ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, February 19, 2011

KARI IKAN TENGGIRI

 
KARI IKAN TENGGIRI
Sebut jerk kari dah terbayang-bayangkan rasa lemak dan aromanya yang asyik tu ekk.. bukan susah benar nak memasak kari ni ada bermacam cara ekk.. buh santan boleh tak bubuh santan pun boleh... rasanya memang best! rasa kari hehee...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI IKAN TENGGIRI 
 Bahan-bahan di kisar halus :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 batang serai (nak titik sahaja pun boleh)
  • 1 inci lengkuas
  • 8 tangkai cili kering
  • serbuk kari ikan
Bahan-bahan lain :
  • 1 ekor ikan tenggiri ~ potong
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 pelepah daun kari
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 8 batang kacang bendir
 Cara memasak :
  • Panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan yang di kisar dan daun kari sehingga garing atau naik bau
  • masukkan santan dan renehkan sebentar sentiasa di kacau jangan sampai pecah minyak
  • masukkan ikan dan kacang bendir renehkan sehingga ikan masak
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI IKAN TENGGIRI
 bermacam-macam cara memasak kari dan ini salah satu darinya nanti saya kongsi lagi ekk.. ekk..
menu 19 FEBRUARI :
  • Kari ikan tenggiri
  • tempeh goreng berlada
  • petola dan bayam tumis basah
  • sambal belacan dan ulaman
  • ikan masin
TATA!!




No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ