ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 26, 2011

STRAWBERRY NUGGETS YUMMY!!


STRAWBERRY NUGGETS YUMMY!!

YOMMYY!!! yommyy!!! ketemu lagi kita dengan cik Merah keler kesukaanku.. rasanya macam nak di kemam aje buah strawberry yang masak ranum tu ekk.. aduhaii.. suka betul tau!!! stok strawberry memang sentiasa ada.. habis jerk beli! habis jerk beli! sebab i suka dan hero no 2 i memang hantu strawberry.. tahukah anda semua Dak Kerempeng anak dara i Princess Nellysha langsung tak suka strawberry kalau kulitnya tidak dikupasnya terlebih dahulu! ade ker??? katanya geli! yek elee.. apa pun bagus! sebab tak ler habis! apa punya mak ler ekkk haha. gurau jerk.. i memang galakkan anak-anak i mesti makan buah setiap hari! kerana khasiatnya terbaik...:):):) STRAWBERRY NUGGETS???? waduh.. pertama kali ku cuba dan ku reka... memang syiok! tak percaya you all mesti cuba nanti yaa...:):) BONDA TERSAYANG PUN CAKAP BEST! dah tu jerk nak mengomel petang yang sungguh sibuk benar.. kang sambung cerita ekk..:)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
STRAWBERRY NUGGETS YUMMY!!

Bahan-bahannya :
  
250 gm tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder *ayak bersama
1 sudu kecil esen vanilla
7 biji strawberry ~ dadu
300 ml susu segar
60gm gula perang/brown sugar
1 biji telur
2 sudu besar coklat rice
sedikit garam

**strawberry dan gula aising untuk hiasan**


Cara Memasak :
Campurkan bahan-bahan di atas sehingga menjadi adunan batter yang separa pekat. *tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat*
Panaskan minyak. Ambil sedudu besar adunan dan gorengkan seperti jemput-jemput.
Balik-balikkan dan goreng sehingga warna bertukar coklat *bukan hangus muahaaa..*
ANGKAT DAN TOSKAN DAN TABURKAN DENGAN GULA AISING SEBANYAK TIDAK! YUMMY!!! STRAWBERRY DADU TABUR ATAS TU EKK. WADUH... *PENGSAN*

TENGG!!! TARRAAA!!!
STRAWBERRY NUGGETS YUMMY!!
LEMAK. MASAM-MASAM MANIS. HARUM. YUMMYYY!!!

SEPINGGAN besor untuk rumah jiran i.... rumah Bedah jauh.. so hantar rumah Mak Ana aje.. :):)

UNTUK GENGS DI RUMAH...:):)
UNTUK YOU ALL.. YANG SUDI MENJENGAH RESIPE ITU UNTUK ANDA SEMUA MENCUBANYA.. SAYANG ANDA SEMUA..:):)

**psstt.. menu malam nanti SPECIAL!! sempena malam terakhir bersama MY PA NENG NAYA...:(:( huk... huk.. esok kena cuci pinggan sendiri.. kalau i guna pinggan plastik aje boleh tak??? muahahaa.. 

TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ