ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, September 5, 2012

Nasi Goreng Kampung Nostalgia



Assalammualaikum... :)

Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Nasi Goreng Kampung adalah salah satu hidangan yang amat popular di Malaysia..

Kemana sahaja kita pergi.. tak kiralah di Trengganu ke.. Kelantan ke.. Melaka ke... Pahang ke... dan mana-mana negeri pun...order aje nasi goreng kampung hah! sampailah memacam jenis rupa dan rasa...mengikut resipi tiap buah negeri tu yer tak.. wahh sedap benau giteeww...


i ni tak ler cerewet bab nasi-nasi goreng ni haaa... tapi jangan sekali-kali ko bubuh kicap dalam nasi goreng..
:D alamatnya i akan tengok ajelah yaa.. sebab apa?

elooo.. puas dulu kecik-kecik makan nasi renjis kicap okeh.. 
pada i nasi goreng kampung is.. nasi goreng kampung...ya giteeww..
pendapat i lah yer.. dan i tetap hormati pendapat orang lain..
dengan motto.. sendiri suap... sendiri kenyang ;))

Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Hah! meh ler dekat sikit ni hah! nak berkisah ler sikit ekk.. nak kata kurang kerja tidak pulak! :D

tak pe.. hilangkan stress sekejap yer tak.. pastu sambung lagi kerja tu hah!


Kampung i hujan sejak malam tadi.. sekejap lebat sekejap gerimis..
puas i dok termenung di celah jendela *wahh giteewww :D*
nyamannya... tapi bahangnya jangan ler cerita... walaupun hujan tetap berpeluh di buatnya.. agaknya haba panas yang menyerap di dinding batu tu keluar dengan tiba-tiba.. cecewaahhh wahhh dah mulalah nak berdrama nih! ala-ala mendalami watak dalam manuskrip i aje tu kan kan.. :D


Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Teringat dulu masa zaman kecik-kecik...
Mana pernah missed nasi goreng kampung..
Bila tiba musim hujan aje.. wahh mulalah sarapan pagi itulah yang ada bawah tudung saji tu hah!
Bonda goreng banyak naa... naik sampai satu kuali besar!
Wahhh masa tu kami makan tak berebut sebab banyak! :))


Nasi goreng kampung yang biasa bonda masak masa zaman i kekanak riang dulu..
mana ada buh apa jenis sayur pun.... manjang bahan tumisan tu aje yang ada... ikan bilis dan cili padi buh bebanyak.. bawang pun banyak... tumbuk guna lesung batu besOOOOOrrrr naaa...di goreng pun dalam kuali besOOOOrrr naa... kiranya macam kawah pun yerk :))

Tung! Tang! Tung! Tang!

Hah! dengar aje bunyi lesung batu dari dapur tu.. dah tahu dah.. ni mesti bonda masak nasi goreng kampung!
menjengah ke dapur tidak pulak nanti bonda nampak kelibat i dia akan suruh memacam! ;))
cutekan i.... masa tu :D

Nasi Goreng Kampung Nostalgia


BAHAN-BAHANNYA :

6 cawan nasi putih
2 biji telur *di kocok
gula dan garam
minyak

BAHAN TUMBUK RENYAH :
*tidak terlalu hancur*

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 tangkai cili padi kampung
2 cm belacan kampung
2 genggam ikan bilis

BAHAN LAIN :

gorengan telur mata lembu/kerbau
ulaman

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMBUK* sehingga naik bau.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula, kacau sebati dan baru di masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati dan nasi tidak berketul.
Setelah siap sedia di hidangkan!

TARRAA!!!

Nasi Goreng Kampung Nostalgia


i makan Nasi Goreng Kampung Nostalgia
bersama ulam pucuk kedondong.. apasal?
dah itu aje yang ada :D


Sempoi... pedas berapi... lemak dan enak...

Nasi Goreng Kampung Nostalgia


Inilah Nasi Goreng Kampung Nostalgia masa
zaman i kecik-kecik dulu.. pulak ada petai perghh.. nak mencapai sekeping petai tu ngko ingat boleh?!
nak kena ceku dengan bonda??
makan ler Nasi Goreng Kampung Nostalgia dengan telur mata lembu dan ulam timun... telur pulak kecik aje.. sebab telur ayam kampung.. perghh manalah i tak bOlaT dulu kan :))


Okaylah.. setakat ini itu sahaja cerita zaman kekanak i dulu yaa...
Nasi Goreng Kampung Nostalgia
cukup memberi makna buat kami sekeluarga...
saat indah yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila...


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...


Jaga diri.. jangan noty-noty.. friends forever!

Assalammualaikum..

TATA!!!



Tuesday, September 4, 2012

Banana And Chocolate Muffin


Assalammualaikum :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Khas buat semua peminat dan juga rakan-rakan FB dan blogger tak kira di mana berada... yang baru dan yang lama...

Di kesempatan ini Shahriah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya :D

Minta maaf kerana agak lama menyepi dek kerana urusan dan jadual kerja yang begitu padat dan sendat ;)



Sangkaanku bila semua sanak saudara pulang ke destinasi masing-masing,
urusan kerja selesai... kisahnya semakin sibuk selepas meraikan Aidilfitri yang lalu...
Kepenatan menyiapkan persiapan hari raya tak reda lagi nampaknya, di tambah pulak dengan jadual kerja yang padat.. :)
Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran tahap maksimum.. nampaknya dah boleh tarik nafas lega sikit ni..sikit aje ni ekkk..:D


Masih segar di ingatan kenangan sepanjang Aidilfitri yang lalu...
cukup indah dan menyeronokkan di kelilingi sanak saudara jauh dan dekat
memang seronok... kini semuanya telah kembali seperti asal..
rumah ini sepi tanpa riuh rendah sanak saudara bergurau senda...
hah! mulalah sayu aje hati ini...
sepi dan yang tinggal kini hanya kenangan lalu yang akan ku kenang selamanya..

Wahhh... jiwang nampaknya.. mau taknya...
sepi sangat rumah ni... siang hari tinggal i sorang aje terkonteng-konteng...
bak kata pepatah... bunyi jarum jatuh pun dengar :))


Tersentuh benar hati ini... apabila sekian lama menyepi...
langsung tidak menjengah FB dan Blogs..
sekali bila ku buka.. waduhhh bukan main banyak lagi MSG dari peminat-peminat dan rakan-rakan FB dan juga blogs... terima kasih sahabat...
rupanya ada jugak yang rindukan i yerk :D
tq soooOOoo much dear friends...
Minta maaf juga kerana tidak berkesempatan membalas tiap MSG sebab sibuk dan kesuntukan masa..
maklumlah i ni kalau bekerja segalanya berjadual... barulah dapat i selesaikan satu persatu urusan yang tertunggak tu...


celik aje mata... terus ler teringatkan kawan-kawan semua...
apalah yang nak kubikinkan khas mengganti diri selama menyepi tu yer..
turun ke dapur, nampak pisang lemak manis ada sesisir yang masak ranum..
kalau di biarkan aje memang ler tak bercuit...
terus ler membancuh... dengan motto...

"Banana And Chocolate Muffin ini kutujukan khas buat semua rakan-rakan FB dan juga Blogger"

ya giteewwww..... :D

Banana And Chocolate Muffin


BAHAN A :

2 cawan pisang lemak manis *lecek*
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan gula perang *brown sugar

BAHAN B :

2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh baking soda + 1 sudu teh garam halus
*ayak bersama*

BAHAN C :

2 sudu besar serbuk koko *van hauten
1/2 cawan chocolate rice

CARA :

Campurkan *BAHAN A*
Dan putarkan sehingga sebati atau gula larut.

Campurkan *BAHAN B* & *BAHAN A*
sehingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Dan campurkan satu adunan bersama *BAHAN C* gaul sebati.
Setelah itu masukkan adunan secara berselang-seli di dalam cup cakes. Lakukan sehingga selesai.

Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit dan bakar adunan selama 10-15 minit.
Angkat dan sejukkan.
Sedia di hidang bersama kopi panas!

TARRAA!!!

Banana And Chocolate Muffin


baunya waduhhh harum semerbak satu rumah i you..
hati yang sayu ni tetiba ceria :D

Banana And Chocolate Muffin


Lemak, manis, harum, rasa koko dan coklat rice bila di gigit tu..
wahhhh... hilang mata hitam youuu ;))


sesuai di hidangkan untuk sarapan pagi..;)
macam i sekarang ni ler... sambil menghadap PC sambil mengunyah muffin wahh giteeww.... :))


Untuk minum petang juga sesuai.. jangan lupa lawankan dengan kopi o panas..
waduhhh terangkat youuuu :D


yang mana tiada idea nak buat manisan apa untuk majlis open house tu..
hah! muffin ni memang sesuai.. muai pulak tu.. jimat belanja pun yer...
tak giteeww? ya giteew..;)


Okaylah rasanya setakat ini dahulu..
doakan i selesai menyiapkan segala urusan kerja i yang bertimbun tu yaa..
minggu depan dah mula outstations nampaknya semakin sibuklah jawabnya..
Insya~ALLAH jika ada kelapangan i akan cuba berkongsi pelbagai jenis resipi mudah..
tidaklah sehebat mana.. yang penting i ikhlas ingin berkongsi kepada semua..
jaga diri.. jangan noty-noty... senyum selalu...

Assalammualaikum...


Nak tengok i melompat??


TATA!!


Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Assalammualaikum... :)

Syukur Alhamdulillah... sebulan berpuasa akhirnya kita sebagai umat islam sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri... :)

Di kesempatan ini juga Shahriah ingin memohon ampun dan maaf kerana kelewatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua peminat-peminat dan rakan-rakan blogger semua...

Sememangnya i terlalu sibuk menguruskan segala persiapan sebelum menjelang hari raya.. al-maklumlah semua keluarga akan berkumpul di rumah Shahriah... jadi segala persiapan semuanya Shahriah akan lakukan dari A-Z.

Penat usah ler cerita.. langsung tak terasa segala kepenatan tu yerk.. hah! bila dah selesai... baru ler terasa segala urat sendi semuanya sengal :)) sehinggakan terpaksa berurut :))


Secara ekslusif cecewahhh jarang i paparkan gambar i berdua dengan Pak Habibi di blogs... :D
Kali ini i kongsikan buat semua... dengan motto..

Baju raya yang kamai kenakan memang tidak sepapan ku tempah :))

Sebenarnya banyak nak cerita ni.. dan beribu gambar dah ku simpankan dalam folder.. nantilah yaa.. bila ada kelapangan semestinya akan kukongsikan pada semua.. bagaimana harunya i menyiapkan persiapan sepanjang hari raya.. seronok sangat you.. :D

 Tu dia.. Abang Amin, Nellysha dan Abang Aemir..
memasing tahun ni memilih pakaian ikut pilihan masing-masing..
dengan motto..
tahun ni memang tak ada tema.. :D

kisah tu nanti i story mory nanti ehh...
sekarang ni i nak bagi ucapan hari raya dulu buat semua teman-teman FB dan Blogger yang sentiasa memberi sokongan buatku untuk terus berkarya dan menghasilkan pelbagai jenis masakan..
tidaklah sehebat mana pun.. yang penting..
i iklas ingin berkongsi kepada semua.. ya giteeww :D

Bismillah...

Kepada semua peminat dan sahabatku...
Yang aku hormati dan kasihi sekelian..
Di kesempatan ini..
Shahriah ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin..

Ikhlas dariku... dan keluarga...

Jika selama ini ada terkasar bahasa..
Tersilap cara..
resipi yang di beri banyak kekurangannya..
Shahriah menyusun 10 jari...
minta ampun dan maaf yaa..
minta halal makan dan minum..

Moga di bulan dan hari yang baik ini..
hubungan yang terjalin akan kekal berpanjangan dan memberikan manfaat buat kita semua..

Yang elok jadikan tauladan..
Yang mana tak elok tu jadikanlah sempadan yaa..
setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..
Shahriah pun begitu juga..

Minta halal segalanya...



Okaylah.. setakat ini dahulu...
kiranya mukadimah ler ni ekk..
ikutkan i masih sibuk sekarang ni..
Insya~ALLAH dalam waktu terdekat segalanya akan kembali normal.. ~wallahualam~

Sekian dahulu setakat ini menghantar laporan..
tunggu... banyak cerita nak story mory kat you all ni hah!

Sekian sahaja.. jaga diri.. senyyum selalu... :)

Assalammualaikum...

TAKE CARE!

TATA!!




Wednesday, August 15, 2012

Biskut Setitis Kasih


Assalammualaikum.. :)

Wahhh ni betul-betul mood nak menyambut raya ni ekk :D
Sebab apa tau.. sejarah dalam hidup i semenjak bergelar blogger inilah pertama kali seumur hidup i..
mengupdate N3 di bulan puasa... biasanya masuk aje hari puasa yang ke 8 aje i dah langsung tak jengah blogs atau FB, tu pun kalau bukak cuma cek email.. ehh berlainan betullah tahun ni.. nak tahu sebab apa?
sebab you all laa.. semenjak dah reti BW dan reti mengunjung balas di rumah kengkawan semua.. hah!
kawan pun dah semakin bertambah wahhh mood pun semakin bertambah-tambah lagi youuu :D


Okay biskut kali ini i dapat idea dari Novel i yang ke 3 di terbitkan pada tahun 2007..
nak tahu pasal apa?
:D meh kita sembang sat noo... :))


dalam banyak-banyak biskut i tahun ni.. inilah biskut yang paling mudah sekali nak kukerjakan..
apa taknya.. dah bancuh... peramkan sejam dalam peti sejuk..
hah! lepas tu terus ku cubit-cubit guna jari jerk..
memula tu guna sudu KECIK.. ehhh dah lelama..
apa kata pakai cubit je giteewww awwww ;))


buat 2 adunan... punyalah muai cik adik dan cik kak oii..
masa nak membakar pun alahaiii.. senang aje..
cempakkan dalam oven.. tak sampai 15 minit..
TINGG!!! dah siap....
ehhh... ingatkan dah selesai.. gatal pulak tangan ni.... :))


nama pun Biskut Setitis Kasih
terus ler ku titiskan dengan cekelat masakan..
hah dah tu, sekejap aje kering
terus masukkan dalam balang!
dah selesai... :)
serius langsung tak berpeluh youuu :D
tapi sepanjang mencubit bagai tu kan..
dalam hati mengeluh jugak...
bilalah nak selesai nih! :))

Biskut Setitis Kasih


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega 
  2. 210 gm gula aising
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh vanilla
  5. 100 gm tepung kastard  { ayak bersama
  6. 100 gm tepung jagung {ayak bersama
  7. 140 gm tepung biskut  {ayak bersama
  8. 120 gm serbuk hazelnut {ayak bersama
  9. 2 cubit garam halus {ayak bersama
  10. 1/2 sudu kecil emplex *perangup biskut* {ayak bersama
  11. 150 gm badam cincang *yang panjang-panjang tuuu :D
  12. 100 gm badam dadu *hah yang ni yang jenis dadu tu yaa :D
  13. Coklat masakan untuk titisan di atasnya



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula, garam dan telur sehingga kembang atau gula hancur/larut.
  2. Masukkan perisa vanilla dan putar sebati.
  3. Masukkan badam cincang dan badam dadu kemudian kacau sebati.
  4. Masukkan tepung dan bahan-bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan jadikan sebuku doh *jangan di uli* sekadar menjadi sebuku doh.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Setelah itu mulalah mengambil sedikit adunan ala-ala secubit manja giteew :-D
  7. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  8. Mulalah membakar selama 10-15 minit atau keadaan bawah biskut agak kekuningan.
  9. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu, barulah titiskan dengan coklat masakan. Lakukan sehingga selesai.
  10. Setelah itu masukkan di dalam balang! 


 Biskut Setitis Kasih


punyalah mudah... lemak dan rangup sangat you!


ada rasa coklat...
bila di kunyah waduhh punyalah banyak badam dalam cookies tu..
mau tak menitis air mata...
tu yang namanya Biskut Setitis Kasih


dapat dua balang besar...
dah tinggal sebalang setengah! hebatkan :D
bayangkan kalau i buat biskut dua minggu lepas...
gerenti tinggal serbuk badam tu jerk.. dan juga balang kosong jangan dilupa :D


Sekarang ni i tengah sibuk mengemas kinikan ruang dapur dan ruang tamu utama... perabot lama dah habis kucat semuanya :D
nak tahu macam mana rupanya.. Insya~ALLAH soon akan kukongsikan buat teman semua... tahun ini tiada perabot baru.. langsir pun tak tukar baru sebab nak tukar kereta baru.. Insya~ALLAH... psst lepas raya nanti baru beraya dengan kereta baru... wahh kononnya giteewwww :D

Sekian jumpa lagi...

Assalammualaikum... ;)

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ