ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, July 21, 2012

Roti Jala Dan Daging Bryani Masala 21/7/2012


Assalammualaikum, :)

Syukur Alhamdulillah selesai sudah puasa yang pertama kita sebagai umat islam di bulan Ramadan ini. Ada yang kekenyangan sampai sujud lama benor atas tikar sembahyang tu ke? :D
Wahh.. kalau ada samalah macam Alif Bom! Bom!


Cak! tu dia Alif nampak cengkung tak sehari berpuasa? :))
Alif kirim salam kat you all semua.. dia cakap dia okay setakat ni. cuma dia kata kain pelikat dia longgar sikit dah... :))

Berbuka kat rumah Alif petang tadi, N3 berbuka secara marathon beramai-ramai kat rumah Alif tu lain N3 i share ekk.. :)


Roti jala yang kujala petang tadi.. bukan sesikit yang ku jala.. dekat 2kg!!! dan Alif adalah penyebab semua yang ada di meja makan terpaksa berebut! :D


Daging Briyani Masala ini ku masak dekat setengah kilo daging cincang... pun juga...
Alif adalah penyebab utama semua yang nak kan lauk tu kena Mama Alif yang tukang sendukkan... kalau tak.. asyik ke pinggan Alif.. Alif jugakkk :))

ROTI JALA


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam *secukup rasa
100 ml susu cair + 350 air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
sedikit minyak 
acuan roti jala
kuali non stick

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan pukul atau bancuh sehingga sebati dan tidak berketul dengan menggunakan whisker atau pun handmixer. *i guna whisker* selepas itu tapiskan.

Lengserkan sedikit minyak di atas kuali non-stick dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan roti jala.
Jala mengikut cara anda :))
angkat dan lipat/gulung.
sedia di hidangkan bersama kuah kari, serawa durian, jem atau apa sahaja yang anda semua impikan :D



masa menjala roti ni.. i buat timing... mula jam 4:28 petang tadi dan selesai 5:23 petang..perghhh itu nama... berdesup! sebab takut terlewat sampai rumah Alif... :D


i tepikan sikit untuk bersahur esok pagi.. dengan motto.. tak sanggup bersahur maggi lagi :))

DAGING BRYANI MASALA


i guna susu cair, dan rempah briyani masala tu memang tak kekuningan atau keemasan atau kecoklatan...


ya, giteww kelernya.. tak tahu nak ku terangkan..
rempah ini i beli di pasaraya Maideen.. tempat lain i tak tahu gimana pulak rupanya..:) 100gm RM4.. wahh detailed giteww..:)

DAGING BRYANI MASALA

1/2 kilo daging cincang
1 tin susu cair *tu yang Alif suka, lemak dan berkrim :D*

3 biji kentang *dadu kasar
1 tin kacang kuda *siap berebus* ada di pasaran
2 pelepah daun kari
2 helai daun salam *bay leaf*
1 keping asam gelugor

BAHAN TUMIS :

2 biji bawang besar *dadu
5 ulas bawang putih *dadu
3 cm halia *hiris
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil 5 spices *ada di pasaran*
2 sudu besar serbuk briyani masala

2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
sedikit minyak dan 1 sudu besar minyak sapi

CARA :

Panaskan minyak dan minyak sapi. Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu. 
Masukkan daun kari, kentang dan daging cincang, renehkan sebentar.
Masukkan susu cair, asam keping, daun bay leaf dan renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau.
Setelah kentang dan daging empuk, masukkan kacang kuda, kacau rata sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

DAGING BRYANI MASALA


bila dah selesai makan dan hanya tinggal kuah aje kan.. tetiba Alif berbunyi...

"Kenapa kuah dia warna lain comet?"

Perghhhhhhhhhhh... setelah habis! bagus.. :D


Kek coklat 5 pintu pun dah sampai ke pintu rumah Alif..
dan dah selesai masuk perot Alif juga :))



Dengan jelingan manja.. Alif ucapkan Alhamdulillah... :)


Sekian sahaja.. itu sahaja menu hidangan i untuk berbuka puasa.. lain-lain hidangan di rumah Alif tu nanti i share lain N3 ya.. selamat bersahur!
kali ni i dah kunci 5 biji HP tepi bantal i :))


Assalammualaikum...

TATA!!

9 comments:

Mas Sani said...

Alahai aliffff bom bom hihihi

Menjala sampai 2kg? Byk tu, kalo de lg hulurlh sikit kat mas bserta dgn dging bryani tu, kalo isinya dh hbs dpt kuah ngan daun kari nye aje pun jadiklh hihihihi

Amie said...

Wow! Sampai 5 hp dikunci! Harap tak sahur maggie lagi he he he hhh

Unknown said...

Salam ramadhan kak Sha cyng, baru berkesempatan singgah sini kak. sedapx2 belaka juadah berbuka akak ni. lama tak mkn roti jala harus dibuat juga nanti:)

Unknown said...

Selamat berpuasa Sha...kesian Alif, asyik jd mangsa kamera Sha..hehe.
Buka beramai2 atau berjemaah ni, mmg kena cepat. Kalau tak, jilat jari ler.
Akak suka buat roti jala, senang banyak, sebab lauk satu jenis je.

rahel said...

Salam Kak SHa...wah sedapnya nampaknroti jala n beriani daging tu...mcm nak mintak sikit untuk buka puasa nanti..hehe...
Selamat berpuasa ye kak...

Mat Gebu said...

Salam Datin....2 kali CM baca, 2 kg tpg u menjala!!..perghh datin, u ni memang ratu jamu!!. Kalau CM paling2 pun 2 cawan tepung gandum's...tu je...yelah sesuai leer dengan penduduk rumah 4 oreng's...

Shellya... Kami Gembira... said...

memang power.. terutama sekali kuah daging bryani masala.. terangkat!! sedap giler!! :))

Lepas nie mesti nak cuba..

Unknown said...

Roti jalaa my fav. awat aku tgk time puasa-2 ni. teringin pulak nak makan hoho

QasehnyaRania said...

peminat roti jala dan kek coklat kukus ;)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ