BURUNG PUYUH BERLADA
Assalammualaikum!!!! Apa khabar semua.. amboi rasanya lama menyepi wall resipe i ni ekk.. rindu rasanya nak berkongsi kepada semua... walaupun resipe yang i masak simple sahaja... tapi niat nak berkongsi kepada semua tu membuak-buak umpama air paip dalam baldi hehee... okay.... maaf ler sesangat memang sedang sibuk ya hamfunn.. memacam yang ku bikin.. memasak tak pernah missed... cuma tak masukkan resipe dalam blogs aje... macam tak cukup masa.. tapi hari ni i gagahkan juga... luangkan sedikit masa... masukkan juga resipe untuk kengkawan yang rajin singgah di blogs kesayanganku ini.... jangan lupakan i tau.. Insyallah dengan izin NYA ada kelapangan pasti akan ku kongsikan kepada semua.... Insyallah...:):)
JOM!! SALIN RESIPE!!
BURUNG PUYUH BERLADA
BAHAN DIKISAR :
25 tangkai cili kering
1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
BAHAN-BAHAN LAIN :
10 ekor burung puyuh ~ cuci bersih, lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam~gorengkan separa masak, angkat dan toskan
3 helai daun limau purut ~ mayang
air, gula dan garam
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan *BAHAN-BAHAN DI KISAR sehingga garing atau rempah masak
masukkan sedikit air, gula, garam dan gaul rata
masukkan burung puyuh dan daun limau purut
renehkan sebentar dan tutup kuali dan biarkan selama 10 minit
gaul rata, sesuaikan rasa, setelah burung empuk
angkat dan hidangkan!!
TENGG!! TARRRAA!!!
BURUNG PUYUH BERLADA
Sebenarnya i jarang memasak burung puyuh di rumah, sebab gengs kurang gemar. Terima kasih buat dak shelly my beloved sista... dia yang bagi burung puyuh tu.. rezeki jangan di tolak.. 'ORANG MEMBERI KITA MERASA' apalagi i masak makan reramai... memang best!
selamat mencuba!!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment