ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, January 21, 2011

KUPANG RENDANG SAYUR KACANG

TENGGG!!!! TARRAAA!!!!

KUPANG RENDANG SAYUR KACANG
KUPANG RENDANG SAYUR KACANG
KUPANG RENDANG SAYUR KACANG

 Pat.. pat.. kupang ni yang ku lemak sikit ekk....
i suka kupang kalau di rebus sahaja...
kalau di masak cenggitu... cenggini alamatnya memang ler masak untuk hidangan gengz di rumah ni ekk.. ekk...
so hari ini i masak kupang rendang bersama kacang panjang ekk...
mudah aje nak membuatnya ekk.. jimat masa dan tenaga tak macam rendang ayam dan daging
makan masa dan leceh! cewahh.. kita jangan kawan rendang ayam dan daging ekk bedah!
okay mudah aje nak masak rendang kupang ekk..

Bahan-bahannya :
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 batang cili kering
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci kunyit
  • kerisik 2 sudu besar
bahan-bahan di atas tu kesemuanya di kisar halus ekk


  • 1/2 kg kupang ambil isinya sahaja yang telah di rebus terlebih dahulu
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun limau purut
  • 7 batang kacang panjang ~ potong serong
cara memasak :
  • tumiskan kesemua bahan-bahan yang di kisar tadi tu sehingga garing
  • masukkan santan dan daun limau
  • masukkan kacang panjang dan kacau rata.
  • apabila kacang hampir empuk masukkan kupang dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!!! TARRAAA!!!!

KUPANG RENDANG SAYUR KACANG
KUPANG RENDANG SAYUR KACANG
KUPANG RENDANG SAYUR KACANG
 

 tu dia...
mudahkan.. tak macam rendang daging dan ayam...
nak mengadu sikit ni ekk.. kacang panjang punyalah banyak terjuntai di pokok yang kutanam belakang umah tu ekk..
entah macam mana masa membeli barang dapur semalam.. tetiba ada sepeket kacang panjang terikut...
dah terbayar nak buat macam mana yer tak..
so tu yang campurkan sekali dalam lauk rendang kupang i tu...
pastu ku tambahkan tajuk resipenya ekk.. cenggini tajuknya...
KUPANG RENDANG SAYUR KACANG!
hah tu dia, kalau tak ada kacang panjang tu mesti tajuknya kontotz aje ekk..
hehe...
selamat mencuba!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ