ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, October 30, 2012

Sup Daging Korban Pak Habibi Cooking Without A Recipes Cicah Roti Susu


Assalammualaikum.. :)

Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya dalam menempuhi kehidupan seharian kita... :D

hidangan sarapan pagi i tadi... baru ku kongsikan tengahari ini.. :D



Sambil menaip ni nafas termengah-mengah :D

baru turun ke tanah angkat kain jemuran! tetiba sahaja hujan turun...

taklah lebat.. wehhsss... tapi penat ngko aii.. menjemur pakaian awal pagi tadi :D

sengaja i lari turun tangga tadi laju-laju :))

dengan motto.. dapat jugak baka2 1/2 % lemak i yang tepi celah pinggang tu! muahahhaaa :))

SUP DAGING KORBAN PAK HABIBI

COOKING WITHOUT A RECIPES :D


semalam petang i ada urusan di luar...
bila balik aje.. mood nak memasak memang ler ke laut! ;)

daging korban yang dapat lebih kurang 2 bungkus *anggaran 2 kg* dah ku keluarkan dari peti sejuk sebelum keluar...

So bila balik je.. termenung tengok daging yang dah lembut, tadi beku :D

Serius... ni... weh!

rasa macam nak simpan semula.. tetiba Pak Habibi i yang tembamBOM tu mengofer ler dirinya nak masakkan daging korban tu...

wah!! berita baik!

"You duduk atas... nanti dah siap i panggil.."

Terus lap lap i bertambah kat Pak Habibi i tu taw.. :D


semalam singgah di kedai bakery SDS...

so i borong banyak naa... roti.. memacam jenis...

terus ler dapat idea pagi tadi...

sup daging korban yang Pak Habibi i masak without a recipes tu... cicahkan dengan roti susu..

waduhhhhh serius hilang mata birut i *acctually hitam* guna kanta lekap biru tu yang biru jadinya! :))


Roti susu tu i panggang sikit atas kuali...

baru cicahkan ke kuah sup daging korban tu..

perghhh.... sedap ngko aii... ;)


Memula sekali ambil beberapa buku roti susu.. 
belah dua dan panggangkan di atas kuali non stick..
api sederhana yaa...


anggaran keperangan...
angkat ler yerk.... 
jangan lelama.. terlalu garing pun tak sedapz :D


apalagi... cicahkan ke dalam kuah sup daging korban Pak Habibi i tuu...

i makan 2 buku!!!

manalah tak tembamBOM!!!!

hadoiiii ;))


masih banyak berbaki kuah sup daging korban tu...

malam tadi Pak Habibi celurkan markaroni..

so dinner kami malam tadi.. sup daging korban Pak Habibi yang sedap giler tu....makan dengan markaroni..

bukan main puji lagi anak-anak Pak Habibi..

i lagi ler puji... kasi UP! UP! sikit...

psttt dengar cerita malam ni dinner Pak Habibi nak masak lagi untuk kami...

masak apa??

nanti ler.. i share :))


SlurpPPppppppppppppppppppppppppp....... ;)


AahhhHhhhhhhhhhhhhhhh.... Syukur Alhamdulillah.. :)


sekadar berkongsi idea..

yang mana nakkan resipi sup daging tu...

silalah kais di bawah label.. *Daging*


Sekian sahaja perkongsian kali ini...

Mood membaking ada marilah!

jumpa lagi!

Assalammualaikum..

TATA!!


Sunday, October 28, 2012

Kerana Kacang Panjang.. Nasi Lemak Ku Masakkan...



Assalammualaikum.... :)

Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :D

Sarapan apa pagi tadi? Masak apa tengahari nanti? ;)

i awal-awal pagi dah tanak nasi lemak..

dah lama tak masak nasi lemak bungkus daun pisang dan surat khabar lama :D


Masak nasi lemak 3 pot sahaja... cukuplah yang ada di rumah ni pun cuma 4 orang aje.. tu pun tak habis.. kiranya masak untuk tengahari ler ni..

sebab petang dah nak menjengkit ke suatu destinasi :D


Tu dia.. nampak tak kacang panjang i yang bergayut tu???

yaa.. hasil tanaman kat kebun mini i tepi rumah tu hah!

kerana kacang panjang ni ler.. i tergerak hati nak masakkan nasi lemak..

:D




NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D

bahan-bahannya :

3 pot beras siam
santan pekat secukupnya
sedikit garam
2 batang serai *titik
2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *hiris
2 helai daun pandan *siat dan simpul
1 sudu kecil halba

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan tanak di dalam periuk nasi letrik.
Setelah masak, bungkuskan ke dalam daun pisang dan alaskan dengan surat khabar lama.

TARRAA!!!!

NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D


Lemak, harum dan enak!!! ;)


lawankan pulak dengan kari ayam semalam masih banyak berbaki..

waduhhh... enak bangat dongs!


tumiskan sambal tumis telur bersama ikan bilis..

kuah tu biar pekat, pedas dan manis!



confirm terangkat!!!!


anak ikan bilis goreng jangan lupa taw! ;)


kacang panjang segar dari ladang pun jangan lupa di celur!

ulam nasi lemak terbaik!


sekian sahaja selamat bersantai hujung minggu,

Jaga diri... senyum selalu...

Assalammualaikum..

TATA!!



Saturday, October 27, 2012

Kerana Ketupat.......Hidangan Di Pagi Raya Aidil Adha 2012



Assalammualaikum... :)

Selamat Hari Raya Korban khas buat semua teman-teman.. tahun ni tak korban.. tahun lepas 2011 ya.. so kali ini Hari Raya Korban di sambut simple tetapi cukup meriah... :D

Awal lagi dah cadang kami semua akan berkumpul di rumah adik ipar *belah Pak Habibi* dia masak-masak dan i cuma datang bawak perut kosong! :D

cadangan awalnya lah kan kan... ;)

dengan alasan.. i malas nak mengecah dapur... boleh gitew? :D


nak membaking pun malas :D << pengakuan sangat jujur ;)

kalau boleh nak beli je kek kat kedai Season dah... bawakkan sekotak ke rumah adik ipar... ;)

sampaikan kat meja pun i selitkan cup cakes batu :))

tak boleh di makan.. hanya untuk jamu mata aje :D


serius ni ehh... cadangan i sejak beberapa hari yang lalu..

dah bincang dengan Pak Habibi dan anak-anak i..

"Momma buat air... hidang cookies yang ada dalam balang... selepas pulang dari solat raya... okay tak? lepas tu kita terus bertolak ke rumah ibu." << adik ipar i.. :D

semua cakap okeh! wah! bagusnya.. ;)


Tapikan.. dah namanya orang melayu.. kampung pulak tu..

terbayang-bayang wajah ketupat nan ayu itu.. terus ler kecur.... :D


perghh... petang raya masa nak ke bandar tu.. ternampak pulak!

kelongsong ketupat! bergayut-gayut giteew...

terus ler..

ScrEEETtttttttttttttttttttttttt...

beli 50 biji kelongsong ketupat! :D



terus ler ke pasor cari bahan-bahan memasak..
terbayang-bayang....

rendang dan ketupat tak dapat di pisahkan... ;)


Hah! masakkan rendang daging...

tengah malam memasak ;))


Pak Habibi pulak outstations petang tu..

terjumpa lemang...
hah! beli dua batang...

sekali ku kupas batang lemang tu.. perghh.. berkerak!

keras pulak tu.. lemak langsung tak de! :(

tetiba teringat kat lemang Arwah Ayah.. AL-Fatihah... 


kerana ketupat...

i masak pulak kari ayam pencen...

kuah pekat....


kentang lebih!

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


ada pulak petai besor macam syiling 20 sen!

beli 6 papan.. semua ku potong.. masukkan dalam sambal goreng...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhh


mujur ada anak dara sorang...

ajak teman i di dapur.. mujur tak sekolah..

Nellysha dak kerempeng tu laa.. yang tolong i potong tempeh!

kat lengan tu penuh dengan getah tempeh!

power katanya bila nak potong tempeh... :))

laju memotong tu.. pisau kecik khas untuk dia.. bakal junior masterchef Malaysia tu ;)


gara-gara kelongsong ketupat....

dah jadi ketupat...

guna beras siam*wangi.. halus dan gebus youu.. ;)


sambal goreng tu pulak penuh dengan hati dan pedal ayam..

waduhh.. kentang lebih, sohoon lebih, petai terlebih-lebih..

pengsan! i tell you olls :D


yang rebus ketupat ni anak-anak bujang i yang dua orang tu..

rebus 3 jam.. sambil menunggu ketupat masak..

duduk berdua beradik tu sambil layan lagu :))

bukan lagu raya :D

semuanya kerana kelongsong ketupat..

menjadi!!!


Sambal goreng.... ;)


Rendang daging ;)

pedas giler!


dan kari ayam pencen... ;)


Maka dengan itu.. hidangan pagi raya Aidil Adha kami sangat bermakna...

sementara menanti kaum adam pulang dari solat raya..

i belai-belai pokok2 bunga i kat porch tu....

tetiba.........................


i jadi bidan terjun tak pasal-pasal pagi raya tadi tau!!!!!!

suspen!! hampir pengsan dan pitam!!!



SEKIAN SAHAJA...

Fobia masih belum hilang lagi... :D

Assalammualaikum..

TATA!!


Thursday, October 25, 2012

Lempeng Labu Selamat Hari Raya Aidli Adha



Assalammualaikum... :)

Selamat pagi semua...:)

Wahh! mesti semua kawan-kawan sedang sibuk membuat persiapan raya haji kan? :D

samalah kita... ;)


Di kesempatan ini...

i ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adil Adha

Kepada semua teman-teman yang mengenali diri ini...

Mohon ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa dan tersilap cara.. minta ampun dan maaf...

moga hubungan yang terjalin di alam maya ini akan berkekalan selamanya.. Amin...

~Wallahualam~


sambung cerita :))

Okay selagi labu tergolek-golek kat atas meja dapur tu..

maka akan sentiasalah ada resipi labu di dapur maya i ni ye :D

sarapan pagi tadi... ;)


Nasi semalam banyak berbaki lagi...

i gorengkan...

Nasi Goreng Telur Butter.. resipi nanti i share ehh... ;)

Lempeng Labu


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam
1 cawan labu lecek@pumpkin puree UNTUK RESIPI KLIK SINI
air secukupnya
1 biji telur

mentega untuk lengser di atas kuali

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau rata sehingga menjadi batter yang pekat.
Lengserkan kuali non-stick bersama sedikit mentega.
Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali, ala-ala membuat pancake.
Masakkan kedua-dua bahagian sehingga keperangan!
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Lempeng Labu


simple dan enak.. ;)


Lawankan pulak dengan gulai semalam..

perghhh... hilang mata hitam!

:))

teh tarik jangan lupa!

Slurppp Ahhhh.... :D


labu banyak lagi... lepas ni manjang resipi labu aje ekk... ;)


BRUNCH... kenyang sampai ke petang nanti... :)


Selesai sarapan...

i akan turun ke dapur..

buat persiapan untuk hidangan Hari Raya Aidil Adha..

i masak simple..

esok pagi selepas kaum adam pulang dari solat raya...

i akan terus berangkat ke rumah adik ipar.. kami pakat beraya di sana..

Bonda tak ada... nun beraya di Melaka... ;)

jap tadi Bonda called... dia masak nasi tomato.. waduh! bestnya...

tak pe.. tak pe.. tak dapat ke sana... nampaknya..

sibuk... kononya :D


i masak ketupat,

rendang ayam pencen,

kari daging,

sambal goreng...

Insya~ALLAH nanti i share yaa.. sebab dulu Aidil Fitri tak dapat share sebab busy melayan tetamu jadi tak sempat nak snap gambar..

Raya Haji tak busy kan kan.. :D

nanti i snap gambar banyak-banyak ehh... ;)


Roses yang mekar tu i petik dari kebun rose i...KLIK SINI

wah! sekarang tak perlu beli bunga rose lagi dah.. :D

Sekian... jaga diri.. selamat berhari raya bersama keluarga dan teman tersayang...

cayang kat semua! muahhzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz <<< kiss sampai terlelap :D

Assalammualaikum,

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ