SAYUR GORENG DAGING 7 DALAM 1
Tiada yang lebih sempurna.. SAYUR! OH! SAYUR! suka bebenau dengan sayur ekk.. kenapa??? sebab suka ler hehee.. dan daging juga... gandingan mantap bila daging di goreng bersama sayur.. waduhh... lepas makan pun masih teringat-ingat.. pastu terus terlelap.. sebab kekenyangan.. 'INGAT... BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG...' berbalik kepada tajuk kita yang di atas tu yerk.. 7 DALAM 1???? yer ler.. i buh 7 jenis sayur dan 1 tu dagingnya ler hehe... kiranya masakan penghabisan stok ler ni ekk.. petang nanti nak ke pasaraya.. borong sayur... nanti i nak share jugaklah dengan you all.. sayur apa yang i beli untuk stok seminggu ekk... kiranya budget ler ni... :):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR GORENG DAGING 7 DALAM 1
7 JENIS SAYUR-SAYURAN : *KESEMUANYA DI HIRIS*
lada benggala merah
lada benggala putih
lada benggala hijau
kobis
bunga kobis
karot
asparagus
**ANGGARAN IKUT ANDA SENDIRI YAA...:)*
350 gm daging segar *(sha guna New Zealand meat *HALAL* dan mudah empuk, sesuai untuk gorengan)
2 sudu besar kicap pekat
sedikit serbuk lada hitam
garam
Bahan di tumbuk :
6 biji bawang putih *i pencinta bawang putih hehe..
1/2 biji bawang merah (besar)
1/2 inci halia
**perapkan daging bersama bahan-bahan di tumbuk selama 10 minit**
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan minyak haruslah benar-benar panas.
Masukkan daging dan goreng sehingga jusnya agak kering
Masukkan karot, lada benggala dan sedekit air, kicap pekat dan sesuaikan rasa
Renehkan sebentar, kemudian masukan asparagus dan bunga kobis, kacau rata. sebelum di angkat masukkan sayur kobis, renjiskan sedikit serbuk lada hitam.
Angkat dan hidangkan!!
TENGG!!! TARRAA!!!
SAYUR GORENG DAGING 7 DALAM 1
Rasanya memang sedap dan enak.. lazat dan puzat! haha.. dah tu jerk..:):) selamat mencuba ya kawan-kawan..:)
***Tompang promosi sket hehe.. okay pertandingan menghias kulit novel KARYA SHAHRIAH ABDULLAH masih di buka.. tarikh tutup pada 1 APRIL 2011... hadiah utama RM100 dan kedua.. ketiga.. saguhati dan.... untuk keterangan lanjut sila jengah blogs penulisanku itu yaa.. CARI DI BAWAH LABEL 'PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH'RM cash lagi YOU!!! jangan lepaskan peluang.. cenderahati i bagi untuk yang menyertai tu.. dari OVERSEA LAGI YOU!! so CEPAT! CEPAT! PELUANG MASIH TERBUKA!!!
sekian terima kasih..:):)
TEKAN SINI UNTUK TERMA DAN SYARAT >>>> PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH <<<<<<
***dah macam jual suratkhabar lama ler pulak ekk.. haha.. jangan lupa singgah! terima kasih kawan-kawan***
TATA!!!
2 comments:
Assalam Sha,boleh share x brand kicap pekat tu?10Q.
Wsalam kak siti... sha guna kicap pekat 'JALEN' kepekatannya sedang sahaja.. dan tidak masin... tq kak..:)
Post a Comment