ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 6, 2011

BENING KETAM BERSAMA BETIK


BENING KETAM BERSAMA BETIK
Wahhhh!!! ketam lagi! ketam lagi!!! alaa... ni fav pak habibi ngan amin.. ngan nelly... i cuma boleh hirup kuahnya sahaja.. sebab apa??? patah hati?? frust bercinta??? ada alahan kulit????muahhaa.. sebab i diet ler... so ketam tu tak ku sambalkan.. nanti i tak dapat tompang sekaki ekk.. ku rebuskan dengan betik.. dah jadi lauk bening... sedap dan manis kuah tu oke.... senyum sampai ke telinga.... you mesti cuba.. sayur betik yang separa muda tu i jolok kat tepi rumah! bedebup! bunyi dia ko.. ingat senang ke nak jolok??? tinggi ko pokok betik tu sayuUuuuuuPPpppp giteeewww... kita jolok dia apa ada kisah.. dapat sebijik terus ku beningkan! dah tu jerk.. ekk.. ekkk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BENING KETAM BERSAMA BETIK




Bahan di TUMBUK LUMAT :

1 biji bawang merah (B)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan lain :

1/2 biji betik muda *separa masak lagi best! manis dan enak
1 helai daun kunyit ~ siat
1/2 kg ketam
500 ml air

Cara Memasak :

campurkan kesemua *bahan di tumbuk, air, betik dan didihkan ke dalam periuk
setelah betik empuk, masukkan daun kunyit dan ketam
masak sehingga ketam bertukar warna
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KETAM BERSAMA BETIK 
SLURRRRPPppppPPPPP..... wah! ni kalau Bang Lee Aman tengok ni sure dia PITAM! muahahaa.. dia hantu ketam oke...:):)
CUTI-CUTI KE USS... DAH TIBA PART 6.... THE LOST WORLD... SILA JENGAH DI BLOGS CUTI-CUTIKU...>>>>> KLIK DI SINI>>> THE LOST WORLD JURASSIC PARK..:)



TATA!!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ