ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, March 28, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESUM

ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESUM

Lama dah tak masak ikan pari.. semalam sebelum bonda berangkat pulang ke Melaka.. sempat lagi dia belikan i ikan pari ekk.. sebab i tak reti pilih takut ikan pari tu bau hancing! cet! hairan bin ajaib.. so bila tanya dengan penjual ikan tu dia cakap kalau nak beli ikan pari kena cari yang masih Fresh dan segar.. baru ler tak hancing. Ohhh.. giteeeww.... baru ku tahu.. udah ler ekk. meh kita memasak! jangan lupa petang nanti ada... MINUM PETANG ISTIMEWA... walaupun i dah tak ada PA..segalanya kulakukan sendiri.. sob.. sob.. but I LIKE.. tenang aje berkerja sendirian.. sambil di temani anak-anak kucing jiran yang minta simpati agar ku cempakkan sedikit ikan pari tu ekk..:):) ko bagi ke shasha?? idak ler.. i acah-acah jerk nak bagi tapi tak! *pengsan*

JOM!! SALIN RESIPE!!
ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESUM
Bahan hirisan untuk tumisan :

2 ulas bawang putih ~ hiris
1 biji bawang merah (sederhana) ~ hiris
1 batang serai ~ titik

Bahan kisar :

1 biji bawang merah (besar)
3 ulas bawang putih 
1 inci halia
2 inci kunyit
30 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan
1 sudu besar lada hitam


Bahan-bahan lain:

Ikan pari
1 genggam asam jawa ~ bancuh bersama air sebanyak 1200 ml
daun kesum

Cara Memasak :

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan *bahan tumisan yang di hiris sehingga naik bau
Masukkan bahan-bahan yang *DIKISAR sehingga garing *tumis dengan api sederhana dan lama-lama sikit agar sambal masak dan tidak mentah
Masukkan air asam jawa dan renehkan
masukkan ikan dan daun kesum dan sesuaikan rasa
renehkan sehingga kuah agak pekat
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!
ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESUM

Memang best!

SARUNG TANGAN GETAH??? apa ko bikin dengan sarung tangan tu shasha???
JAWAPANNYA DI SINI >>>>> AL-KISAH SI SARUNG TANGAN GETAH!!


terima kasih kerana sudi menjengah.. sayang kawan-kawan semua..:):)

TATA!!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ