cepat dan pantas benar berlalu..

Apa taknya Abang Amin hanya cuti 5 hari.. hari ni dah tinggal 4 hari aje dia akan bersama dengan kami sekeluarga.. so kalau boleh nak pastikan masa yang ada tu terisi dengan penuh bermakna gitewww...

Ya gitewww :)) 


Grrr.... ehhhhwahhh.... dak kerempeng Nellysha... nak ikut mood ia yang Grr.. Grrr... tu aje ekk...

bila Abang Amin ada ni kemain lagi dia! 

 #___________#

Kalau boleh Abang Amin tu nak menghadap muka dia aje.. ada aje.. nak main game dengan Abang Amin...
Nak tengok katon dengan Abang Amin...
Nak Makan dok sebelah Abang Amin...
Nak minum share dengan Abang Amin...

Yang Abang Amin... tu sabor ajeler melayan.... 

penghabisan agaknya Abang Amin dah tak kuasa nak melayan...
terus berdengkur celah sofa! muahahahhaa :)) :))

Hah! baru ler Nelly diam.. :))


Siapa suka Putu Bambu???

Di Johor ni merata ramai yang berniaga Putu Bambu.. antara sedap dengan tidak aje yaa... okay putu bambu ni i beli dan bungkus di sini, KLIK SINI >> PUTU BAMBU SPECIAL SEDAP GILER!

Serius memang sedap giler!

i dah ke tempat tu 2 kali sebelum ni, baru kali ni sempat snap gambar so sekarang ni i nak share kat you all semua..:)

memang berbaloi... rasanya lemak, harum, lembut dan yang bestnya tu memang kalau masuk dalam mulot ni hah!

terus cair.. waduhhhhh... ;)


i beli dan bungkus.... pagi tadi i steam kat dalam microwave...

hadoii memang sedap! masih lagi rasanya kekal macam masa baru di masak!

lembut dan tak basi... :)


nak cuba dan nak tahu lebih lanjut.. jangan lupa KLIK SINI PUTU BAMBU SEDAP GILER!


Hah! ni lunch i minggu lepas... siapa yang gemarkan SIPUT SEDUT LEMAK CILI PADI...

silalah ke sini... nanti you all kalau teringin bolehlah cuba yaa...



Okay cukup dulu sembang pagi ni yaa.. i agak sibuk melayan anak-anak...

masing-masing dah ada idea nak buat apa sepanjang dah cukup korem ni.. 

Pak Habibi kerja..

 so i ler yang terpaksa ke hulu ke hilir drive kereta..

 tarik handbreak!

sangkut handbag! hadoiii... malas betullah... ;)

tapi anak punya pasal... JOMMM!!!!!

jumpa lagi!

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ