ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, May 18, 2011

AGAR-AGAR CENDOL KACANG MERAH


AGAR-AGAR CENDOL KACANG MERAH

Hari tu buat agar-agar cendol tak bubuh kacang merah.. kali ni i bikin letak kacang merah... gula melaka lebih sikit... wahhh.. sejukkan dalam chiller.. potong dan makan waktu cuaca panas macam ni... memang terbaik!!! rasanya lemak, manis dan berkrim... kena ler cuba oke...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
AGAR-AGAR CENDOL KACANG MERAH

25gm agar-agar kering
7 cawan air
150gm gula pasir
1 buku gula melaka *jadikan air gula
200 gm cendol
1 tin kacang merah
200 ml santan pekat
sedikit garam
acuan agar-agar

CARA MEMASAK :

campurkan air bersama agar-agar kering *kerat kecil
renehkan agar-agar sehingga larut, masukkan gula pasir dan kacau sehingga larut
masukkan gula melaka, santan dan sedikit garam
kacau rata
ambil kacang merah dan masukkan ke dalam acuan agar-agar
lapiskan pula dengan cendol
tapiskan adunan agar-agar ke dalam acuan sehingga habis
sejukkan terlebih dahulu, setelah set/beku baru masukkan kedalam chiller
potong dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!
AGAR-AGAR CENDOL KACANG MERAH
 

SANGAT MUDAH!!!

TATA!!!


Tuesday, May 17, 2011

BENING PUCUK MANIS DAN PUCUK PAKU BERSAMA KELEDEK


BENING PUCUK MANIS DAN PUCUK PAKU BERSAMA KELEDEK

masakan yang simple.... tak banyak modal.. sesuai untuk yang sedang mengamalkan diet.. kerana kuahnya cukup ler manis dan rasa lemak keledek perghhh.. memang best!

JOM!! SALIN RESIPE!!
BENING PUCUK MANIS DAN PUCUK PAKU BERSAMA KELEDEK

BAHAN-BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang merah *saiz sederhana
1 genggam ikan bilis
4 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN :

1 ikat pucuk manis
1 ikat pucuk paku
1 biji keledek *saiz sederhana
garam & air

CARA MEMASAK :

Rebus keledek sehingga empuk, masukkan *bahan-bahan kisar dan air dan renehkan
masukkan sayur pucuk manis dan pucuk paku
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

JOM!! SALIN RESIPE!!
BENING PUCUK MANIS DAN PUCUK PAKU BERSAMA KELEDEK
 RINGKAS!

TATA!!  


AYAM GORENG BUMBU

AYAM GORENG BUMBU

Ayam goreng!!! sedapnya...:):) ye ke sedap??? mau tak sedap.. kalau dah nama ayam goreng.. goreng macam mana pun memang sedapp!! tak muak dan tak jemu.. gengs di rumah ni cakap lahh.. kalau i ayam goreng tiap hari eee..jemu ler... sambal belacan tak jemu hehee..:) ayam goreng ni resipe my PA.. simple dan enak.. garing dan tak muak.. tapi bahan-bahan yang digunakan.. perghhh.. kalah nak buat kenduri kesyukuran! muahaha...:) terima kasih bibik ekk..:)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
AYAM GORENG BUMBU

1 ekor ayam ~ potong 16 dan cuci dan toskan
minyak untuk goreng
gula dan garam
sedikit cuka
1 biji telur

BAHAN DI KISAR :

7 inci halia 
7 inci lengkuas
4 batang serai
5 biji buah keras
7 inci kunyit
12 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKANNYA :

lumurkan ayam bersama *bahan-bahan di kisar dan campurkan dengan bahan-bahan lain dan perapkan selama 1 jam atau semalaman 
panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing atau keperangan
angkat dan hidangkan bersama sambal tomato!

TENGG!! TARRAA!!!
AYAM GORENG BUMBU
 MEMANG GARING DAN SEDAP!!
SELAMAT MENCUBA!!

TATA!!
 


SIMPLE BREAKFAST... MENGENYANGKAN...:):)


SIMPLE BREAKFAST... MENGENYANGKAN...:):)

Hello good morning everyone... how are you this morning? Great! good... cewahhh.. cewahhh.. amboi.. emboiiii.. mentang-mentang pagi tadi sarapan tosted bread, scrambled eggs.. baked beans... lidah dah tak gethi cakap melayu! muahaha.... saja jerk... ni ler sarapan pagi di kala hujung minggu.. selama ni tak share bukan apa tau.. dah naik jemu jelak! dah terasa macam bukan resipe yang patut di masukkan ke dalam blogs resipe i ni hah! tapi pagi tadi masa sedang bersarapan tu.. datanglah pulak jiran tetangga.... ajak makan semeja...tetiba dia cakap.. cam ni ekk.. 'SELALU TENGOK KAT DALAM DRAMA OMPUTEH.. TAK SANGKA... PAGI NI DAPAT MERASA PULAK! REZEKI BETUL!' hehee... nama jiran i tu terpaksa di rahsiakan... kerana dia pemalu orangnya muahahaha.. ada aje ler ekk.. i memang suka sarapan pagi yang simple dan tak heavy sangat.. cukuplah sekadar 1 mug necaffe dan sekeping roti bakar bersama madu udahhh... lebih dari tu kurengs sikit... so sarapan ni biasanya khas buat anak-anak i yang dah bujang tu ekk.. aje memang suka ler mereka tu... dak kerempeng princess nellysha cuma suka scrambled eggs, roti bakar dan baked beans lebih dari tu sorry.... tak di sentuhnya... pak habibi hanya sosej dan roti bakar udahh... so hari ni i share pulak dengan you all... selalunya makan di kopitiam atau di restaurant 'bernama' ajekan... tak perlu ekk.. boleh cuba di rumah.. jimat belanja dan semestinya halal!
JOM!! SALIN RESIPE!!
SIMPLE BREAKFAST... MENGENYANGKAN...:):)

 :
1 peket sosej ayam
didihkan air dan masukkan sosej, rebus selama lebih kurang 4 minit angkat dan toskan
panaskan sedikit mentega dan masukkan sosej yang telah di rebus dan taburkan sedikit serbuk lada hitam *corsed black pepper*
angkat dan ketepikan
:
:
 :
scrambled eggs
5 biji telur + 3 sudu besar sos tomato dan sedikit seasoning
kocok sehingga kembang 
panaskan sedikit mentega dan gorengkan telur dan hancurkan
angkat dan ketepikan
:
:
 :
baked beans
1 tin besar baked beans *yeos atau apa sahaja jenama halal*
masukkan ke dalam kuali non-stick dan taburkan sedikit serbuk lada hitam *corsed black pepper*
angkat dan hidangkan!
:
:
 :
kacang pis
1 tin kacang pis buang airnya
hidangkan!
:
:
 :
:
roti bakar
masukkan roti di dalam toaster dan tekan!
toingg!!! bila roti keluar
hidangkan!..:):)
:
:
TENGG!! TARRAA!!!
SIMPLE BREAKFAST... MENGENYANGKAN...:):)
:
  :
SIMPLE!!!!
:
:
 :
MENGENYANGKAN!!!!
JIMAT BELANJA!!!
HALAL!!
SELAMAT BERSARAPAN KAWAN-KAWAN..:):)
:
:
:
HAPPY WESAK DAY!!!
:
:
TATA!! 




Monday, May 16, 2011

SPAGHETTI OLIO VERSI II


SPAGHETTI OLIO VERSI II

A very simple dish...:):) antara pasta yang di sukai dek gengs di rumah ni... manjang SPAGHETTI OLIO.... olio tu bermaksud bawang putih... udang wajib ada... dan rasanya sangat sedap, senang sangat nak membikinnya.. nak makan lagi ler mudah.. just ambil garfu ku putarkan dalam spaghetti tu... pastu sumbat ke dalam mulut.. dah tu di kunyah.. usah ko telan macam tu jerk.. kang ada berbelit kat tekak, muahahaha... rasanya rumah ni kalau namanya pasta.. tak kira ler apa jenis pasta... berkuah sos tomato... daging... seafood, bercream semuanya memang fav di rumah ni.. sering memasak... sampaikan naik jemu jelak... tetapi jarang share sebab tak sempat nak snap gambar.. kalau dah beratur tepi kuali dengan menatang pinggan.. kita yang jadi tukang masak ni sabar aje ler bebanyak.... tapi kali ni i masak senyap-senyap... siap aje masak terus snap gambar.. lepas tu baru panggil gengs di rumah makan... heee... jam tu gak licin! kali ni i masak spaghetthi olio simple sangat... tetapi rasa tetap maintain... SEDAP!!

JOM!! SALIN RESIPE!!
SPAGHETTI OLIO VERSI II

1 peket spaghetti ~ celur dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :

50gm mentega + 3 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang kuning ~ dadu
12 ulas bawang putih ~ dadu
2 batang celery ~ dadu
5 tangkai cili kering ~ kerat 1 inci
350gm udang *saiz sederhana ~ kupas kulit separuh dan buang hitam di belakangnya + perapkan bersama serbuk lada hitam

2 tangkai daun bawang ~ untuk tabur

CARA MEMASAK :
Panaskan kuali bersama mentega dan minyak zaitun
tumiskan bawang kuning, bawang putih dan cili kering sehingga garing, kemudian baru masukkan celery
masukkan udang dan sesuaikan rasa
masukkan spaghetti gaul rata
angkat dan taburkan bersama daun bawang!

TENGG!! TARRAA!!
SPAGHETTI OLIO VERSI II
 :
TERBAIK!!
TATA!!


Sunday, May 15, 2011

UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE


UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE

Wahhhh.. lama dah tak buat cheese cake... ada jugak buat sebelum ni tapi tak share.. kali ni i share resipe bukan resipe i tau... dan bukan i buat tapi my beloved sista dak shelly...:):) dia ler yang buat cheese cake ni... bersempena 'WEDDING ANIVERSARY ~ 8TH' wahhh... TAHNIAH!!! diam tak diam 8 tahun dah yer mendirikan mahligai bahagia.. moga jodoh dak shelly dan suaminya kekal sehingga ke akhir hayat dan juga bahagia di samping keluarganya yang tersayang... amin... amin.. yarabbalalamin..... jom! hari ni kita salin resipe UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE masakan dak shelly tu.. i dah rasa memang sedapppp!!! pandai dak shelly buat... wal hal dia memang tak ada asas pun dalam hal-hal membikin kek atau segala jenis kuih-muih.. dia tak berminat langsung! tetapi semenjak i giat ada blogs resipe ni.. dia jadi TERAJIN pulak nak mencuba itu dan ini... dan so far resipe yang dak shelly buat memang menjadi... tahniah! kalau dak shelly yang tiada asas dalam bidang masakan tu..boleh jadi cheese cake tuu... you all yang memang minat memasak tu apalah lagi yer tak?

JOM!! SALIN RESIPE!!!
UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE

UNTUK BAHAGIAN ATAS

250gm cream cheese Philedephia
60 gm gula castor
200ml whipped cream
1 1/2 sudu gelatin *halal + 150ml air panas
1 biji manggo ~ potong dadu

CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE CAKE :

putarkan cream cheese dan gula putar sehingga kembang 
kemudian masukkan whipping cream ke dalam adunan cheese dan putar lagi
masukkan manggo yang di potong dadu dan kacau rata
ketepikan sebentar

UNTUK BAHAGIAN TAPAK ATAU BASE

100gm biskut marie
100gm biskut oreo
100gm butter ~ cairkan

CARA MENYEDIAKAN :

kisar/hancurkan biskut dan campurkan dengan mentega cair
tekankan di atas tapak 'loose tin' atau loyang khas untuk cheese cake
tekan-tekankan sehingga padat di atas loyang

 MANGO PUREE *BAHAGIAN ATAS SEKALI *SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS

1 biji manggo/buah mangga ~ kisar halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu besar gelatin *halal + 50ml air panas

CARA MENYEDIAKAN MANGGO PUREE:

campurkan golden syrup bersama manggo yang di kisar halus kacau sebati dan campurkan gelatin kacau rata
tuangkan Manggo puree ke atas adunan cheese dan biar set selama 4 jam atau seeloknya semalaman di dalam chiller/peti sejuk
angkat dan potong lalu hidangkan ketika sejuk!

TENGG!!! TARRAA!!!
UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE
 :
YOMMY.... YOMMY...:):)
:
:
:
:
MEMANG SEDAP!!!!
TQ SO MUCH DAK SHELLY..:):)
Selamat mencuba kawan-kawan...:):)

TATA!!


JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP


JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP

Perghh.. lama betul tak buat jemput-jemput udang kering.... bila buat tu... teringat pulak kat kengkawan blogs... tak lah istimewa mana pun... biasa aje... tapi pasal suka share resipe... maka masukkan jugaklah yerk... dahlah garing di luar... lembut di dalam... rangup pulak tu... perghh.. cecahkan pulak dengan sos cili.. minum dengan air kopi O... petang kala berangin kat bawah bangku batu tu.. memang the best!!!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP

BAHAN-BAHAN :

1 biji bawang merah *saiz besar ~ hiris 
1 batang lada merah ~ hiris
1/2 cawan udang kering ~ rendam dan toskan
4 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
2 biji telur
air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati 
keadaan adunan haruslah separa cair dan tidak terlalu pekat
dan ketepikan dalam 10 minit 
panaskan minyak untuk menggoreng
goreng nipis-nipis sehingga keperangan
angkat dan toskan
hidangkan bersama sos cili!!

TENGG!! TARRAA!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP
  
mudah dan sedap!!

TATA!! 


BAKSO VERSI II

BAKSO VERSI II

WAHH... bakso laa... memang suka makan bakso... hari ni i bikin bakso... bukan susah pun... lagi simple dan mudah di bandingkan dengan soto...:):) simple sangat.... kalau tak percaya you all kena cuba oke..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
BAKSO VERSI II

KUAH BAKSO
  KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
10 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar lada putih/lada sulah

BAHAN LAIN :
1 kg tulang daging
1/2 kg bebola daging *jenama MOHAMMAD *halal
2 batang serai ~ titik

CARA MEMASAK :

rebuskan tulang sehingga empuk
tumiskan *bahan-bahan kisar dan serai sehingga garing
masukkan *bahan-bahan yang telah di tumis kedalam air rebusan daging, didihkan sehingga rempah sebati masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah mesra angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
:
:
SOHOON RENDAM BERSAMA AIR PANAS DAN TOSKAN
:
:
MARCARONI ~ PILIHAN PAK HABIBI MAKAN BERSAMA KUAH BAKSO
 :
:
KOBIS DI SAGAT HALUS
:
:
TAUGEH BUANG EKOR
:
:
BAWANG GORENG
:
:
DAUN SADRI
:
:
SAMBAL CILI PADI KICAP
:
:
SAMBAL CILI KEMIRI
*CILI PADI DAN BUAH KERAS TUMBUK HANCUR SESUAIKAN GULA DAN GARAM
:
:
TENGG!! TARRAA!!!!
BAKSO VERSI II
: 
:
:
SIMPLE, HALAL, JIMAT BELANJA, THE BEST!!
:
TATA!!!


Saturday, May 14, 2011

MANGO CARAMEL PUDDING


MANGO CARAMEL PUDDING

SLURPPPPPPPPPPPP........... komen sikit ekk... rasanya.. lemak sangat.... manis dari gula caramel tu... waduhh.. bila dikunyah... rasa manggo/buah mangga masak yang lemak masam dan manis.... tekstur.. kental, lembut dan enak... itu sahaja komen yang dapat di terangkan setakat ini... yang selebihnya you all kena cuba sendiri oke...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MANGO CARAMEL PUDDING

UNTUK GULA CARAMEL :

6 sudu besar gula pasir
2 sudu air

CARA MEMBUAT CARAMEL :

masukkan gula di dalam kuali dan air
biarkan sehingga gula larut dan bertukar keperangan
masukkan ke dalam acuan dan ketepikan

CARA MEMBUAT ADUNAN PUDDING :

5 biji telur *saiz AAA
3/4 susu pekat
sedikit garam
1 biji buah manggo/mangga ~ potong dadu kecil-kecil
1 sudu besar esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN MANGGO PUDDING :

Putarkan telur sehingga kembang
masukkan esen vanilla dan susu pekat sehingga berbuih
taburkan sedikit garam
tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di letakkan gula caramel
taburkan buah manggo yang di potong dadu
bakar dengan suhu 120'c selama 40 minit
angkat dan sejukkan terlebih dahulu
hidangkan setelah benar2 sejuk dari dalam chiller!!

TENGG!! TARRAA!!!
MANGO CARAMEL PUDDING
 TERBAIKKK!!!!
 SLURPPPPP.............................:):):)

TATA!!!
 

GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM


GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM

Gulai.... dah lama tak share resipe gulai ikan.. asam pedas... ke.. bukan lama tak masak.. boleh di katakan seminggu dua kali.. cuma tak share dalam blogs aje.. tapi hari ni i share... so bertambahlah koleksi resipe gulai dalam blogs i ni kan...  ikan  yang i gunakan ni pun hasil tangkapan dari nelayan di kampung i... i kalau nak beli suka beli yang fresh... sanggup bayar lebih sikit.. tetapi rasanya memang the best!!!! bila dah sampai kat pasaraya tu dah kena air batu.. tak semanis yang fresh... tapi yang mana tinggal di bandar tu memang lah tak merasa ikan fresh macam tu kan.. tak per yang penting ikan yang kita beli tu masih segar dan tidak busuk... so bila di masak tu taklah berbau dan tawar aje isinya... ikan unga adalah ikan fav bonda... so i masakkan lauk ni khas buat bonda dan keluarga tersayang dan resipe buat kengkawan semua yaa...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN DI KISAR :
1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
30 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan bakar
BAHAN-BAHAN LAIN :

4 keping isi ikan unga
1/2 cekak daun kesum
8 tangkai kacang bendir
1 genggam asam jawa ~ jadikan 5 cawan air
Bahan untuk menumis :

1 biji bawang merah *saiz kecil ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
tumiskan *bahan-bahan dikisar sehingga pecah minyak *biar lama sedikit lebih enak *api sederhana sahaja
masukan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih
setelah mendidih masukkan kacang bendir dan daun kesum
setelah kacang bendir separa empuk masukkan ikan
sesuaikan rasa dan setelah ikan masak
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
GULAI IKAN UNGA DAUN KESUM
 THE BEST!! KEPALA IKAN UNGAN TU I SIMPAN.. NANTI I NAK BUAT SUP KEPALA IKAN... MEMANG BEST!!!

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ