ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 1, 2011

PERIA GORENG TELUR

 
PERIA GORENG TELUR

Emboi... emboii... cewahh.. wahh.. wahhh.. ala-ala gitukan... mukadimah hari ni ekk.. tu dia.. sayur peria i yang tergantung comey jerk ekk.. pulak hari ni tak ke pasau... jangan risau... sarung selipar malaysia terus ler ke belakang umah dalam 15 tapak.. udah sampai... apa lagi petik aje ler sayur peria tu ekk.. i petik tak banyak... cecukup aje untuk di goreng tengahari ni ekk.. nak cerita ler sikit pasal peria ni... memang terkenal dengan kepahitannya yang menyengat... tapi ramai yang tak suka... tapi i suka yang pepahit mencetang tu ekk... pada i kalau pahit itu ler yang kaya dengan khasiatnya ekk.. psstt.. ada petua nak share ni ekk.. kalau you all nak kurus keringkan badan tu.. hah! ko ambil peria tu dan potong kecik2 pastu ko rebus... bior airnya sejuk pastu ko minum! Tengg!! Tarrraaa!!! gerenti esok bangun pepagi kala terus tinggal rangka! hahaa.. aje memang ekk.. tapi tu ler petuanya ok... daunnya tu pun katanya kalau di rebus minum airnya boleh turunkan darah tinggi? ish! i tak berani nak minum ekk.. sebab kang ada terus gol! darah i ni kalau di cek ke doktor yang bukan doktor panel i tu aje memang terus dia keluarkan surat terus masuk sepital! darah tak pernah lebih dari 5 you! tu yang kepala selalu ala-ala senoneng tu ekk.. udah ler bersembang untuk hari ni ekk...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
PERIA GORENG TELUR
Bahan-bahannya : 
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris
  • 4 tangkai cili padi ~ hiris
  • 2 biji telur ~ kocok
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
  • 4 biji peria katak ~ hiris dan rendam dengan air garam
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • gorengkan biji sawi kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau
  • masukkan peria katak sesuaikan rasa
  • kemudian masukkan telur dan kacau sebati
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
PERIA GORENG TELUR
Peria memang semulajadi pahit... makan aje ler ekk.. anggap ler untuk awet muda.. maka awet ler kita sentiasa... Wallahualam....:):)

MENU TENGAHARI 1 MARCH 2011
  • RENDANG AYAM HARUM
  • PERIA GORENG TELUR
  • ULAM TIMUN MUDA
  • IKAN MASIN TENGGIRI JERUK

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN.. SHASHA SAYANG AWAK EKK.. KHAS UNTUK KAUM HAWA SAHAJA OKE..:):)

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ