ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, April 8, 2011

KELAPA SEGAR TAHAN LEBIH LAMA


KELAPA SEGAR TAHAN LEBIH LAMA
Kelapa.... sebut sahaja kelapa semua rakyat Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia tahu.. i sebut negara Jiran yang dekat-dekat je yee... Thailand pun sebut jugaklah.. hehe.. okay biasanya kita gunakan kelapa parut atau santan kotak kan? santan kotak tu dengarnya kurang rasa lemaknya.. pada i oke aje.. cuma bau aromanya kurang sedikit laa.. jika di bandingkan dengan kelapa asli. Okay kelapa asli pulak bila di parut kemudian di simpan di dalam peti sejuk.. bila esok atau lusa nak di guna.. dah berbau tengek.. yer tak??? yer kan aje... ada beberapa petua yang biasa i amalkan... antaranya... bila dah di parut kelapa tu.. kukus terlebih dahulu.. selepas di sejukkan barulah di simpan di dalam peti beku menci tau sebut beku! Bila nak di guna baru kita keluarkan dan defrost kan kelapa parut tu terlebih dahulu... tu biasa ler yer tak.. okay ada satu lagi petua... nampak leceh tapi i tell you.... memang superb!!!! kelapa rasa segar dan asli.. cuma leceh sikit je laa nak di sediakan ekk.. okay you all tengok gambar di bawah tu yaaa...
Memula sekali... pergi ler beli buah kelapa di kedai dalam sebijik ke dua bijik.. suka hati korang ler yerkk.. okay.. belah dua buah kelapa itu... kemudian umpil isi kelapa dari tempurungnya.. berhati-hati semasa melakukan kerja ini yer... tahap kesabaran dan kecekapan di perlukan... kikis kulit hitam atau ari di bahagian luar isi kelapa tu... pastu potong nipis-nipis dan kecil-kecil sila berpandukan gambar di atas yaaa... kemudian cuci bersih.. masukkan ke  dalam tupperware plastik.. tutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk di bahagian beku! bila nak guna.. just rendam dan kisar seberapa banyak yang ingin anda gunakan!!!
kelapa lebih segar.... rasa asli santan...santan lebih pekat dan enak... aroma yang segar dan memang jimat belanja!!
selamat mencuba kawan-kawan...:):)
SIAPA YANG FOLLOW MY BLOGS CUTI-CUTI TU.. DAH TIBA PART 10 DAH.... TIRAI USS TELAH DI TUTUP.. BERSAMBUNG KE TEMPAT PERCUTIAN YANG LAIN SELEPAS INI.... KLIK DI SINI >>>> THE END OF USS...:)

TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ