ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, April 10, 2011

JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE


JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE
Minum petang hujung minggu.. panas mencetang di luar sana.. nak keluar rumah pun malas.. ada pulak pisang emas dalam sesisir.. masak ranum.. hampir lebam! muahaha.. apa lagi.. dari terbuang begitu sahaja.. baik ku lenyekkan dan jadikan jemput-jemput pisang.. bahan yang di gunakan sangat ler simple... rasanya tetap mantop! 

JOM!! SALIN RESIPE!!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE

12 biji pisang emas masak ranum
2 cawan tepung gandum + 1 sudu baking powder *ayak bersama
sedikit garam
2 sudu besar gula pasir
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya :

Lenyekkan pisang sehingga hancur
campurkan gula pasir dan gaulkan bersama tepung dan sedikit garam sehingga sebati
panaskan minyak dan goreng sehingga warna bertukar keperangan
angkat dan toskan!

TENGG!!! TARRAA!!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE
WALAupun... simple.. rasanya tetap enak! mesti cuba..:):)

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ