ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, August 13, 2012

Nelly Antz Cookies

Nelly Antz Cookies


Assalammualaikum... :)

Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kuselesaikan projek biskut raya... total kesemua biskut raya Aidilfitri 2012 dapatlah dalam 10 jenis.. :D

Hasilnya? wahh meriah biskut raya tahun ni.. sebab apa tau.. sebab tahun ini i buat biskut raya secara solo :D Penat usah cerita ler ya... mujur ada Nellysha dak kerempeng tu.. dialah yang bantu i susun biskut dalam balang.. tq so much darling :)


Demi penghargaan buat anakanda kesayangan tunggal gegirl di rumah ni.. maka dengan itu telah kuciptakan sejenis biskut yang cukup di gemari oleh Nellysha.. dia umpama semut kering di rumah ni.. sangat sukakan gula! banyak kali dia tertangkap *bukan dalam bulan puasa :D* bila di sergah!
tu dia...mulut penuh dengan gula!!!!!! hadoyai pon!
dan seringkali dia tak tutup rapat balang gula.. dan akhirnya.. semut berdedai sama naik menikmati gula dalam balang tu! :))



Maka dengan itu terciptalah... sejarah biskut raya 2012...
Nelly Antz Cookies.. ya, giteeww..:D
dan inilah biskut pertama yang buat sewaktu memulakan projek biskut raya tahun ini.
Balik aje sekolah... wahhh... bukan main lebar lagi Nellysha tersenyum manja giteww siap mengangga-nganga mulut tu yerk... :D


Sangat rangup,
Berperisa Cherry,
harum baunya :D
Manis semestinya sebab penuh gula tu kutabur,
cantik dan so sweeett warnanya..,
Romatik juga :D

Nelly Antz Cookies


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega 
  2. 200 gm gula aising
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh vanilla
  5. 2 sudu besar cherry paste
  6. 100 gm tepung kastard  { ayak bersama
  7. 250 gm tepung biskut  {ayak bersama
  8. 2 cubit garam halus
  9. sebiji putih telur untuk sapuan di atasnya
  10. 1/2 sudu kecil emplex *perangup biskut*
  11. decoration sugar *pink dan merah*
  12. pencetak bentuk love :D
  13. ekstra tepung biskut untuk menguli semasa menorak*



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula, garam dan telur sehingga kembang atau gula hancur/larut.
  2. Masukkan perisa vanilla dan cherry, putar sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan jadikan sebuku doh *jangan di uli* sekadar menjadi sebuku doh.
  4. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Semasa menorak, *jika adunan lembik sedikit taburkan tepung sedikit sepanjang menorak. *jangan terlalu keras* sekadar boleh menerap dan elok :D
  6. Terapkan bentuk dengan penerap berbentuk hati/love. Setelah selesai.
  7. sapukan permukaan biskut dengan sedikit putih telur dan taburkan gula di atasnya. Lakukan sehingga selesai
  8. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  9. Mulalah membakar selama 10-15 minit atau keadaan bawah biskut agak kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu, barulah di masukkan di dalam balang :D
TARRAAA!!!!

Nelly Antz Cookies



selesai satu jenis biskut.. i buat dua adunan..
semalam bonda datang kerumah bersama adik lelaki kesayangan.. feed back dan komen dari mereka..

"Cantik!" <<< bonda
"Sedap dan rangup" << semua di rumah :))
"Cukup ke ni?" <<< Nellysha! :D
"i suka.." << Pak Habibi...
..................... << abang Amin dan Abang Aemir no komen.. sebab dia dah dok aim sejenis lagi biskut yang i ciptakan buat mereka berdua + dak kerempeng Nellysha...
tunggu N3 seterusnya yaa.. :D


setiap adunan biskut yang i bancuh.. semuanya i rehatkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk..
biskut akan lebih rangup..
mudah di torak dan yang penting jika adunan agak lembik boleh taburkan atau tambahkan sedikit demi sedikit tepung sepanjang proses menorak dan menerap..
dan jangan bubuh tepung berlebihan.. biskut akan keras berdentum! :))


Sekian sahaja... 

Nelly Antz Cookies

Tunggu N3 seterusnya yaa..

Selamat berpuasa.. dan selamat berbuka :D

Assalammualaikum..
Jumpa lagi..

TATA!!


Saturday, August 11, 2012

Projek Membuat Biskut Raya Tetap Di teruskan... Pengsan!!


Assalammualaikum :)

Serius i memang pengsan semalam tau.. kepenatan yang teramat! kaki bengkak.. tapak tangan jari jemari cramp! mujur ada dak kerempeng Nellysha yang ringan tulang tolong membantu susun beskot dalam botol..
Kalau Nellysha tak tolong alamatnya mesti i dah pengsan celah botol kuih tu! :))

Semalam i dapat buat 3 jenis biskut sahaja.. ada 2 jenis lagi adunan yang sedang berehat dalam peti sejuk nampaknya terpaksalah ku sambung sebentar lagi.. memang kepenatan sangat! luar biasa penatnya... lepas selesai buat kuih terakhir malam tadi.. kuih makmur... dengan aman makmurnya selepas selesai aje.. mata dah stim ala mata garfield... letak kepala terus tak ingat apa dah!
tak ada mimpi langsung! selalu ada :))


ini dia doh kuih makmur yang telah di peram selama sehari.
Ku gentel-gentel sebelum di masukkan inti kacang...


lepas isi inti menyepit ler pulak... bentuk daun.. daun apa tak pasti :)) hadoiiii..
pakkal aje ini memang biskut wajib ada dalam balang raya.. ku gagahkan diri membuat.. Fav i okeh..:D
bezanya tahun sebelum ini ada PA.. so segala kerja jadi mudah..
tahun ni buat beskot raya secara solo... penat mak!!!


ini pulak acuan kuih dahlia.. antara kuih wajib ada juga..
ini juga kuih fav Bonda tersayang.. so i buat juga dalam 2 adunan... demi bonda tercinta.. cecewahh
pastu meneran sepanjang proses membikin :))


Biskut Dahlia yang telah kuubah suaikan tahun ini menjadi..
Biskut Keronsang Bonda..
Ehh.. serius satu kerja pulak nak menatahkan apa kebenda atas biskut tu..
tetiba terasa macam kerja kat kilang kerongsang! :))
2 adunan juga.. mak toloOOooooOOOonggg!!!!
pasal kuih ni ler tangan i cramp!


Biskut buah-buahan atau mix fruits juga biskut wajib ada dalam balang tiap tahun...
biasanya i potong... hasilnya tak berapa cantik dan leceh sebab panas-panas nak kena potong...
sebab nak cantik punya pasal.. telah ku cetak satu-satu..
pastu satu kerja pulak nak ku tatahkan atas doh beskot..
dan tahun ini biskut itu telah ku reka cipta semula dan telah ku tukar namanya..
Biskut Permata.. ya giteewww :D


Apa pun projek membuat biskut raya dah masuk hari ketiga dan hari ini hari terakhir i buat biskut esok dah mula nak menghias rumah pulak.. target i rabu selesai segalanya menyambut persiapan hari raya..
Khamis & Jumaat i nak shopping!!!
wahh suka shopping last minit.. :D

Kepada teman-teman yang menanti resipi biskut tunggu yaa.. selesai aje projek biskut..
i akan mula snap gambar pastu baru dapat share kat you all semua..:)
Kepada yang meninggalkan jejak dan baru sahaja join blogs i ni..
Jutaan Terima Kasih.. Tunggu i selesaikan segalanya.. pasti akan kujejaki anda semua..:)

Selamat berpuasa dan berbuka..

Assalammualaikum..

TATA!!!

Thursday, August 9, 2012

Projek Biskut Raya Telah Bermula... Ya, Giteew


Assalammualaikum.. :) Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke 20 hari ini kita sebagai umat islam berpuasa..:)

Syukur Alhamdulillah projek biskut raya i pun dah bermula...:D

Okay, meh sini dekat-dekat i nak story mory kat you ni hah! ikutkan semangat nak mengupdate blogs memang dah ke longkang! Penat ya hampon!

Syukur Alhamdulillah juga berkat TAHAP KESABARAN DAN CEKAL yang ku letakkan TAHAP MAKSIMUM! kalau tidak cekal dan sabar takkan boleh henjut sampai naik 4 jenis beskot! ya... giteeww.. :D

Selepas bersahur i kemas dulu dapur bahan tempat i membancuh beskot. Dah susun semua alatan dan bahan. i mula bekerja secara solo :D tepat jam 8:30am...
Mula-mula sekali i bancuh dulu kesemua tiap jenis adunan yang bakal ku kerjakan@cetak.



di atas itu adalah adunan untuk Biskut Chocolate Oreo Traffic Light :D
i buat dua adunan sekaligus! ngko aii bukan tamak tau... dengan motto.. habis itu habis ler kisahnya :))
siap aje bancuh i terus balut dalam kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk dan rehatkan dalam sejam.
Sementara nak menanti adunan@doh i tu berrehat i bancuh lagi adunan seterusnya.. tiap adunan jenis biskut i buat 2 adunan... so dapatlah dalam 2 botol Medium saiz.. dengan motto selesai ko biskut jangan ko tanya lagi untuk di refill...:D


ini dia penerap yang i gunakan untuk biskut Chocolate Oreo Traffic Light...
bila dah siap membancuh semua adunan tu... sementara menunggu semuanya berehat dalam peti sejuk i akan siap sediakan bahan penerap, torak dan pastikan meja kerja sentiasa bersih dan kemas.
Alat penorak dan dulang pembakar juga dah bersusun tepi bahagian kanan i..
mana nak menerap tu i duduk :)) sakit tulang belakang ni jangan cerita.. pulak memang sedia ada penyakit tulang belakang ni semenjak mula bergelar penulis sebab banyak sangat duduk menghadap PC.. tak pe.. tak pe.. dah lali..:D


ini dia adunan biskut Chocolate Oreo yang telah siap di cetak..
menanti untuk di bagaikan.. terap sehingga selesai baru mula langkah yang seterusnya.. untuk langkah ini i hanya menghadkan masa selama 1 jam sahaja... dan selepas itu dah mula membakar..
masa untuk membakar masa tu i akan bersihkan tempat meja kerja i dan pastikan selepas itu masa untuk proses selesai membakar dan menyusun biskut dalam balang...:)


untuk tiap sapuan yang bertatah i akan gunakan putih telur tanpa di kocok dengan alasan.. lebih kemas dan tidak berwarna.. kecuali jika biskut tu memang nak kena sapu dan nampak keperangan..
nampak tak bersih dan clear aje tu.. ya pastikan meja kerja anda dan alatan sentiasa kemas dan mood nak membikin beskot sambil mendengar lagu raya berkumandang di corong radio tidak terganggu :))


Nampak tak beskot yang meriah begiteew sekali warnanya tu..
ya itu adalah biskut fav dak kerempeng Nellysha yang sememangnya fanatik GULA!!
maka telah kuciptakan biskut baru yang bernama Biskut Nelly Antz Sebab dia umpama semut kering yang tak boleh nampak gula! :))
so tahulah yaa.. kenapa biskut tu namanya cenggitu..
dan warna itu adalah warna fav Nellysha iaitu pink dan merah awww... :D


Ini penerap yang i gunakan.. semuanya dah siap sedia sebelum proses menerap berlaku waduhh ayat baik punyer.. macam buat kelas memasak pulak yerkkk :)) ya giteeww :D


Yang di atas tu pulak biskut Tart Nenas Sepit.. yang ini seminit i dapat sepit doh tu dalam 3 bijik!
laju aje.. mengisi inti nenas tu yang paling tak kuasa you! hadoiiiiiii... nak-nak pat menggentel bendaalah yang sekenit tidak atas inti nenas tu.. perghhhhh boleh tak puasa postpone lagi 3 minggu??? :))

Dan ada sejenis lagi beskot terakhir yang kubikin... baru sahaja berakhir sekejap tadi... biskut Setitis Kasih al-kisahnya gambar tak ku snap.. waduhh hanggornya dah syiok membikin tu yang tak sadar.. tak pe.. okay setakat ini kongsikan dulu gambar dan tips macam mana i bekerja mengerjakan biskut tu yerkk.. grrrrrrrr...
penat lerrrr aii... Untuk resipi jangan risau.. selesai aje i buat biskut... i target esok juga i nak siapkan semua jenis biskut rasanya dapat kot dalam 9 jenis.. Insya~ALLAH setakat ini dah ada 4 jenis.. pagi ke malam ku kerjakan sesorang... Nellysha ada jugak tolong.. memula happy dan enjoy aje dia tolong lepas berbuka.. lat sejam.. susun biskut pun dah terbalik bokong!
terus i sound..

"Gosok gigi dan cuci kaki."

terus jam tu jugak dia blah! :)) kisahnya memang dah mengantuk benor.. sanggup ngko menghabiskan kerja sekolah kat sekolah sebab dah cadang nak bantu i buat beskot.. pastu tak sampai sejam dah emo :)) 

Sekian sahaja perkongsian kali ini.. resipi bergambar Insya~ALLAH SELESAI sahaja i buat beskot semestinya i akan mula turun dan kongsikan dalam dapur maya i ni yaa.. :)

Buat semua kawan-kawan yang meninggalkan komen harap maaf tak dapat lagi membalas dan mengunjung balas.. Insya~ALLAH minggu depan i free.. tunggu i datang dapur you all ya kawan-kawan cayang kat you all.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!


Wednesday, August 8, 2012

Senarai Biskut Aidilfitri 2012 Wahh Kononnya...



Assalammualaikum... Syukur Alhamdulillah dah masuk ke Ramadan yang ke 19 diam tak diam kan..:)
Sana-sini blogs i jengah semua dapur maya kengkawan kita tu dah mula beroperasi mengerjakan biskut raya.. i jugak yang masih bersantai-santai.. macam ada lagi 3 minggu aje berpuasa :D

Petang tadi i berbuka di luar bersama keluarga tersayang.. kisah tu nanti i KLIK SINI DAN DI SINILAH KAMI BERBUKA RAMADAN KE 19
sekejap aje lagi ni ekk.. :D

Okay gambar di atas itu adalah sebahagian resipi biskut raya yang ada di dalam buku resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah..
semestinya biskut itu akan terhidang di pagi raya.. :)

Di bawah ini i sertakan beberapa jenis nama biskut yang bakal ku kerjakan tidak berapa lama lagi.. mungkin juga esok pagi santak ke malam.. Insya~ALLAH... masa tu you all semua mungkin tengah bersantai depan tv dan i sesorang terkial-kial membuat biskut raya :D tak pe.. tak pe.. sendiri buat sendiri juga yang bersengkang mata.. hadoii... Nellysha cakap dia nak bantu i.. tq ya nak.. kalau tak sekolah bolehlah.. takut nanti kepenatan kat dalam kelas membute :D



SENARAI BISKUT AIDILFITRI 2012
(sekadar merancang takut yang jadinya 3 jenis aje :)) )

  1. Kuih Bahulu Cermai *resipi Arwah Nenek*
  2. Biskut Tart Nenas Sepit
  3. Biskut Coklat Trifle
  4. Biskut Red Velvet Choc Chips
  5. Biskut Choclate Hazelnut
  6. Biskut Sarang Semut
  7. Biskut Makmur *resipi Arwah Nenek*
  8. Biskut Chocolate Oreo Traffic Light
  9. Biskut Keronsang Bonda
  10. Biskut Mix Fruits
  11. Biskut Aprikot
  12. Biskut Coklat
  13. Biskut Antz Nellysha :D << yang ni fav Nellysha :D
  14. Biskut Jambu awww... :D
  15. Biskut Cherry Nellysha :D <<< idea dia ekk..:)
  16. Biskut Setitis Kasih
Insya~ALLAH setakat ini, itu sahaja dahulu.. yang mana jadi ku bikin hentah tak tahulah yang mana satu... yang penting mesti siap 8-9 jenis.. yang mana tak sempat tu.. sambung tahun baru cina :))



Sekian sahaja.. tunggu pulak list kek untuk pagi raya nanti yaa... paling tidak pun 6 jenis kek! yaa mesti ada...dan biskut juga kek itu akan kubuat ekstra banyak sebab bakal ku agihkan ke rumah ibu mertua kesayangan dan adik-beradik.. ya giteww...:)
Insya~ALLAH... Wallahualam~

Assalammualaikum...

TATA!!



Tuesday, August 7, 2012

Menu Berbuka 7hb Ogos 2012



Assalammualaikum..:) Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke 18 kita sebagai umat islam berpuasa :D Cepat betul masa berlalu.. mood nak membuat biskut dah semakin membara.. apasal tak buat lagi? Saborr... ada bahan yang belum lagi sempat ku beli :)) dah cukup bahan nanti hah! sekali henjut dari pagi santak ke malam i buat beskot ehh... :) yang mana buh komen cakap nak tengok kuih apa i buat tu nanti... pun sabar.. ala biskut i tiap tahun sama aje... kebanyakkannya kuih tradisional... yang wajib ada dalam balang tart sepit nenas... hah tu dia.. sejak lahir memang kuih tu wajib ada... lagi satu makmur waduhh itu fav i tu okeh.. :D kuih bahulu cermai pun wajib ada... dan selebihnya tu nanti i bagitahu dalam waktu terdekat ini Insya~ALLAH... :)


i ni jarang nak menghadap blogs 2-3 hari ni... banyak pulak kerja penulisan yang i nak kena bereskan... tak sangka muai pulak rezeki masuk.. Syukur Alhamdulillah...:)

Hmm.. ingat lagi Ramadan tahun lepas... buat pertama kali seumur hidup i.. Ramadan dan Hari Raya tahun lepas terasa cukup bermakna.. i berada di dalam dilema.. :( dilema yang semua orang tak tahu.. Insya~ALLAH sebaik sahaja i masukkan N3 kat blogs dapur maya i ni.. i akan update pulak kisah dilema i berpuasa dan berhari raya tahun lepas di blogs... sini >>BLOGS LUAHAN HATIKU AWW GEDIKZ!

Menu Berbuka 7hb Ogos 2012


Hari ni i masak simple jugak.. Asam Pedas Ikan Merah bersama Bunga Kantan..



Kuah Asam Rebus semalam banyak lagi...
i cuma tambahkan kobis aje.. dah selesai kerja..:)


telur dadar fav Abang Aemir..


Ikan selar goreng Fav dak kerempeng Nellysha


Woot... woot.... :D ini dia fav i... beli dari kedai kek SDS...:D


Blueberry Cheese Cake juga dari SDS.. waduhhh so creamy...:)
dah tu jerk menu berbuka i petang tadi.. simple aje tu kan..:) mudah aje tu.. mood nak memasak ada.. mood nak snap gambar yang dah lesap hentah ke mana.. tengoklah mana ada props bagai hehehe.. main pakai bentang alas meja aje dahhhh.. :D okaylah tu dari tak beralas kan kan.. :)


Untuk semua peserta Kuiz Marathon.. sebahagian hadiah dan cenderahati anda sudah di postkan pagi tadi.. dalam tempoh 3 hari sampailah depan pintu rumah anda.. tunggu yaa...:) jangan lupa beritahu apa yang you all dapat... ;)) i ni pun cuak semacam aje ni.. takut tersilap hantar hadiah..:)


Sekian sahaja menu berbuka untuk kali ini...
jumpa lagi...:)

Assalammualaikum..

TATA!!

Menu Berbuka 6hb Ogos 2012


Assalammualaikum... gambar di atas itu adalah menu berbuka i pada 6hb Ogos 2012 bersamaan Ramadan yang ke 17.. ya giteeew :D Mood nak mengedit gambar dan memasukkan resipi dalam blogs agak ke longkang! Nak tahu sebab apa??


Hujan lebat di kampung i yoUuu.. gerak aje sikit.. perut berbunyi :)) dah macam budak kecik hehheee :D
Menu pun ala kadar sahaja... semakin ringkas dan tak sampai 5 jari dah siap... :D dengan motto.. 'Hujan-hujan ni kan.. makan apa pun sedapPPp' ya, giteew.. :)
i masak simple aje.. :D

Ikan Siakap Sweet Sour Bunga Kantan


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan siakap *anggaran 500gm* cuci bersih, lumurkan belah kedua-dua belah isinya... dan lumurkan bersama serbuk kunyit+serbuk halia dan sedikit tepung beras, taburkan dengan sedikit garam. Lumur sebati dan perapkan dalam 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan ketepikan.

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
2 cm halia *julien
2 tangkai cili hijau *potong
10 tangkai cili padi merah *potong

BAHAN SOS :

2 sudu besar sos lemon
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap pekat
 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil seasoning magie

BAHAN LAIN :

4 keping nenas *dadu
2 kuntum bunga kantan *hiris
2 helai daun ketumbar *hiris
100 ml air
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau. 
Masukkan air dan *BAHAN SOS* dan renehkan sehingga kuah agak pekat.
Masukkan *BAHAN LAIN* dan sesuaikan rasa.
Setelah kuah pekat dan secukup rasa, tuangkan sos di atas ikan siakap yang telah siap di goreng!

TARRAA!!!

Ikan Siakap Sweet Sour Bunga Kantan


Rasanya macam masak sweet sour yang biasa kita masak tu.. di tambahkan bau harum bunga kantan tu.. waduhh makan dengan nasi panas-panas.. pulak musim hujan.. perghh... Syukur Alhamdulillah.. hilang bunyi perut tu tadi yerk. :D


Asam rebus kacang bendir dan kacang panjang..:)


telur masin.. cair sikit.. waduhh makan dengan kuah asam perghhh...:)


makan pulak dengan cucur udang yang lembut di dalam dan garing di luar.... waduhh.... sos jangan lupa cecah yaa..:)


Kuih-muih hasil tunjuk.. hanya RM1 4 keping.. total semua kuih-muih di atas itu RM4.50.. selesai semuanya.. sebenarnya kuih kasui tu i suruh mak cik tu bungkus.. 2 keping.. dia pi bungkus RM2.. wahhh bergentel-gentel dalam piring :)) habis tak?
dah tu? nak kena bebel dengan Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. habis you..
kuih yang hijau semeta tu kuih Abang Aemir.. :D


Sekian sahaja.. kalau hujan lagi hari ni.. alamatnya menu musim hujan ler jadinya yaa...
Insya~ALLAH.. jumpa lagi..

Assalammualaikum..

TATA!!

Monday, August 6, 2012

Menu Berbuka Puasa 6hb Ogos 2012


Assalammualaikum... :) Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke 17 hari ni ya.. Pak Habibi macam tak percaya aje giteww.. ya lah.. balik opis aje semuanya dah terhidang :))

Okay sila abaikan gambar di atas.. kisahnya begini i tak sempat lagi nak snap gambar sebab masakan yang i masak petang untuk berbuka sebentar nanti memerlukan saat akhir waktu berbuka baru boleh di hidang.. ya giteww.. :)

So sekarang ni i share dulu menu berbuka i 6hb Ogos 2012

  1. Nasi Putih :D
  2. Ikan Siakap Masak Sweet Sour Bunga Kantan :D
  3. Asam Rebus Kacang Bendir dan Kacang Panjang :D
  4. Telur Masin :D
  5. Cucur Udang Rangup :D
  6. Kuih Manis beli di bazar murah sahaja RM1 4 keping.. dan gerenti ada pau kampung :))
Sekian sahaja menu berbuka i petang nanti.. gambar dan resipi Insya~ALLAH malam nanti i share yaa.... yang mana kebuntuan idea tu bolehlah ikut aje menu i ni.. Selamat berbuka!!

Assalammualaikum...

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ