ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, May 24, 2011

TERUNG BERLADA VERSI (3)


TERUNG BERLADA VERSI (3)

Nampak cikitt aje kan cik puan terung tu... hmmm... tapikan i tell you kali ni i bikin terung berlada versi ketiga ni kan.. memang mantop! cewahh siap versi segala! mengalahkan jersey pasukan bola je kan hehe.. kali ni i tumbuk kasar-kasar lada merah tu ekk... cuba sampai dapat rupanya macam terung goreng berlado ala nasi padang tu hah! boleh ler tahan... i ubah suaikan sikit bahan-bahan tu ekk... terung tu pulak comey-comey aje tau.. beli masa ke Pasar Besar Melaka hari tu.. bila makan aduhaiii lemak manis aje rasa terung tu... tu gambar kat bawah tu... wajah asli si cik puan terung yang udah tertimbus dengan lada bersepai tu hah!
:
murah aje tu tau.. sekilo terung tu cuma RM3.50 seplastik besar abang sayur tu timbang! banyak lagi tu.. tunggu ajelah mesti akan ada resipe terung momey momey...:):) nak tahu lebih lanjut klik sini >>> TERUNG! TERUNG!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TERUNG BERLADA VERSI (3)

BAHAN-BAHANNYA :

8 batang terung ~ belah dua dan goreng separa layu angkat dan toskan
secekut ikan bilis ~ goreng

BAHAN-BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
4 batang cili merah
*semua bahan di atas tumbuk renyah*

CARA MEMASAK :

tumiskan *bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau
masukkan ikan bilis goreng, gaul rata, sesuaikan rasa
simbahkan bahan di atas terung yang telah di susun di dalam pinggan
hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
TERUNG BERLADA VERSI (3)
 :
SIMPLE AND THE BEST!!

TATA!!! 



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ