ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 11, 2011

KAILAN IKAN MASIN

 
KAILAN IKAN MASIN

Memang nak mengadu ler sesangat ni ekk.. tulah! kengkonon tak nak rambut berbau ikan masin, mengader mencari tudung.. wah! memasak ler kailan ikan masin macam nak rak! memang ler rambut tak berbau. Tahu.. tak...yer... yer.. arr memasak! dah ku bubuh dalam pinggan bujur.. siap aje makan malam tadi terus ler berbegas nak edit gambar dan masukkan dalam blogs kesayanganku ini... HUaaaaaAAAAA.... (menjerit!) aduhaii.. masa  tu termenung depan PC oke! rupanya tak ku snap gambar masakan KAILAN IKAN MASIN! so yang ada ni gambar bedaah! i punya lagi menarik ala-ala gelap2 gitu kelernya ekk... jadilah kang tak tunjuk gambar cuma keluarkan resipe tak berseri pulak yer tak... pstt nak tahu kenapa gambar masakan lain i snap... kenapa gambar kailan ikan masin tidak??? bersambung selepas you all salin resipe oke...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KAILAN IKAN MASIN

 Bahan-bahan : 
  • 4 ulas bawang putih ~ di pecahkan sahaja
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • 1 keping ikan masin tenggiri jeruk ~ potong dadu
  • 1 peket sayur kailan ~ asingkan batang dan daun
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar ~ sos ikan/fish sauce
Cara Memasak :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan masin dan batang kailan sehingga ikan masin garing dan batang kailan layu
  • masukkan daun kailan, sos tiram, fish sauce, kacau rata
  • sesuaiakan rasa. angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
KAILAN IKAN MASIN
KAILAN IKAN MASIN
KAILAN IKAN MASIN
 
Tension aje ni.. memasak macam nak rak.. tapi guna gambar tiruan! huk.. huk.. nak tahu tak kenapa gambar kailan i tak ada???
tu... pengakuan sebenar..
rupanya anak dara kerempeng i dok snap gambar si Apple Macintosh membuta!!!
cett!!! anak i terdelete oke!!
Grr... pasti ada hikmah di sebaliknya maka i cool jer oke...
grr.....

 SELAMAT MENCUBA!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

SAMBAL TUMIS SARDIN

 
SAMBAL TUMIS SARDIN

Adeh.. dehh.. dehh.. pstt.. nak mengadu sikit ni ekk.. bila masak aje lauk sardin ni kan.. kan.. kalau you all nak tahu.. i mesti pakai tudung oke! hehee.. sebabnya tak kuasa rambut i bau sardin! Awww!! mengader ler tu hehe.. apa pun i tell you ini ler penyelesaian kalau dah tak tahu nak masak apa.. jawapannya S.A.R.D.I.N!!! udah ler mudah di masak, enak pulak tu.. Pastukan macam-macam cara atau resipe boleh di masak dengan sardin ni tauu... pstt kalau ada lebih esok pagi buatkan lempeng kelapa pastu ko cecahkan kuah sardin tu ekk. dok plak tepi pintu! perghh aje memang.. kucing jiran sebelah dok menanguk depan kita hahaa..

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS SARDIN
Bahan-bahannya :
  • 2 tin sardin ~ (rumah i ramai orang)
  • 1 batang lada hijau ~ belah dua
  • 1 batang lada merah ~ belah dua
  • 3 tangkai daun sadri ~ potong 1 inci
Bahan-Bahan di kisar halus :
  • 20 tangkai lada kering 
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara memasak :
  • Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga garing
  • masukkan sardin
  • masukkan daun sadri dan lada merah+hijau
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRRAA!!
SAMBAL TUMIS SARDIN
SAMBAL TUMIS SARDIN
 SAMBAL TUMIS SARDIN 
Perghh.. lawankan pulak dengan ikan masin kapak!
tu..
tu..
Pheewiitt amacam??? sardin memang best!
selamat mencuba!!
 MENU MAKAN MALAM 11 FEBRUARI 2011
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

SUP FILEMENT CRAB BERSAMA KENTANG DAN KOBIS

 
SUP FILEMENT CRAB BERSAMA KENTANG DAN KOBIS

Wah! resipe makan malam hari ini ekk.. kiranya simple aje tetapi bertambah-tambah gengs di rumah ni makan. Apa taknya filement crabs tu kalau di masakkan sup dan tambahkan pulak kentang dengan kobis memang ler gabungan yang mantop! Slurpppp.... wah! nyaman gituh... pastu tersandor hehee...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP FILEMENT CRAB BERSAMA KENTANG DAN KOBIS

 Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 batang lada merah ~ jiris
  • 1 peket filement crab ~ kerat dua
  • 2 biji kentang ~ potong kecil
  • 1 batang celery ~ hiris
  • 4 kelopak kobis muda ~ potong petak
  • sedikit bawang goreng untuk tabur
  • 4 gelas air atau lebih
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. tumiskan bahan-bahan di hiris dan kentang juga celery
  • masukkan air, biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk
  • masukkan filement crab. sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAAA!!!
SUP FILEMENT CRAB BERSAMA KENTANG DAN KOBIS 
 PStt... mudah aje kan??? kalau demam hah! cuba lauk ni makankan dengan bubur kosong!
best tul!
selamat mencuba!!
 menu makan malam 11 FEBRUARI 2011
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

IKAN GORENG RANGUP

 
IKAN GORENG RANGUP

Kalau dah rangup hujung nama resipe tu.. aje memang ler tak perlu di terangkan. Tadi makan nasi.. wah! 4 ekor ikan selar kuning i ratah you.. sampai ketulang-tulangnya i kunyah! memang sedap nyah! hehee... ikan goreng rumah ni memang tak tinggal ekk.. so hari ni hari jumaat so i dengan rajinnya share ler resipe termudah giler ni ekk....

JOM!! SALIN RESIPE!!!
IKAN GORENG RANGUP

 Bahan-bahan tumbuk :
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit 
  • 3 sudu besar ketumbar
Bahan-bahan lain :
  • apa jua jenis ikan ~ cuci bersih dan ketepikan
  • 5 sudu besar tepung rangup/tepung goreng ikan/ayam
Cara menyediakan :
  • Gaulkan kesemua bahan di tumbuk, ikan dan tepung rangup
  • sesuaikan rasa. perap selama 20 minit
  • panaskan minyak dan goreng
  • apabila garing angkat dan hidangkan!!
TENGGG!! TARRAA!!!
IKAN GORENG RANGUP
IKAN GORENG RANGUP
IKAN GORENG RANGUP 
 Wah! mudah aje kan.. tetapi i tell you rasanya memang meletop!
selamat mencuba!!
MENU 10HB FEBRUARI 2011
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS

 
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS

Mood bila tiba hari Jumaat aje mesti tekak ni terasa macam nak makan lauk kampung... bersantan... berkuah sup dan macam-macam lagilah.. Pulak tu ada nenas lagi sejoreng... ada pulak santan beku... dan ikan masin sepat 4 ekor! terus ler ku gulai lemak... dah lama tak masak.... lawankan pulak dengan celur pucuk ubi, celur pucuk berbuas... ada pulak jering! tumbukkan sambal belacan! aje memang you.. lepas makan terus ler kuyUU....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS 
Bahan-bahannya :
Kisar lumat :
  • 1/2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kuyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 9 batang cili padi

Bahan-Bahan lain :
  • 4 keping ikan masin sepat rendam 1/2 jam dan bilas dan potong dua
  • 1 biji kelapa ~ jadikan 5 gelas santan 
  • 1 helai daun limau purut ~ siat
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1/2 biji nenas ~ potong kecil
Cara Memasak :
  • Campurkan ke semua bahan-bahan yang telah di kisar bersama santan, daun limau purut dan serai
  • renehkan sebentar. masukkan nenas dan ikan masin sepat
  • biarkan mereneh dalam 8 minit sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS
 GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS 

 Tak sampai 20 minit dah siap Iyerrkkk..
selamat mencuba!!
 TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

TELUR GORENG SOS TIRAM

 
TELUR GORENG SOS TIRAM

Assalammualaikum semua teman-teman... dah tiba hari Jumaat, penghulu segala hari... Syukur Alhamdulillah.. panjang umur kita dapat berjumpa lagi ekk... hari ni i masak simple aje... tetapi i tell you.. Baekk punyerr!!! yek elee.. sha setakat telur goreng jerk tu... ehhh.. yer ler.. tu telur goreng belum yang lelain lagi tu.. aje memang bertambah makan hari ni ekk... nak tahu kenapa??? nanti i tell you ekk.. ekk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TELUR GORENG SOS TIRAM


Bahan-bahannya :
  • 7 biji telur ayam ~ goreng sebiji-sebiji dan ke tepikan
  • 5 ulas bawang kecil (bawang merah ~ hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dadu
  • 2 hiris halia ~ hiris batang mancis
  • 1 batang celery ~ hiris
  • 1 biji tomato ~ dadu kasar
  • 2 batang daun sadri ~ hiris untuk tabur
  • 6 susu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1 sudu teh tepug jagung ~ bancuh dengan sedikit air
  • 1 cawan air
Cara memasak :
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan semua bahan-bahan yang di hiris sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram dan kicap lemak manis
  • renehkan sebentar
  • masukkan air tepung jagung dan kacau rata
  • sesuaikan rasa dan tuangkan kuah sos di atas telur
  • taburkan dengan daun sadri dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
TELUR GORENG SOS TIRAM
TELUR GORENG SOS TIRAM
TELUR GORENG SOS TIRAM 
Tutup sebelah mata pun boleh masak dan siap dengan segera! cewahh!!
selamat mencuba!!
 hidangan tengahari ini 10 FEB 2011
GULAI LEMAK SEPAT NENAS + TELUR GORENG SOS TIRAM + IKAN GORENG RANGUP +SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN PUCUK UBI CELUR + BERBUAS CELUR + JERINGG!!
YER PASAL JERING TU YANG I PALING SUKE!!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

Thursday, February 10, 2011

UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE

UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE
Perghh.. erghh.. erghh.. cewah! cewah! ewah! ewaH! tetiba keler font pun cekelat ekk.. ni nak mengadu ler ni.. Pak Habibi i tu mengelat tau! dari tengahari tadi tu... i buat ler UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE permintaan dia tu ekk.. dah ku terangkan.. nak kena simpan dalam peti beku menci tau sebut beku! pastukan.. kat opis tu asyik ler dia menelefon... "CHOCOLATE CHEESE CAKE I OKE?? OKE TAK?? KALAU OKE I NAK BALIK AWAL HARI NI??" cett! i yang tak oke! oke! cheese cake ni dah ler satu peel.. paling kurang simpan dalam chiller tu 3-4 jam paling elok 1 whole day oke! patutnya esok baru boleh makan, ni tak menyabor punya hal.. ish ku potong jugak ekk.. terus Pak Habibi i senyap... laaa.. tertidur gupernya hehee.. lepas ni kalau buat takmo beritahu dia ekk.. tetiba dah TENGG!!! TARRAA!!... ramai yang cakap buat cheese cake ni leceh! tak leceh sebenarnya tetapi belanjanya tu yang mahal ekk.. cheese cream mahal.. pendek kata segala perabah yang ada dalam cheese cake tu mahal.. tapi i tell you.. buat sendiri lagi berbaloi oke! jimat belanja dari dok makan kat otel sambil bersilang kaki pastu jap.. jap.. lap tisu kat tepi bibir.. pegang tangkai cawan pun dengan dua jari jerk hehhe...yer ler... makan kat otel ler katakan.. so pak habibiku! from now on.. no more otel2... dah tu jerk nak mengadu ekk.. terima kasih ler kerana membaca artikel i ni ekk.. macehh semua.. cayang awak jugak!

JOM!!! SALIN RESIPE!!
UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE
 Bahan Untuk bahagian bawah :
  • 250gm biskut oreo atau dark chocolate cookies ~ kisar sehingga hancur
  • 100gm mentega ~ cairkan
**CAMPURKAN BISKUT DAN MENTEGA YANG TELAH DI CAIRKAN DAN MASUKKAN KE DALAM TIN PEMBAKAR KHAS UNTUK CHEESE CAKE. TEKAN SEHINGGA RATA DAN PADAT. KETEPIKAN

Bahan untuk bahagian atas Cheese :
  • 250gm cream cheese ~ suhu bilik
  • 1 sudu besar geletin vegetarian + 1/2 cawan air panas mendidih (sampai larut)
  • 200gm dark chocolate ~ sha guna toblerone ~ cairkan
  • 80gm gula 
  • 200ml whiping cream
Cara menyediakan :
  • Putarkan cream cheese bersama gula sehingga kembang
  • masukkan geletin yang telah dilarutkan dalam air panas mendidih, coklat yang telah di cairkan, dan masukkan whipping cream putar lagi sehingga kembang dan gebu sedikit
  • tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah siap sedia dengan serbuk biskut
  • tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk (chiller) selama 3-4 jam atau yang paling elok semalaman
  • sedia untuk di hidangkan!
TENGG!!! TARRAAA!!!
UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE
UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE
 UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE 
 PSTT... AMACAM??? mudah aje kan??
tak perlu masak atau di bakar lagi you..
psstt.. kalau gas habis buat UNBAKE CHOCOLATE CHEESE CAKE!
SELAMAT MENCUBA!!!
PAK HABIBIKU PUNYA PORTION.... LEPAS HABIS TU.. EHH.. TAMBAH LAGI DAN LAGI.. CETT! SUKA LER I KALAU DIA HABISKAN..... DIA SEMAKIN TEMBAM DAN I TETAP MAINTAIN...yOU!
mengader ler tuh!
 selamat mencuba!!
 TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES

PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Ewah! ewah! Cewah! Cewah! ini apa kess??? dah nak tiba raya ke?? puasa pun idak lagi oke! Huishh.. jangan tak tahu.. dari aritu sebelum raya cina i teringin betul nak makan Peanut & Chocolate Chips Cookies.. bukan yang macam mak kita buat tu ekk.. i suke yang besor dan ala-ala ranggup cenggituh! mencari lah.. lah.. lah.. sampai laaa tak berjumpa! ngencess aje i you.. pastukan i geram.. geram... i buat sendiri tau.. tau... i ni bukannya apa tau.. penyakit malas tetap menyelubungi diriku ini.. tapikan tetiba TERRR.. rajin sebab.. i nak bagi present/cenderahati kepada seorang insan yang telah menempah 6 buah novel karya i tu...terus dari i.. kiranya dia bertuah ler.. bukan sahaja cenderahati i bagi tetapi kokies untuk dia menghongges... pstt tak termasuk balang oke! hehe.. so kalau ada sesiapa yang nak merasa 'sesuatu' dari air tangan i... order ler 6 buah karya i tu ekk.. sila jengah di blogs penulisanku ini..>> KARYA SHAHRIAH ABDULLAH siap ada cenderahati istimewa dariku khas untukmu...:):)
 okay udah habis promosi!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES
 Bahan-bahannya :
  • 100gm shortening/lemak sayuran
  • 270gm gula perang
  • 250gm peanut butter/mentega kacang
  • 2 biji telur
  • 50ml susu segar
  • 2 sudu teh vanilla
  • 200gm tepung gandum
  • 150gm tepung castard
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 150gm chocolate chips
  • sedikit garam
  • loyang pembakar yang di alas dengan kertas minyak (tak perlu oleskan mentega)
Cara Membancuh dan membakar :

  • Putarkan gula + shortening  sehingga kembang
  • masukkan telur, esen vanilla dan susu segar putar sehingga kembang
  • masukkan peanut butter dan putar lagi
  • masukkan tepung dan gaul rata masukkan chocolate chips
  • sukat satu sudu kecil adunan dan letakkan di atas dulang pembakar sehingga habis
  • panaskan oven suhu 160'C selama 20-25 minit atau keperangan
  • angkat, sejukkan dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES
PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES
  PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES  

 MUDAH aje kan... rasanya lemak dan enak.. ranGUUUPPPPPP!!!
i tell you!
mesti cuba tau!!
 TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

SOSEJ BLACK PEPPER

 
SOSEJ BLACK PEPPER

Macam biasalah... dah namanya tukang masak di rumah ni.. masak ketam ada yang tak suka ketam! masak Udang ada yang tak suka udang! aje memang tau.. hah! ni lauk tambahan.. hero i yang nombor dua tu tak makan ketam! katanya leceh nak mengongges! adeh.. dehh.. dehh.. ku masakkan ler sosej black pepper.. aje memang bertambah ler nasi tu nanti! memang tau! sayang punya pasal i masak juga oke... sharing is caring..:)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOSEJ BLACK PEPPER
Bahan-bahannya :
  • 1 peket sosej ayam ~ potong 3 dan belah 4 di hujungnya
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 batang lada hijau ~ hiris
  • 1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
Cara memasak :
  • Tumiskan bawang putih dan lada hijau
  • setelah layu masukkan sosej gaul rata dan masukkan lada hitam
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
SOSEJ BLACK PEPPER 
 SOSEJ BLACK PEPPER  
 SOSEJ BLACK PEPPER  
Mudah aje bah! 
selamat mencuba!!!
menu tengahari 10 FEBRUARI 2011
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

KETAM BERLADA DAUN KETUMBAR

KETAM BERLADA DAUN KETUMBAR

Ketam lagi! Lagi! lagi ketam! nak buat macam mana... abang pasar tu paksa i beli oke! dengan ayat powernya... "ABANG MEMANG TEPIKAN KETAM NI UNTUK SHA... SHA SUKA KETAM... KAN? KAN?" cett.... pandai ekk... beli ler nak buat cammana... orang berbudi kita berhasa... i memberi duit abang pasor merasa! hehee.. kali ni i masak simple jerk ekk.. cuma tambahkan daun ketumbar jerk... tapi bau dan rasanya.. perghh.. memang sedap! tak caya tanya ketam tu!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KETAM BERLADA DAUN KETUMBAR

 Bahan-bahan kisar halus :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 30 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
Bahan-bahan lain :
  • 1 kg ketam
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 biji telur ~ di kocok 

Cara memasak :
  • Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai sehingga garing
  • masukkan garam, gula dan masukkan ketam dan daun ketumbar
  • gaul rata dan masak sehingga ketam berubah warna
  • masukkan telur di kocok gaul rata, sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRAA!!!!
KETAM BERLADA DAUN KETUMBAR
KETAM BERLADA DAUN KETUMBAR
KETAM BERLADA DAUN KETUMBAR 
 Amacam??? senang jerk tu kan... nanti i nak pesan dengan abang ketam tu... singgah blogs resipe kesayangan i ni ehhee..
menu hidangan 10 FEBRUARI 2011
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ