OTAK-OTAK UDANG KUKUS
Waduhhh!!! jarang ni nak buat otak-otak udang... dek kerana udang banyak dalam peti sejuk... kecik-kecik aje udang tu ekk.. kupaskan kulit wah! Pung! Pang! Peng! dah siap!!!! dan i tak guna santan oke.. sebab diet.. so gantikan dengan buah keras.... lemak dan enak i tell you!!! must try my friends....:):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
OTAK-OTAK UDANG KUKUS
BAHAN-BAHAN DIKISAR :
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai
3 biji buah keras
15 batang cili kering
7 batang cili padi
1 sudu teh belacan
400gm isi udang
BAHAN-BAHAN LAIN :
beberapa helai daun pisang ~ untuk membungkus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk ikan bilis *tumix
garam dan gula
4 helai daun kunyit ~ untuk alas
3 helai daun limau purut ~ hiris halus/rampai
lidi untuk menyemat
pengukus
CARA MENYEDIAKAN :
campurkan *BAHAN-BAHAN DI KISAR bersama tepung jagung, gula, garam dan serbuk pati ikan bilis
gaul rata dan sesuaikan rasa. campurkan daun limau purut gaul sebati
Alaskan daun pisang dengan sehelai daun kunyit
isikan pes udang sebanyak 3 sudu besar
bungkuskan dan semat dengan lidi
kukus selama 10-15 minit!
TENGG!! TARRAA!!!
OTAK-OTAK UDANG KUKUS
PHEEEWWWiiiiittt... mudah aje tu kan? must try oke.. memang THE BEST!!!
UNTUKMU YUNA... KARYA TERBARU!!! SHAHRIAH ABDULLAH AKAN MENEMUI ANDA SEMUA DI PWTC!
KLIK SINI FOR MORE INFO >>> UNTUKMU YUNA
TATA!!!!
No comments:
Post a Comment