SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM
SIMPLE. SEDAP. CEPAT! tu dia... i kalau goreng sayur... jangan harap nak guna rencah bebanyak.. simple dan mudah aje... kerana rasa tiap sayur tu ada keistimewaannya yang tersendiri... goreng pun jangan lelama.. campak dan angkat! makan semasa panas-panas! memang the best! I LOVE VEGE!!
JOM!! SALIN RESIPE!!
SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM
1 ikat sayur sawi putih ~ potong dan asingkan dari batangnya
1 biji bawang merah * saiz sederhana ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang lada merah
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan
1 sudu teh serbuk ikan bilis *tumix
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan bawang merah, bawang putih, lada dan batang sawi sehingga naik bau
masukkan sedikit air, sos tiram, serbuk ikan bilis dan gaul rata
masukkan daun sawi dan renjiskan dengan sedikit minyak bijan
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
TENGG!! TARRAA!!
SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM
TU LAA.. namanya resipe awet muda... cepat dan ringkas tetapi khasiatnya SUPERB!!
tata!!!
No comments:
Post a Comment