KELEDEK GORENG HARUM VANILLA
Wahhh.. bertemu lagi kita dengan cik Puan keledek. lepas makan terkedek-kedek ler yek??? hehe.. kali ni dengan beraninya i menambahkan perisa kepada si cik puan keledek tu ekk. ala-ala kebaratan giteeww.. vanilla dan juga black pepper yang ku tabur di atasnya selepas DI goreng.... vanilla tu dalam adunan batter ler tu ekk. Bonda cuak semacam jerk tengok i membancuh, pulak tergesa-gesa kerana sibuk mengemas kinikan harta karun yang entah ler tu.. last nanti i share dengan you all.. semestinya 'SEGMEN' itu khas untuk blogs hobi i tu ekk.. >>>> LEPAS dah salin resipe sila ler singgah di blogs i yang satu lagi tu ekk.. banyak lagi i nak up date kat blogs Shasha Suka tu ekk.. sempena mengambil kesempatan mengemas dan mencari hehe.. TEKAN SINI KALAU NAK JENGAH >>> KERANA MENCARI... HANDBAGS MENJADI MANGSAKU..???
TERIMA KASIH BUAT TEMAN-TEMAN YANG SUDI DAN SETIA MENJENGAH KE BLOGS SHASHA TU EKK.. KEEP IN TOUCH.. SEBAB I SUKA STORY MORY TAU...:):)
SALIN RESIPE DULU JOM!!!
KELEDEK GORENG HARUM VANILLA
Bahan-bahan yang di perlukan :
2 biji keledek ~ kupas kulit dan potong jejari *jangan terlalu nipis dan kecil.
1 sudu besar esen vanilla
2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + sedikit garam *ayak bersama
2 sudu besar gula pasir
sedikit serbuk lada hitam untuk tabur
AIR Secukupnya
Cara Menyediakan :
Campurkan AIR...*tepung gandum yang telah di ayak bersama, dengan gula, garam, esen vanilla, pewarna kuning dan gaul sehingga rata.
tuangkan di atas keledek yang telah di potong, gaul rata
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan, taburkan dengan sedikit serbuk lada hitam kasar.
Angkat dan hidangkan!!
TENGG!! TARRAA!!!
KELEDEK GORENG HARUM VANILLA
RASANYA... HARUM. MANIS. MELAK. PEDAS DEK KERANA SERBUK LADA HITAM. GARING DAN EMPUK! MEMANG ENAK DONGS!!
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN...:):)
APA YANG KU CARI SEBENARNYA??????? TEKAN SINI UNTUK TAHU KISAH DI SEBALIK TIMBUNAN BEG TU EKK..:):) >>> TEKAN SINI! TERIMA KASIH SEMUA..:):)
TATA!!!
No comments:
Post a Comment