ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, April 18, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG COMEY DAN PETAI

SAMBAL TUMIS UDANG COMEY 
DAN PETAI
HEPP!! jangan ingat udang comey dalam sambal tu.. biasa-biasa sahaja... LUAR BIASA I TELL YOU ALL EKK.. nak tahu kenapa??? kerana udang tu baru sahaja naik dari laut.. semalam Pak Habibi dan Isterinya.. i ler tu hahaa.. telah menunggu para Nelayan pulang dari laut... ku tunggu.. ku tunggu.... wah!!! udang FRESH!!! udah ler FRESH... MURAH PULAK TU! bayangkan 1 KG lebih.. hanya RM7!!!! itulah namanya REZEKI...:):) Petai pulak Interframe.. udah ler malas nak cerita lagi hehe..

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAMBAL TUMIS UDANG COMEY 
DAN PETAI
 
BAHAN DI KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
30 batang cili kering
1 sudu teh belacan

BAHAN-BAHAN LAIN :

udang segar 1/2 KG
2 biji bawang merah ~ potong bulat
4 sudu air asam jawa
2 papan petai ~ buang kulitnya
gula dan garam

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Tumiskan *BAHAN-BAHAN KISAR sehingga naik bau dan rempah masak *api sederhana sahaja
masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa
masukkan udang dan petai kacau rata
masukkan bawang potong dan pekatkan sedikit kuahnya
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!
SAMBAL TUMIS UDANG COMEY 
DAN PETAI 
 SEDAP!!!!

TATA!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ