ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, October 13, 2012

Cucur Udang Daun Sadri


Assalammualaikum... :)

Minta maaf sebab dua hari tak update blogs... :) sebab ada beberapa undangan yang i perlu hadiri.. :D

kemana pun pergi i tetap ingat kengkawan blogger i.. walaupun tak pernah bersua.. tetapi hasil tiap komen.. i mulai mengenali kengkawan....

itulah penangan ber blogging... segalanya di alam maya namun keakraban yang terjalin macam kita semuanya berjiran tepi rumah :D

tu baru bercakap di blogs dan FB kalau bersua dah tentu-tentu lebih mesra dan akrab kan kan.. :D

Terima kasih kepada semua kengkawan yang sering bertandang di dapur maya i ni yaa..

walaupun hidangannya biasa-biasa sahaja... namun begitu keikhlasan ingin berkongsi melampaui segalanya...:D

Terima kasih sahabat :)

Cucur Udang Daun Sadri


cucur udang biasa sahaja.. tetapi i tambahkan daun sadri banyak-banyak naa....

bila di makan waduhh.. harum dan nyaman apabila di kunyah.. :D


Sarapan pagi tadi... goreng separuh...

separuh lagi i gorengkan petang :)

di rumah i ni.. ada yang tak makan udang *Abang Aemir*

tapi kalau buat cucur udang ehh.. makanlah pulak! ngada betullah! :))


BAHAN-BAHANNYA :

4 cawan tepung gandum
1 biji bawang holland *hiris
1 batang cili merah *besar dan hiris
5 tangkai daun sadri *saiz besar :D macam kasut ler pulak bersaiz segala :)) potong 1 inci
1 cawan udang saiz *M* buang kulit tinggalkan ekor :D
1 biji telur
air secukupnya untuk batter
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan bancuh dengan air.
Bancuh sehingga menjadi batter yang separa pekat dan tidak terlalu cair.
Perapkan sebentar *10 minit*
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau keperangan!
Angkat dan hidangkan!!

TARRRAA!!! 

Cucur Udang Daun Sadri


Lembut, lemak, manis udang tu.... 
harum daun sadri tuuu.....


cicahkan dengan sos lingham!

terbaik i tell you! :D


sambil menikmati sarapan pagi...

jengah pulak taman bunga celah tingkap tu..

kopi o panas 1 cawan!

terbaiKkkkkkk :))


Jangan lupa SINGGAH SINI DAISY GARDEN DAN TAMAN BARU dan jangan lupa follow blogs i yang satu tu ehh.. sedang giat mengupdate blogs yang di atas tu... adalah sesuatu tak lama lagi tu..

jeng! jeng! jeng! :D


Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang!

Jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!!


Thursday, October 11, 2012

Sirap Bandung Tapai Sinced 1983


Assalammualaikum.. :)

*sila jangan betulkan skrin anda.. sirap bandung i memang pucat kelernya.. sebab yang dihidangkan itu tidak manis dan hanya manis-manis buah sahaja*

Apa khabar kawan-kawan? :D Cuaca di kampung i hari ni punyalah panas dan berbahang!

Keluar sekejap nak sidai baju, tak sampai 8 minit pun.. berpeluh macam berdiri tengah padang! *kena denda dengan cikgu besor :D*

Hari ni i tak masak tengahari, i makan di luar. Kebetulan Pak Habibi tembamBOM i outstations.. bonda pulak ada :D
menjadi aje! :))


"Tapai! Tapai!"

Semalam petang i mengeteh dengan Bonda, Nellysha dan anak saudara i Balqish.. 
mengeteh kononnya.. sorang satu order roti BOM! 2 keping sorang! mak ahhhh... :D

Tengah dok mengunyah tu.. atas meja kami ada bersusun tapai dalam tupperware.. ala yang kecik aje bekasnya tu.. *bekas taufufa*

satu RM2.. dulu i ingat lagi.. Arwah Ayah memang selalu buat tapai.. siap boleh berjual lagi..

siapa tukang jual tapai tu??

siapa lagi i ler! :)

"Tapai! Tapai!"

i sorong dengan basikal. Rambut tocang dua paras pinggang. ingat lagi ngko aii...

korang tak merasa semua tu.. :) i dah rasa.. langsung tak malu pun.. bangga lagi ada... 


Dulu tapai yang Arwah Ayah buat di bungkus dengan daun pisang. Satu bungkus cuma 20 sen! punyalah murah time tu..
usia i masa tu baru 9 tahun!

tapai tu i letak kat dalam bakul basikal. Basikal tu besar i tak kayuh tapi i sorong!
sambil jerit-jerit...

"Tapai! Tapai!"

Arwah ayah tak paksa tau! i memang suka :D

macam glamer giteeww..

yalah ada basikal tak naik.. tapi sorong jual pulak tapai!

perghhhhhhhh... sampai laa.. i ingat dan bangga dengan pencapaian i suatu masa dulu! cewahhhhh... :D


Bila i terbaca dalam majalah... Siti Nurhaliza dulu pun menjaja bawak bakul dalam isi karipap!
ingat tak???

"Karipap! Karipap!"

mendayu-dayu giteew suaranya yang lemak merdu tu kan.. :)

sekarang dah jutawan dan cantik giler!

kahwin pulak dengan Dato K..

tu jual karipap.. 

i jual tapai ubi! muahahaa...... dapat jugak Dato! tapi TembamBOM... Dato R muahahaa... gasak ler  :D


dulu masa kecik-kecik bila musim panas mencetang!

Arwah ayah akan bubuh tapai dan ais lepas tu dia curahkan dengan susu pekat manis sebanyak tidak atas tapai ubi tu..

pastu kami makan bersama-sama sambil mengira keuntungan jualan tapai pada hari itu! :D

pstt.. i dengan Arwah ayah memang kamcing giler!!!!

AL-FATIHAH BUAT ARWAH HAJI ABDULLAH HAJI HASHIM

Terima kasih :(


bila bonda ada di rumah i.. 
mulalah i akan masakkan masakan atau apa sahaja yang ada kaitan dengan kisah lalu i masa zaman kecik-kecik dulu... hmm.. cepat benar masa berlalu... 

dulu i kecik je... sekarang pun masih sama macam dulu *merayap je kalau berjalan :D*


Bonda i ada diebetes..

so tapai tu dah sedia maklum memang manis giler!

so i bancuhkan susu pekat manis sebanyak 4 sudu besar + 200 ml air masak

beberapa ketul ais batu

3-4 sudu sirap rose


cara nak hidang mudah sahaja...

selepas di bancuh susu pekat tu..

ambil beberapa ketul ais...

dan beberapa keping tapai dan masukkan ke dalam mangkuk..

selepas itu tuangkan susu pekat yang telah di bancuh tadi ke dalam mangkuk yang berisi ais dan tapai..

barulah di tuangkan dengan sedikit sirap rose..

*i tak bubuh banyak sirap rose tu sebab tu warnanya pucat sahaja, harap maklumlah yaa.. demi kesihatan bonda kesayangan i tu*

You all bolehlah tambahkan sirap rose tu lebih dan susu tu pekat sikit bancuhannya.. memang SLURPPPPPP!!!

i tell youUuuu :D


Sekian sahaja.. N3 kali ini.. jumpa nanti ya :)

Jaga diri.. 

Assalammualaikum..

TATA!!


Wednesday, October 10, 2012

Kacang Bendir Celur Vs Sambal Asam



Assalammualaikum.. :)

Selamat tengahari semua.. :D

Hari ini i masak simple aje.. bendir celur! :))


salah satu sayur fav i ialah kacang bendir.. :D

tak boleh seminggu tu tak de sayur bendir.. macam nak apa dah!

biasanya i goreng atau masakkan asam rebus.. tu ler yang paling i suka..

dah 2-3 hari ni i asyik celurkan aje kacang bendir tu... cicahkan dengan sambal asam.. waduhh...

mau tak berpeluh makan youuu aiii ;)


nampak tak pokok kacang bendir yang Pak Habibi tembambom i semai tu?

dah besar panjang dah.. dan dah di pindahkan ke tanah dah pun.. ada lebih 40 pokok!!!

dah jadi ladang kacang bendir belakang dapur i tu hah.. nanti i update kat sini ehh >>> HASIL TANAMANKU

nak di apakan tu nanti?? :))


Semalam ke pasar.. i borong sebanyak tidak.. dekat 1/2 kg!

tiap hari kumasak dan makan :D


cicahkan pulak dengan sambal asam.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

BENDIR CELUR


Ambil beberapa tangkai kacang bendir, cuci bersih dan toskan


didihkan air dan campakkan sedikit garam
Setelah benar-benar mendidih baru masukkan kacang bendir.
Celur selama 4-5 minit...


Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk, rendam  seketika.
Toskan..

TARRAA!!!

BENDIR CELUR


simple dan enak di makan begitu sahaja..:D


inilah antara hidangan yang wajib i hidangkan jika ada tetamu datang...
bersama ulam-ulaman yang lain.. :)


i masak kari pipi ikan merah....


sup ayam bersama kentang dan karot
Sebab Abang Aemir, hero no 2 i tak makan pipi ikan..:)


Props i kali ini.. bakul yang di perbuat dari kertas surat khabar pemberian dari seorang teman..
i suka sangat! simpan elok-elok...:)
tadi i sumbatkan kacang bendir... cantik ler pulak! :))


sekian sahaja...


Jumpa nanti!

Assalammualaikum..

TATA!!


Tuesday, October 9, 2012

DIY Orange Cake With Strawberry Compote



Assalammualaikum.. :)

Selamat petang semua.. petang ini dapur i sajikan you all dengan sejenis dessert express! :D

Sangat mudah dan hasilnya cukup mahal kejadiannya! ;)

Ya giteeww.... :D


Sangat mudah dan simple...

tak sampai setengah jam! siap!

sedia untuk di ngap! wahhh! giteewww kononnya ;))


Tu dia.. meleleh cenggitu guper...
kalau tetamu datang bertandang secara mengejut!
Hah! inilah hidangan pencuci mulut yang paling sesuaiiii giteewwww :D


Tu dia.. kek mengelat! :))

i beli kek orange dari kedai bakery!

Ingatkan nak potong bila ada tetamu datang... bila tetamu datang!
Wahhh... terlupa ler pulak! :))

Kek Orange tu tersangatlah murahnya! RM4.50 1/2kg!
tak perlu membancuh dan berpeluh celah oven..
i biasa buat kerja macam ni tau :))

tetapi.. nak kena ler rajin sikit.. idea tu nak kena perah sikit..
barulah dapat hasilnya.. dari murah dah jadi kek mahal ya giteew :D


stok buah strawberry memang sentiasa ada stok dalam esbok!
Abang Aemir hero i yang nombor dua tu punya fav..

so hari ni i ambil sekotak dan kerjakan kek Orange tu :)

Orange Cake With Strawberry Compote


Jom! DIY!!! :)

Untuk Strawberry Compote :


Ambil beberapa biji stawberry dan potong dadu *anggaran 1 cawan penuh*
1/2 cawan gula castor
1/2 biji lemon *perah jusnya
2 sudu besar air

CARA :


Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam kuali non-stick
gaul rata dengan api sederhana


masak dan kacau sehingga gula larut dan buah strawberry lembut


ambil kek Orange dan cucukkan permukaannya dengan garfu


curahkan Strawberry compote tadi di atas kek orange...
dah siap!!!! mudah kan kan????? :D


nampak tak bunga ros i yang mekar celah tingkap tu... 
waduhh terus ler senyuman ni mengembang mekar macam bunga ros i tu jugak! :D


kek orange tu tak berapa manis..
bila di curahkan dengan strawberry compote tu tadi..
waduhhh terus ler rasanya.... masam, manis, lemak dek lemon dan strawberry tu!

TARRRAA!!!!

Orange Cake With Strawberry Compote


hiaslah mengikut citarasa anda...
sesuai untuk hidangan pencuci mulut
dan juga hidangan minum petang!


SlurPPpppp ahhhhh.... :D


simple, jimat tenaga, jimat masa dan murah!

kalau makan di hotel dah berapa?????


kek orange tu udah ler murah!
ada pulak lapisan jem strawberry di tengahnya.. best betullah! :))


Sekian untuk kali ini..

Jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ