ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 8, 2013

Bubur Pulut Hitam


Assalammualaikum... :)

Selamat petang.. tu dia.. semalam tenggelam.. hari ni timbul lagi!

Cak! Cak! ;))

Hidangan minum petang fav i.. soOoo.. i buat bubur pulut hitam sebab tekak  ni terhinginnn ler sangat nak makan!!

Sendiri teringin, sendiri bikin... makan reramai.... :D


Petang ni kita terus sahajalah ke resipi minum petang kita yaa..

dan gambar yang i snap ni dan juga resipi yang semua orang dah tahu... akan i kongsikan di dalam sebuah majalah masakan yang sangat terkenal... tapi i share dulu di sini..

sebab apa?? sebab i care.. cecewahhh.... ;)

BUBUR PULUT HITAM

bahan-bahannya :

2 cawan beras pulut hitam *rendam selama 3-4 jam atau semalaman dan rebus sehingga kembang
500 ml santan pekat
200 ml air
1 buku gula melaka
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan *ikat dan simpul

UNTUK SANTAN PEKAT *Pekat

200 ml santan pekat
secubit garam halus
1 helai daun pandan

Campurkan santan pekat bersama secubit garam halus dan daun pandan. Didihkan sebentar dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan bersama bubur pulut hitam.

CARA :

  1. Campurkan pulut hitam, air dan santan pekat. Renehkan sebentar.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
  3. Renehkan sehingga gula larut dan kuah pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kuah santan pekat. 
TARRAA!!!

BUBUR PULUT HITAM


Sekian dulu.. selamat bercuti.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

9 comments:

zuwaidah said...

Ya amponnnnn.....sedap dimakan ketika panas2. Mahu dikawankan dgn cendol lagi laaaaaaaaaa tak pandang kiri kanan dah.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hehhee.. Kak Zuwaidah.. ada lagi ni.. meh ler... ;)

ibh_sue said...

Asslmkum kak Sha..
Miss u kak..Lama betul tak masuk sini.. Kemain lagi..Mengguda tau bubur akak tu. Sejukkan sedap sgt tu kak.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Waalaikumsalam Sue cayangg... tq sudi singgah.. Kak Sha pun dah lama tak BW... entah bila tak tahu.. yaa sejuk2 sedapzzzzzzz sangat hehehe

geraugebang said...

Assalam, nak tanya boleh? mana nak beli penumbuk lesung yang penumbuknya bengkok tu yer?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Waalaikumsalam.. Tq Geraugebang.. okay lesung batu yang namanya ULEK dalam bahasa Indonesia... saya beli di Indonesia.. di Malaysia setakat ni belum di jumpai.. mungkin ada tapi tak tahu di mana...:) duit RM50 sahaja...:)

Yong Is My Name said...

Salam Sis,
lama tak minum kopi kat sini.
waduhhh..
sedapnya..

Perjalanan Tanpa Noktah said...

terliur tgk bubur pulut itam ni...

~azillakhalison~ said...

yeee...nak yg ni jugakkkk :))

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ