ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, November 24, 2012

Fettucini With Peppercorns & Prawn **Peppercorns Yang Di Terbangkan Dari Pasar Satok Kuching Sarawak


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati :D

Apa khabar? sibuk ke? maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah kan kan.. tak kering tangan ibu2 di rumah nak menyediakan juadah buat anak-anak di rumah.. samalah kita :D

i masak simple aje.. just pasta.. yang ada di rumah hanya yang bujang2 aje.. Nellysha dak kerempeng tu dah nun jauh bercuti bersama bonda meninggalkan emaknya terkonteng2 tak berteman ni hah! :D tak pe.. tak pe.. :D << menyedapkan hati yang rindu kat dak kerempeng ;)  


Okay gambar di atas itu adalah lada hitam muda.. yang i borong semasa bercuti di Sarawak minggu lalu.
Masih segar dan banyak i borong.. murah pulak tu! kat semenanjung ni mana nak dapat? kan...
so i tak lepaskan peluang untuk memborong pelbagai jenis bahan2 masakan yang tiada di semenanjung.


Tu dia.. lada hitam muda yang di jual di pasar Satok Kuching Sarawak.. sepiring hanya RM2..
murah!!!!!!! i borong 4 piring! hambik ko! :))
kata penjual di pasar Satok tu.. lada hitam muda ni.. mereka hanya makan dan jadikan ulam..
rasanya manis.. serius ni.. kunyah cam tu je.. langsung tak pedas tapi mulut tu berangin je! :D
kalau yang dah tua tu.. hah! memang pedas dan sama sahaja dengan rasa biji lada hitam yang kita sering gunakan di dapur!
soOoooooooooo interesting!!!! i loikeeeee sejuta kali!

Tu dia.. sepiring besar RM2.. banyak tau tu..
beli bebanyak bukan tamak.. tapi memandangkan di semenanjung tak pernah ku lihat.. ada pun dalam botol! dan harganya mak aii.. pak aii..
kat situ... murah gilerrrr :D 


tu dia pokok lada hitam..
i cadang nak ke ladang lada hitam.. tapi sayangnya kesuntukan masa.. punyalah baik hati tourist guide yang bawa kami berjalan di Sarawak.. dia sanggup cari pokok lada hitam semata-mata nak menghilangkan rasa JAKON i yang ketika itu tahap 9!!! :))
jadilah dari tak de kan kan.. ;)


beli memang banyak..
so i simpan elok-elok dalam peti sejuk dan i bungkus di dalam kertas surat khabar yang lembab..
soon i akan jadikan jeruk.. waduhhh.. waduhh.. tetiba stok lada hitam segau banyak benau di rumah ni hah! :))
Okay dah! JOM! Masak! :)

Fettucini With Peppercorns & Prawn


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket pasta fettucini *rebus sehingga al-dante *tidak terlalu lembik **ambil satu cawan air rebusan pasta dan ketepikan

2 biji bawang holland *potong dadu
8 ulas bawang putih *hiris
1 biji lada capsicum merah (i guna capsicum i yang comel lotey sedang lebat berbuah :D
4 sudu besar peppercorns *leraikan dari tangkainya
350 gm udang *buang kulit
3 sudu besar parmesan cheese
4 tangkai daun selasih *ambil daunnya sahaja
1/2 biji lemon *ambil jusnya
garam secukupnya
minyak zaitun


CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan bawang holland, bawang putih dan capsicum.
Tumis sehingga bawang holland nampak jernih, baru masukkan udang dan kacau sebati.
Masukkan garam, air rebusan dan pasta kemudian kacau sebati.
Masukkan peppercorns dan parmesan cheese.
Gaul sebati, sebelum di angkat baru masukkan daun selasih.
Gaul rata dan angkat!

TARRAAA!!!!!

 Fettucini With Peppercorns & Prawn


Waduuhhh.. bila dah siap di masak..
terus ler i rasa..

WAHHHH!!! nyaman gitewww... tak sia-sia borong lada hitam tu bebanyak :D
kalau tahu borong 4 KG! :))


bila suap je.. tergigit peppercorns tu.. waduhh...
hilang mata hitam! :))


Sesuai di hidangkan untuk hidangan tengahari dan makan malam..

sangat simple... yet delicious!!!
tak caya.. cecuba.. cecuba.. ;)


nantikan pelbagai resipi yang bakal ku ciptakan dari peppercorn tu ya.. ;)


Nak lagi sedap dan meleTOP! leTOP! dalam mulut bila di kunyah tu..
taburkan dengan parmesan cheese sewaktu menghidang.. waduhh.. waduhh.... 
S.E.D.A.P!!! <<< tak perlu eja ;))


i dah mula edit gambar ketika berada di Sarawak..
 dan i baru keluarkan Part 1 Mukadimah dulu... KLIK SINI PART (1) TQ




Kawan-kawan... Shahriah akan berada di JB untuk demo masakan.. tidak lama lagi...

semestinya hidangan yang cukup istimewa yang bakal Shahriah hidangkan buat semua yang hadir..

2hb Disember 2012 (Ahad)

2:00 Petang

Lokasi : Ruang Legar Galeria@Kota Raya Johor Baharu

Tak Sabar nak jumpa Orang Johor!!!!

Datang tau!!! info lanjut nanti i share di blogs penulisan i DI SINI


Jumpa nanti yaa... Jaga diri  muahzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Assalammualaikum...

TATA!!

3 comments:

Unknown said...

salam Shaaa
wah baru pulang dari sarawak kenapa tak terus singgah kat umah akak ni dh dekat tu, boleh lah bagi lada hitam segau tu sikit..

Nur-nba said...

Salam.. Kak Sha, jauh akak berjalan sampai ke Kuching...

psttt.. buku Sajian Istimewa akak Nur dah beli di Pameran Buku di Danga City Mall.. Banyak resepi menarik. Tak sabar nak cuba..

Amelia said...

Hi my cayang, can cium bau lada kat JB ley....LOL

Best ya dapat beli fresh punya dengan harga murah. So you sapu banyak balik Johor ke? hehehe...

Gambar yang duduk kat kereta biru stylo dan gorgeous. :)
Kereta tu ada bawak balik tak?LOL

Have a lovely day, byeee.... see you again. with love.

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ