ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, May 29, 2012

Mini Red Velvet Cakes School Holiday Versions! Yeh!


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua kawan-kawan.. :)

Tu diaa... sekali keluar merah lagi YoUuu... :) i memang fanatik kaler merah! tak kiralah apa pun memang suka merah menyala! tapi tengok darah... PITAM! :)) apa kess ler agaknya ekk :))

Ni kiranya menu minum petang i di rumah.. masih bersempena musim cuti sekolah yeh! yeh!

Kali ni idea datangnya dari i dan nelly... asalnya dok menyelak katalog cat dinding! muahahahaaa :)) tetiba Nelly cakap...

"Momma kan suka colour merah! buatlah kek merah!"



betul jugak kata dak kerempeng tu kan kan..

lama dah tak buat Red Velvet Cake.. kebetulan Mascarpone Cheese masih ada stock!

terus ler membancuh.. dengan tema....

Merah Menyala.. Umpama Mood Membara School Holiday Yeh!

Ya giteewww... :))


ini Red Velvet Teddy Bear Versi Nellysha..

cute tak??? dia yang tolong tekan guna penerap biskut bentuk teddy bear...
DAN yang tolong topping tu pun dia... dan tabur serpihan RV tu pun dia...

setelah melalui beberapa insident... sapu, kaup dan sapu dan kaup topping kat atas kek tu... 

sebab sememeh! :)) hadoiii...


Memang niat awal-awal lagi masa nak membuat RVC tu..

i tak nak buat besar, tak nak buat bentuk bulat,

tak nak buat bentuk 4 segi!

berapa banyak buat daaa :))

so i guna acuan cup cakes macam kat atas tu...

dengan motto mudah nak kulapis nanti tak perlu potong...

ya giteewww.. ;)

MINI RED VELVET CAKES


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

130 gm mentega
150 gm gula kastor
2 biji telur *gred A
1 sudu cuka *apple cider
1 sudu besar pewarna merah
2 sudu besar natural yougurt

BAHAN B @ AYAK BERSAMA :

200 gm tepung *blue key
30 gm serbuk koko *van hauten
sedikit garam
1 sudu teh baking powder

**SILA AYAK 3 KALI**

CARA :

Putarkan kesemua *BAHAN A* sehingga kembang dan gula larut.
Putar lebih kurang 8 minit.

Kemudian masukkan *BAHAN B* dan gaul sehingga sebati.
Putar lagi sehingga 5 minit dengan putaran *medium*


masukkan ke dalam acuan sehingga selesai.

Panaskan ketuhar selama 15 minit dengan suhu 170'C

Bakar adunan selama 20-25 minit.

Angkat dan sejukkan...


Tu diaa.. merah sangatlah Mak Ngah, Pak Ngah, Cik Ngah, Abang Ngah dan semua yang ada Ngah yaa..:))

mari kita mengerjakan cik adik RVC tu jom!


hasil kerja tangan Nellysha.. di bawah pemantauan Emaknya yaa.. 

macehh :)

hitu nama.. naik bersepai sekeping RVC tu hokey! hadoii :))

TARRAA!!!!

MINI RED VELVET CAKES

VERSI nellysha.. :)


Versi Mak Nellysha!

TARRAAA!!!

MINI RED VELVET CAKES


boleh laaa... kan kan..

kata main pepondok.. awwww :))

tak perlu potong untuk melapis-lapis bagai tu kan...

tak kuasa i YoUuuu :))

amik sekeping.. buh cheese frosting.. amik lagi sekeping..

 timpa!

timpa!

 timpa!!!

dah jadi RVC.. ;)


smooth and silky....

CREAM CHEESE FROSTING :

150 gm Mascarpone Cheese
100 gm Cream Cheese Philadelphia
150 gm gula aising
1 sudu besar jus lemon

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan putar sehingga kembang dan gebUuuu YoUuuu...


Versi Abang Aemir..

Turut sama turun padang!

Leper cenggitu guper!

jadilah dari tak ada hahahahaha!!! :))


Hah! yang ini versi.. ala-ala topping Cheese Frosting yang...

dah tinggal suku suku nyawa ikan!

PancitTttt.....

wehhh... seksi jugak tu... :))

MINI RED VELVET CAKES

SCHOOL HOLIDAY VERSIONS! YEH!


SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN...:))


Jaga diri senyum selalu.. :))



Props yang i gunakan tadi di celah-celah RVC...

simple kan... yang penting rasanya... :)) ya giteeww... 

TATA!!!



Spaghetti Meat Balls Sempoi Jugak YouUuu.. Versi School HolidaY


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua adik-adik, ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian... :) Cuti sekolah ni kan kan.. hah! nak ceritalah sikit ni ekk.. :))


Selagi namanya cuti sekolah.. dan selagi masih terperap kat dalam rumah ni hah! jawabnya.. dapur masih berasap! 
kuali dan periuk belanga masih belum boleh di gantung :))

Tetapi.... ada tetapinya :)) 
mood nak memasak tu aje memang dah tinggal suam-suam kuku aje  YoUUuu.. i camtu.. tak tahulah you all macam mana pulak :))


Mulalah memasak seringkas yang boleh..
nasi memang dah tak jumpa dah!

semua anak-anak tak nak makan nasi waktu tengahari.. :)
selalunya i masak pasta waktu malam... sebab tak kuasa! :))

tapi sekarang dah tukar pulak.. semua nak ringkas sebab memasing ada yang menghadap tv dari pagi santak ke petang!
ada jugak yang menghadap PC dari pagi santak ke malam!
i ler tu! muahahahaa :))


So i masakkanlah apa yang ada dan ringkas..
waktu memasak pun singkat!
dapur tak bersepah!
i like... :)

SPAGHETTI MEAT BALLS


BAHAN-BAHAN UNTUK MEAT BALLS :

100 gm daging kisar
50 gm serbuk roti
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu teh British parsley *serbuk
1/2 sudu teh serbuk oregano
sedikit garam
1 biji telur

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan dan perapkan selama 10 minit.
Bulat-bulatkan seperti gambar di atas.


Panaskan minyak *sedikit sahaja* 
dan gorengkan daging sekadar keperangan, angkat dan ketepikan.

UNTUK SOS :

1 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
3 biji tomato masak *dadu
1 sudu besar paste tomato
cracked black pepper
sedikit minyak zaitun
garam dan sedikit gula
sedikit air

Parmesan cheese untuk taburan di atasnya

Spaghetti celur dan toskan.

CARA :

Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga naik bau.
masukkan buah tomato dan paste tomato.
masukkan air dan renehkan sebentar.
Masukkan meat balls dan renehkan sehingga kuah pekat!
Angkat dan hidangkan bersama spaghetti dan taburan parmersan cheese!

TARRAA!!!

SPAGHETTI MEAT BALLS

Paling simple dan ringkas!


YummeehhHHhhh YoUuuu :)


selamat bercuti kawan-kawan... :)


Ehhh dalam malas dan nak serba ringkas tu... wahh wahhhh....


Apa tewww???

TungguUUUuu... :)

TATA!!

Magie Kari Udang Menu Sempoi Cuti Sekolah YoUu!



Assalammualaikum... apa khabar semua?? :) kan dah kata.. nampaknya menu semakin ringkas dan sempoi aje.. maklumlah musim cuti sekolahlah katakan kan... :)) Periuk belanga pun dah sama naik cuti! :)) mood nak bercuti semakin membara gitewww... :))


Ingat lagi.. Magie Kari Bergulung ni.. i buat masa bertarung di dapur MasterChef Malaysia..

kelam kabut masa tu.. bayangkan cuma 30 minit sahaja masa yang di berikan!

mana nak cari idea.. hadoii... ingat lagi.. Insyallah satu hari nanti i nak buat lagi macam tu...

bila?? hentah.. Wallahualam :))


Actually... menu Magie Kari Udang ni adalah hidangan Supper i... :)) malam tadi yoUUU...

baru hari ni ku sharekan pada semua... :) bukan apa.. lepas kenyang terus sangapPPpp..... hehhee... ;)

Udang tu pulak segar... baru aje naik dari laut... rumah i kan dekat sangat dengan tepi laut..

so beli dari seorang nelayan yang kebetulan baru aje balik dari menjaring udang.. murah sangat!

Udang fresh besar-besar! cuma RM35 sekilo... masih hidup lagi you masa i beli udang tu... wahhh!
Jakon sangat giteeww ;)

Magie Kari Udang Sempoi


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 batang cili merah *hiris
4 pelepah sayur sawi *potong 2 inci
3 tangkai daun sadri *hiris
2 biji telur
6 ekor udang segar *buang kulit tengah dan buang hitam di belakangnya*

3 peket magie perisa kari
air secukupnya

CARA :

Rebuskan air di dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, batang sawi dan serbuk magie kari. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan telur dan jangan dikacau *kecilkan api dan biar telur masak@set*

Besarkan api dan masukkan udang sehingga bertukar warna, baru masukkan magie dan daun sadri.
Kacau dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Magie Kari Udang Sempoi


Gambar nampak lain macam aje ekk.. pucat aje giteww.. ya lahhh...
snap gambar tengah malam :)) :))


sesuai untuk supper waktu cuti sekolah... :)

Tak ler perlu keluar membeli burger tepi jalan.. Pak Habibi malas nak keluarkan kereta dari garaj!

i??? lagilah malassssssssss :))

dan satu lagi tak perlu menumis di tengah malam kala :))

ya gitewww... ;)


selamat bercuti semua kawan-kawan..
 i belum start bercuti.. SOON.. ;)
tunggu cukup korem dulu... :)

TATA!!

Monday, May 28, 2012

NellySha Melo Cup Cakes Idea Dari Nellysha YoUuu!


Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua rakan-rakan di alam maya ini.. terima kasih kerana masih sudi bertandang di dapur ku ini... Insyallah bila ada kelapangan sahaja semestinya tiap komen anda semua akan ku balas... yang kontot pun ku balas.. Insyallah.. :)


Al-maklumlah sekarang ni kan musim cuti sekolah... so kerja pun bertambah-tambah... *tambah malas adalah!* :)) :)) apa taknya.. bila nak masak lebih... yang sorang nun jauh di kem PLKN.. soon dah nak balik cuti dah :) sorang lagi asyik tusyen... dan yang ada tercunggol kat rumah ni siapa??? hah! siapa lagi dak kerempeng Nellysha lah... tusyen cuma hari sabtu dan ahad.. nak pergi window shopping berdua, cuaca panaslah pulak.. 

"Kita dok rumah ajelah Nelly ekk.. kita makanNnnnnn... pastu tengok tv! amacam? set?" << omak nelly yang memberi idea :))

"Okay! tapi Momma kenalah temankan Nelly tengok citer katon! no channel masak-masak okay? set?"

Perghhh terpaksalah jugak mencalit tu ekk.. :))


Mata tu pulak tak boleh lama tengok tv.. manjang nak terkatop! :))
sambil-sambil tu bacalah buku... dah tak dapat tengok rancangan memasaklah katakan... ;)

Tetiba Nelly lesap! sah! sah! Omak dia terlelap tadi... :))

tetiba terdengar bunyi tutop tin jatuh! kat dapur *tingkat bawah*

"Nelly buat apa??"

tak menyahut!

Nak tahu Nellysha buat apa?? yaa dia ambil roti.. tabur sebanyak tidak serbuk milo atas roti tu!

perghhhhhhhhh!!! dah lah baru nak baik demam... kata bonda Milo ni panas kalau makan camtu jerk...

"Nelly nak makan milo lah Momma.. sedapppPPp.."


"Cuba Momma buat cup cakes buh melo banyak-banyak atas cup cakes tu... nanti Nelly janji tak makan melo dengan roti macam ni!" <<< sambil tunjuk roti penuh dengan melo!!!! pastu sememeh tepi bibir.. pastu... hadoiiiiiiii nak kena mengemop! lantai dapur tu bersepah dengan serbuk melo! peh! peh! peh!

so membikin ler tadi.... dengan di temani Nellysha..

seronok tak sha??

bolehlah! :)) 

@________*

Milo Vanilla Cup Cakes Nellysha


 BAHAN-BAHANNYA :

120 gm mentega *suhu bilik
140 gm gula kastor
2 biji telur

200 gm tepung kek *blue key + 1 sudu teh baking powder = Ayak bersama

1 sudu teh vanilla
100 ml susu segar

150 gm serbuk milo *untuk inti di tengah cup cakes*

CARA :

Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Putarkan bersama susu segar dan selang selikan dengan tepung sehingga selesai dan putarkan lagi selama 5 minit.


tuangkan 1 sudu besar adunan ke dalam acuan cup cakes.
Taburkan 1 sudu kecil serbuk milo dan tuangkan lagi satu sudu adunan. 
lakukan sehingga selesai.

Panaskan oven dengan suhu 170'C selama 15 minit.
kemudian masukkan cup cakes dan bakar selama 15-20 minit!
angkat dan sejukkan!


Ni.. Nellysha begitu super excited nak merasa kek Melo cup cakes idea bernas dari dia kononnya :)


sanggup berdiang depan oven!
dari mula masukkan CC sehingalah selesai...
 super excited sungguh! :))


haruuummmmmmmmmMMmmm naaAAAAaaaa....


acuan cc yang blue dot dot tu.. hah! yang tu Nelly yang buat :)
lebih isi melonya ekkk.. 1 sudu besor melo hokey!!!
gasak ler nak aii.. :)


setelah sejuk... toppingkan dengan Creame Cheese Frosting...



Pastu suruhlah Nellysha tabur sebanyak tidak melo yang dia suka!
decolah bagai nak haper!
sepenuh tidak di bubuhnya! selagi tak kata..

"Enough Nelly!!!! hadoii.." <<< yer giteww sekali mak nellysha berbunyi ekkk..

then baru STOP! tabur... :))

dan lepas tu kena mop satu rumah sebelum bersemut! peh! :))


sememeh??

Uishh yang sememeh laa kata Nelly... arts gitewwww :))


"Papa.. nanti belikan Melo lagi."

"Laa.. kan baru semalam Papa beli... takkan dah habis? Tanya Momma mana dia letak."

*perbualan antara Nelly dan bapak!nya kat dalam telefon

"Dah nak habiss.. tinggal half! Momma tadi buat cup cakes melo."

Huwaahhhh... giteeww Omak dia lah yerk?? bukan dia???

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :)) :))


Apa pun.. memang terbaik!
gebu dan baunya harumm...
lemak dan....



enak... :)) rasa melo ler apa lagi... hadoiiii :))


Selamat mencuba tau Auntie dan kakak-kakak!
sedapPppp.. tak caya cuba...:))


Jumpa lagi... jaga diri.. :)

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ