ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, June 15, 2012

Pulut Kuning Serawa Durian


Assalammualaikum... Selamat petang semua :D Awal-awal i nak minta maaf pada kengkawan yang duduknya jauh di perantauan dan juga yang bersekutu dengannya.. Al-maklumlah sekarang ni memang tengah musim durian kat kebun i tu.. banyak naaa... tentang kisah kebun durian dan pokok durian tu lain N3 nanti i tunjuk gambar ehh... sekarang ni musim tengah panas betul! tak larat i nak jengah kebun tu dengan mengendong kamera i celah leher :)) di harap bersabau... macehhh.. tu yang i sayang kat you all taw :D


Malam tadi i dah rendam pulut kuning dengan serbuk kunyit.. pagi tadi i toskan.. buat tak banyak, dengan niat nak pulang mangkuk jiran i.. kat rumah ni tak ada siapa pun yang suka serawa durian.. so i share dengan jiran i yang tersayang tu ;)

1 1/2 cawan pulut + 1/2 sudu teh serbuk kunyit
*rendam semalaman dan toskan*

Cara :
Rebuskan pulut bersama :
2 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan
Tanak sehingga masak


Serawa durian ni.. i masak pun tak banyak.. sekadar lepaskan gian i dan jiran i yang gian jugak tuh! :))

Kuah Serawa Durian


8 ulas durian kelas A++ :))
400 ml santan pekat
40 gm gula melaka
1 sudu gula pasir
sedikit garam
1 helai daun pandan

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, dan renehkan di atas dapur dengan *api paling kecil*
Tak perlu sentiasa di kacau, jadi tolong pastikan api *kecil*
sesuaikan rasa, setelah durian sebati dan kuah pekat.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Kuah Serawa Durian


semua orang dah pernah masak serawa durian. 
Kali ini i sukat betul-betul supaya resipi serawa durian ini akan mudah bagi sesiapa yang belum pernah mencuba!

Pulut Kuning Serawa Durian


i cuma tepikan cikittt aje... untuk i makan sorang :D 


selebihnya suruh Nelly hantar rumah jiran i...

"Nelly jangan lupa kirim salam cayang kat Tok Ana yaa.."

itu pesanan i pada Nelly masa nak hantar rumah my jiran :))


"Momma.. Tok Ana kirim salam... dia cakap Tq!"


Ya begitu jawapan dari jiran kesayangan i... :))

Pulut Kuning Serawa Durian


Selamat mencuba kawan-kawan... :D


Teera-mitsu.. my beloved catz.. dah kurus kering! sebab rindukan abang amin <<
alasan! sebenarnya tak de siapa yang memanjakan dia.. baru lepaskan dari kandang...
lepak baik punyer! AloOlOooooo


Props i hari ini.. sekuntum bunga plastik i kutis dari bakul bunga! :))
dan daun pisang :D


Jumpa lagi!

TATA!!


Menu Menanges... Simple Yet Crying!



Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua rakan-rakan baru dan lama di alam maya ku ini.. hari ni i makan tengahari memang menanges! *ejaan yang betul>> sila eja.. :D M.E.N.A.N.G.I.S* ya giteeww... :)) :D 


sambal tumis telur, ikan bilis dan bawang sekantong! kuah pekat benau!
ya giteeww... menanges taw! :))


Lemak Udang Besor Sayur Rampai Menanges!


Ikan masin kapak bersama ulam Pucuk Kendondong Awww!

Menu Menanges.. Simple Yet Crying!!


Syukur Alhamdulillah... hidung tersumbat, telinge masih pekak! berdesing aje telinge i taw :D
Mujur masa makan tadi tu.. eehhh berasalah pulak!
mau tak menangess... mujur semua lauk yang i masak tu tak masin! muahahhaa :)) :D

Lemak Udang Besor Sayur Rampai Menanges!


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
secekut manja ikan bilis
1 batang cili merah
350 ml santan separa pekat

BAHAN LAIN :

8 ekor udang saiz M << dah macam bajulah pulak :))
10 tangkai daun pegaga
2 tangkai daun selasih
8 helai pucuk berbuas
1 helai daun kunyit *pucuk muda yang bergulung tu*
1/2 biji peria

CARA :

Renehkan *BAHAN KISAR* di dalam periuk kecil.
Setelah mendidih *sentiasa kacau* masukkan peria dan udang.
Setelah udang bertukar warna, masukkan kesemua *BAHAN LAIN* dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARAAA!!!

Lemak Udang Besor Sayur Rampai Menanges!


Kesemua sayur rampai tu petik tepi rumah oke.. :D
udang tu beli dari nelayan.. fresh terketik-ketik masa beli tu tau awww... :))

Sambal tumis telur, ikan bilis dan bawang sekantong! Menanges... ish ish...


BAHAN-BAHANNYA :

6 biji telur *rebus dan kupas kulitnya*
150 gm ikan bilis
3 biji bawang besar *hiris
30 ml air asam jawa
gula dan garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
30 tangkai cili kering

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan garing *sentiasa di kacau, api perlahan dan tempoh menumis agak lama*
masukkan ikan bilis dan bawang dan kacau seketika.
Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
Masukkan telur, kacau sebati. angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Sambal tumis telur, ikan bilis dan bawang sekantong! Menanges... ish ish...


Mau tak menanges... kuah tu pekat, bawang banyak, ikan bilis garing pulak tu.. telur molek aje tergolek 2 biji! awww.. mau tak menanges i tell you!

Menu Menanges.. Simple Yet Crying!!


calit pulak ulam pucuk kedondong muda kat sambal tumis menanges tu...
waduhhhh.... Menu Menanges.. Simple Yet Crying!! :)) :))


Syukur Alhamdulillah.. ikutkan badan tak berapa sihat lagi.. kuatkan semangat nak memasak hari ni.. tak kuasa nak makan luar.. panas sekarang ni..masak aje yang....

Menu Menanges.. Simple Yet Crying!!

:)) :)) :D


props yang i gunakan.. hentah apa kenama bunga tu.. plestik tu hehhee :D


Selamat menjamu selera kawan-kawan..

Masa menanti telur rebus tu masak.. sempat jugak i siapkan satu jenis juadah minum petang...
di rumah ni memang tak suka.. so i buat untuk my jiran.. ;)

apa tew?? tunggu petang sikit yaa.. macehh kerana sabar menanti... cayang semua.. muahzzz :D


Syukur Alhamdulillah..

KERANA SEBIJI EPAL MENDUDUKI CARTA KE 4 TOP 10 BUKU PRIMA DAH 2 minggu berturut2... 


Aminn... Jumpa nanti!

TATA!!

Thursday, June 14, 2012

Kuih Naga Sari Perisa Pandan Versi Baru! Lebih mudah di NGAPP! Ya giteew


Assalammualaikum.. selamat petang semua :) Nak bagi laporan sikit :)) batuk dah okay sikit, ehhh.. telinga pulak pekak! :D tak pe.. tak pe.. selera semenjak kurang sihat lain macam benor! memacam tekak ni terhingin! ye laa.. apa yang di makan semuanya tak berasa!  :)) so membikin ler tadi.. dengan penuh berharap.. dapatlah merasa! :)) tak banyak sikit je.. ;)


Kuih Naga Sari.. :D Mungkin zaman dulu Naga pakai sari kot? :)) Okay sambung cerita yaa.. selalunya kalau buat kuih naga sari ni kita buh pisang di tengah-tengah adunan tepung beras tu kan. Okay kali ni i ubah suai sikit agar lebih mudah dan lebih senang nak makan... :) tinggal... cam tu.. cam kat bawah tu.. yaa giteww... :D sebab i ni memang suka jenis yang ringkas mudah yang penting bila di makan LAJU je MENYUAP! ya gitewww :))



Nampak tak pisang kat celah-celah adunan perisa pandan tu? Haaa... i potong dadu pisang tu yerk.. gaul sekali, jadi buah pisang tu sebati dalam adunan tu... bila dah siap di kukus tu.. hah! tinggal...


Sudu dan masukkan ke dalam mulut.. ;)
so tak perlu lagi nak di kerat-kerat pisang tu...

sudu... NGAP!! sudu... NGAP!!

:)) :)) :))

mudah kan camtu?? jom buat!

Kuih Naga Sari Perisa Pandan Versi Baru!

Untuk Adunan Batter :

150 gm tepung beras
secukup garam
4 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
1 sudu teh perisa pandan
350 ml santan pekat + 50 ml air

PISANG *DADU* ikut suka anda ;)

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas *KECUALI* pisang.
 Dan pastikan jangan ada yang berketul.
Jerangkan di atas api *api kecil* sentiasa di kacau sehingga pekat.
Setelah pekat masukkan pisang dan gaul rata.
Angkat dan ketepikan.


gaul rata macam tu yaa....


ambil daun pisang yang telah di layurkan di atas api, kemudian ambil satu sudu besar adunan dan letakkan seperti gambar di atas.


bungkus macam tu.... ya betul :D sebenarnya saiz tu kecik aje yaa...


kukus selama lebih kurang 7-10 minit
angkat dan sejukkan terlebih dahulu

TARRAAA!!!

Kuih Naga Sari Perisa Pandan Versi Baru!


Nampak tak tu?? menyengih aje tu :D


Tengah panas-panas tu jugak ku sudukan dalam mulut ni hah!
Syukur Alhamdulillah.. ehhh berasalah pulak! :)) :)) :))


Lemak, manis, lembut....harum bau pandan tu.. mudah nak di makan.... ringkas!


SlurrPPppp.. giteww..... ;)


Jangan lupa cuba yaa.. :) bahan yang di gunakan pun sedikit aje kan kan.. makan pulak musim panas macam ni.. sejukkan dalam chiller.. waduhh macam rasa eskrem pun ada... :D
selamat mencuba! 

PROPS YANG I GUNAKAN :)


daun pisang :D


pisang masak :D


cawan plastik :))


Untuk warga KL dan kepada sesiapa sahaja yang bakal berada di ALAMANDA PUTRA JAYA.... klik bawah tu>>>


Jumpa lagi!

TATA!!

Segalanya Telur Ayam! Tak Berasa Pulak! Aduhaiii


Assalammualaikum... Selamat pagi semua teman... :) Di kesempatan ini i nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman-teman tersayang yang meninggalkan jejak dan mendoakan agar i sembuh dari selesema dan batuk :) Tq so much.. berkat doa-doa teman semua.. Syukur Alhamdulillah.. selsema kian pulih.. hidung pulak tersumbat! hadoii yaii.. dah tak berbau! :)) :D

Tak pe.. tak pe.. mata ada heheehee.. :D

Kesemua lauk yang berasaskan telur ayam di atas tuuuUUuu... :)) adalah menu hidangan i malam tadi :)) baru di kongsikan tengahari ini dan i tidak memasak tengahari ini sebab semua balik lewat petang... ya giteww... sekian laporan untuk setakat ini ;)

Pernah ke you all semua masak lauk TELUR satu meja?? semuanya T.E.L.U.R << sila mengeja! :))

hah! meh! nak story kat you all ni :D


"Momma, goreng telur dadar, lama Aemir tak makan. Please..."

yer Abang Aemir.. yang 'lama tak makan' tu baru aje 14 JAM!! kan???  yang telan 3 biji telur separuh masak pagi tadi tu sape?? :))

hadehh... maka...


Telur dadar... versi lapok!
bawang besar, cili merah, telur, garam, lada sulah!

hah! tu telur Dadar Abang Aemir yang dah lama BEBENAU! kononnya tak makan... kan.. kan... :D


Ehem! yang ni permintaan orang demam... siapa?? siapa??? *sambil toleh kanan, kiri tak!* :))

i ler hehehee... teringin benor nak makan lauk tumis air kentang, pecahkan telur dan buh sikit sayur pak choy!

TUMIS AIR KENTANG, TELUR DAN PAK CHOY!

BAHAN-BAHANNYA :

4 biji telur *sorang sebiji :D
700 ml air *kentang berkanji so lebihkan air
1 genggam sayur pak choy *sawi kecil
sedikit serbuk lada sulah
garam

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris i pencinta garlic ;)
minyak

*gunakan kuali leper mudah nak pecahkan telur*

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS*.
Tumiskan sehingga naik bau, kemudian masukkan air dan kentang.
Renehkan sehingga kentang empuk, renjiskan sedikit lada sulah.
Pecahkan telur, sebiji-sebiji dan biarkan telur set.
Masukkan sayur pak choy, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

TUMIS AIR KENTANG, TELUR DAN PAK CHOY!


yaa... tengah syiok memasak kat dapur tu sambil membayangkan rasa sup kentang bertelur :)) tu kan kan... kononnya nak simple and easy ler kononnya....

"Momma masak apa?? sambal telur ada tak? Nelly nak sambal telur!"

Hadoii.. sorang lagi! hadoiii... grrrr....

"Sambal telur esok ekk cayangg.. hari ni sup telur.. tengok tu.. tUuu... ada sayur haa... tu diaa.. ada telur lagik!"

"Nak telur sambal!"

GrrrRRrrrrrrrrrrrrrrrr.... pakkal ajekan.. Nelly ni bukan boleh sergah! kang ada meraung lagi celah meja sana tu hah! tak kuasa i yoUuu... :))


Tak kuasa nak masak Sambal telur! manjang lauk tu jerkkkkk.. jemu laaa.. TOLONGGGGGGGGGG!!!! hah! giteww i menjerit dalam hati taw.. :D

"Wow! kari telur! Nelly suka! Tq Momma cayangg.. muahhh..."

Wah! kiss pun ku tulis! muaahhhaa :)) yer ku rebuskan telur 3 bijik!

panaskan kuah kari yang dah tinggal saki baki kat periuk tu... cepuhkan telur rebus dalam tu..
jadilah.. telur kari! muahahahaa :))


"Jangan lupa goreng ikan kerisi garing-garing! sedap makan dengan sup kentang tuUuuu.."

aje memang! aje memang! tawwwwww.... GrrrrRrrrrrrrrrr

Tu! Pak Habibi TembamBOM i punya pulak!

ayat baik punyer.. tak de maknanya dia makan SOP KENTANG!

Serius ni ekk... serius ni... cakap sini habis sini lah ekk.. :))


pertama kali seumur hidup segalanya T.E.L.U.R!!!!

muakkknyaaaaa.... :D

 @________________*


ini aje yang bukan dari hasil telur..dan ini aje yang Pak Habibi i hadap malam tu... :D


nampak tak mak ayam garang tu???

macam tu ler mood i malam tadi.. apa taknya.. memacam lauk yang diubah suaikan dengan bahan UTUMA T.E.L.U.R!! beria-ia sangat nak menghirup kuah sup kentang berTELUR tu.. sayangnya hidung tersumbat YoUuu aii :)) dah tak ada rasa.. aduhh duuhh duhhh... :D tak pe.. tak pe.. yang penting.. i ikhlas masak untuk keluarga tersayang awwwww ;)

juga PROPS yang i gunakan malam tadi..

Mak Ayam Garang yang dah jadi BATU
dan
Beberapa bijik TELUR ORIGINAL punyer!

ada baki lagi 2 TRAY! apa yang kubagaikan tu nanti??

Jumpa lagi Petang Nanti... DUrian lagi ke?? ke??

Sabor.. ;)

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ