ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, May 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI KERING


KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

Ketam lagik??? yer ketam lagik puan-puan dan tuan-tuan.... jadi bertambahlah satu lagi resipe ketam di blogs kesayanganku ini... hehe... kali ni tak guna cili padi but cili kering.... ala-ala dikisar bersepai aje gitueewww.... rasanya tetap sama.. pedas dan berapi.. lemak tu toksah ler cerita yer tak? simple sangat resipe ni ekk.. so you all yang minat dan fanatik pada ketam tu boleh ler cuba yaa..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ketam ~ belah dua dan cuci bersih
1 batang serai ~ titik
2 helai daun limau purut ~ siat dan buang tulang tengahnya *elakkan pahit
1 biji kelapa ~ ambil santan sebanyak dua kali

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

20 tangkai cili kering
3 inci kunyit 
1 inci halia

CARA MEMASAK :

campurkan santan dan *bahan-bahan kisar dan juga serai
renehkan sehingga mendidih
masukkan ketam dan daun limau biarkan mereneh
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!
KETAM MASAK LEMAK CILI KERING
 SIMPLE AND DELICIOUS!!!

TATA!!!


SOTO


SOTO

SOTO... permintaan ibu mertua.... bukan susah pun nak membuatnya.. tang merebus nasi impit tu sahaja yang memakan masa... bahan yang lelain tu teramatlah mudahnya.. nak buat kuahnya tu pun senang sangat! ada pelbagai jenis resipe soto.. dan i pernah share sebelum ini, yang ini lain sikit.. rasanya lebih simple kot.. jadi lah yaa.. yang penting you all semua boleh cuba di rumah... dah tu jerk..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOTO

 Nasi impit ~ beli aje yang jenis segera jenama NONA *ikut arahan di plastik *masak nasi impit malam sebelum, jadi nasi impit cantik dan padat..:)
:
KUAH SOTO
:
KUAH SOTO :

1 ekor ayam ~ cuci bersih dan toskan
air secukupnya untuk rebusan ayam dan kuah soto

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang

BAHAN KISAR :
2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang serai
5 biji buah keras
1 peket rempah sup *adabi

CARA MEMASAK KUAH :
Tumiskan kesemua bahan tumisan dan bahan-bahan kisar sehingga naik bau atau pecah minyak
masukkan ayam dan kacau rata 
masukkan air dan didihkan sehingga ayam empuk dan angkat ayam
*kuah biarkan mereneh sehingga agak pekat sedikit
 :
AYAM
:
:
AYAM SOTO

ambil ayam yang telah di toskan tadi, goreng sehingga garing sedikit
cerai-ceraikan isi ayam dan hidangkan!!
:
BERGEDEL KENTANG
 :
BERGEDEL KENTANG
resipe pernah di keluarkan sebelum ini sila rujuk pada resipe sebelumnya...:)
:
SAMBAL KICAP
:
:
SAMBAL KICAP

resipe pernah di keluarkan sebelum ini sila rujuk di bawah label 'SAMBAL PELBAGAI JENIS'
:
:
TAUGEH BUAH EKOR CELUR ATAU MENTAH
:
:
DAUN BAWANG DAN DAUN SADRI HIRIS
:
:
BAWANG GORENG
:
:
:
TENGGG!!! TARRAAA!!!!
SOTO!!!
:
:
MUDAH AJE TU KAN??? JIMAT BELANJA DAN MUAI MAKAN BERAMAI-RAMAI
SELAMAT MENCUBA!!!

TATA!!!


PETUA CUCI IKAN


PETUA CUCI IKAN

Assalammualaikum kawan-kawan.. dah lama tak share tips di dapur atau pun petua di dapur... so kali ni i nak share dengan you all beberapa petua yang i sering amalkan di dapur... kali ni tentang ikan. Macam mana nak hilangkan hanyir ikan dan lendir ikan. terutama ikan dari sungai. Hanyir dan berlendir yer tak... tidaklah banyak petua tu.. tapi mungkin juga dapat membantu kawan-kawan..:):) selain di cuci dengan perapan beberapa jenis bahan itu, rasa ikan juga bertambah enak dan segar!

OKAY! JOM!! SALIN PETUA!!!
PETUA CUCI IKAN

IKAN LAUT/SUNGAI
  1. Tepung gandum ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan tepung gandum dan perapkan sebentar dalam 30 minit. Cuci bersih dan toskan
  2. Limau kasturi ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan perahan bersama kulit limau kasturi sehingga sebati dan perapkan sebentar dalam 30 minit. Cuci bersih dan toskan
  3. Belimbing buluh *masak* ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan belimbing sehingga sebati dan perapkan sebentar dalam 30 minit. Cuci bersih dan toskan
  4. Asam Jawa ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan asam jawa sehingga sebati dan perapkan sebentar. Cuci bersih dan toskan
  5. Hirisan limau nipis ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan hirisan dan perahan air limau nipis sehingga sebati dan perapkan sebentar. Cuci bersih dan toskan
  6. Halia kisar ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan halia yang telah dikisar dan perapkan sebentar. Cuci bersih dan toskan
  7. Air beras ~ buang perut ikan dan cuci bersih, rendamkan ikan di dalam air beras beberapa minit. Cuci bersih dan toskan

TENGG!!! TARRAAA!!!
PETUA CUCI IKAN
 :
Okay kawan-kawan harap dengan sedikit petua ini dapat membantu kawan-kawan semua di dapur yaa... kalau you all ada petua.. jom ler share!!! mari kita manfaatkan blogs dengan ilmu yang berguna! ~wallahualam~

TATA!!! 


Tuesday, May 24, 2011

BABY LALA GORENG HALIA


BABY LALA GORENG HALIA

Oohhh... lala!!! hehee.. yer tuan-tuan dan puan-puan nampaknya makan malam saya hari ini bersama keluarga berasal dari laut.. baby lala.... bukan mak atau bapak lala yang sebesau dan kulit yang keras berkilat tu tauu.. baby lala ni lebih di kenali dengan kepah kalau di Johor. Kebetulan Pak Habibi ada urusan pejabat di Bandar Johor so masa nak balik dari urusan kerja tu dia call.. "NAK KETAM, LALA DAN KUPANG TAK?" i pun jawablah... Ohhh lala hehee.... so kengkawan semua.. hari ini dan esok... ada ler masakan ketam, kupang dan hidupan laut yang kerkaitan dengannya... simple resipe but the taste still NGETOP!!! rasa baby lala tu.. aduhaii manisnya... masih segar masa i nak masak tadi tau.. menyengihhh aje baby lala tu.. bila dah siap di masak dalam kuali.. hehee... sekarang tinggal kulit aje oke..:):) sok resipe ketam oke...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BABY LALA GORENG HALIA

2 kg baby lala ~ cuci bersih
2 inci halia muda ~ hiris batang mancis
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 biji bawang merah *saiz sederhana ~ hiris

CARA MEMASAK :

Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga layu
masukkan baby lala dan sesuaikan rasa
kacau rata angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BABY LALA GORENG HALIA
  SIMPLE AND DELICIOUS!!

TATA!!! 



CARU BERLADA


CARU BERLADA

Muahahaa.. gelak besorr sikit.. kengkawan yang dah biasa jengah blogs i ni mesti dah dapat agak apasal dok gelak jerk ni.. yer.. bertemu lagi kita dengan Encik Ikan Caru paberet Pak Habibiku yang chubby tu ekk.. uisshhh kalau di kira-kira dekat sebulan lebih jugak ikan caru i tak masak tau.. kalau tidak aje memang caru! caru! caru! udah ler caru tak kisah ler... yang tak tahan tu asyik manjang goreng berlada, kerutub, sumbat cili perghh... manjang merah menyala aje kalernya ekk.. memang ler i fanatik kaler merah tapi idak dengan memasak ikan caru berlada setiap masa! muahaha.. apa pun hari ini Pak Habibi telah menggunakan taktik mengelat! dia call... i angkat ler.. dia cakap.. "Jom! turun bawah makan!" pelik jugak.. tak dengar pun kereta dia kat garaj tu???? i pun turun ler lekas-lekas nak menghidang ler kononnya.. cettt!!! batang hidung pun tak ada! yer kengkawan itu ler penangan... penangan pak habibi dah terlalu gian nak makan ikan caru masak berlada! muahahaa... *sila jangan tiru aksi ituueewwwww* pengsan!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CARU BERLADA

BAHAN-BAHANNYA :

6 ekor ikan caru *saiz medium cuci bersih dan toskan*
1 batang serai ~ titik
1 cawan air asam jawa
gula dan garam

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 1/2 biji bawang merah *saiz besar
7 ulas bawang putih *i pencinta bawang putih
30 tangkai cili kering
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

Tumiskan *bahan-bahan kisar dan serai sehingga masak atau pecah minyak
masukkan air asam jawa, gula dan garam
renehkan sehingga kuah agak pekat
masukkan ikan dan tutup kuali dan renehkan sehingga ikan masak
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!
CARU BERLADA
 :
MEMANG THE BEST!!!
my pak habibi cakap ler.. bukan i..:):)

TATA!!!



TERUNG BERLADA VERSI (3)


TERUNG BERLADA VERSI (3)

Nampak cikitt aje kan cik puan terung tu... hmmm... tapikan i tell you kali ni i bikin terung berlada versi ketiga ni kan.. memang mantop! cewahh siap versi segala! mengalahkan jersey pasukan bola je kan hehe.. kali ni i tumbuk kasar-kasar lada merah tu ekk... cuba sampai dapat rupanya macam terung goreng berlado ala nasi padang tu hah! boleh ler tahan... i ubah suaikan sikit bahan-bahan tu ekk... terung tu pulak comey-comey aje tau.. beli masa ke Pasar Besar Melaka hari tu.. bila makan aduhaiii lemak manis aje rasa terung tu... tu gambar kat bawah tu... wajah asli si cik puan terung yang udah tertimbus dengan lada bersepai tu hah!
:
murah aje tu tau.. sekilo terung tu cuma RM3.50 seplastik besar abang sayur tu timbang! banyak lagi tu.. tunggu ajelah mesti akan ada resipe terung momey momey...:):) nak tahu lebih lanjut klik sini >>> TERUNG! TERUNG!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TERUNG BERLADA VERSI (3)

BAHAN-BAHANNYA :

8 batang terung ~ belah dua dan goreng separa layu angkat dan toskan
secekut ikan bilis ~ goreng

BAHAN-BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
4 batang cili merah
*semua bahan di atas tumbuk renyah*

CARA MEMASAK :

tumiskan *bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau
masukkan ikan bilis goreng, gaul rata, sesuaikan rasa
simbahkan bahan di atas terung yang telah di susun di dalam pinggan
hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
TERUNG BERLADA VERSI (3)
 :
SIMPLE AND THE BEST!!

TATA!!! 



KERABU MANGGA

KERABU MANGGA

KERABU MANGGA!!! my fav!!!! bagi ler semangkuk besar.. i boleh habiskan sesorang jangan dekat oke! muahahaa.. yang mana jengah blogs cuti-cuti i tu... tahukan i baru aje balik dari Melaka.. dok ler memborong buah mangga kampung di Pasar Awam Melaka.. nak tahu cerita lanjut klik sini >>> BORONG MANGGA 10 KG!!! tu diaa.. 10kg i borong you!!! so puas ler nak ku kerjakan dengan buah mangga muda yang baunya harum... rasanya masam-masam manis giteeww.. i like mangga!!! so kali ni i share simple resipe.. kalau ke restoran thai ini ler yang akan ku order naik sampai dua pinggan.. ku ratah camtu jerk... ishh best betullah. so kali ni i share pada kawan-kawan semua... kepada yang rajin bertandang di blogs i ni TQ SO MUCH YAA..:):) *i tak perlu tunggu mengidam nak makan buah mangga.. sejak azali memang suka buah mangga!!

JOM SALIN RESIPE!!
KERABU MANGGA

BAHAN-BAHANNYA :

5 biji buah mangga muda ~ potong dan hiris batang mancis
1/2 buku gula melaka ~ cairkan di atas api dengan sedikit air
fish sauce ~ secukup rasa
kacang tumbuk
1 biji buah limau nipis ~ ambil jusnya
1/2 cawan ikan bilis ~ goreng
10 tangkai cili padi ~ hiris
1 biji bawang merah ~ hiris

CARA MENYEDIAKANNYA :

campurkan gula melaka yang telah di larutkan di atas api, masukkan bawang merah, cili padi dan fish sauce
sesuaikan rasa
ambil satu mangkuk gaulkan buah mangga yang telah di hiris bersama ikan bilis dan kacang tumbuk
tuangkan kuah gula melaka dan bahan-bahan ke dalam mangkuk
gaul rata
simpan di dalam chiller
hidangkan sejuk!

TENGG!!! TARRRAA!!!
KERABU MANGGA
:
MEMANG SEDAP!!!!



ROTI CANAI


ROTI CANAI

Amboi.. amboii... dah masuk bab roti canai menebar segala! hehe.. jangan tak tahu ekk.. ini ler masakan istimewa semasa hayat arwah Ayah ada lagi.. tiap pagi hujung minggu Arwah ayah akan tebar roti canai! segalanya di buat sendiri dari tepung di uli menjadi doh roti canai.. dan di peram beberapa jam selepas tu baru di tebar.... tang tebar tu.. hahaha.. almaklumlah.. main pakai campak tebor aje.. leper2kan terus di lipat dan jadi ler roti canai... tapi i memang tahu menebar roti canai tau! asalnya belajar dengan menggunakan tuala lembap! ku tebar.. ku tebar.. perghhh... berkat tebar tuala lembap! i tahu menebar muahahaa.. walaupun tidak ler sehebat makan di kedai roti canai tu.. jadi ler yang penting uli dan tebar sendiri, yang makan pun gengs di rumah ni hehe... so semalam i pun buat ler roti canai.. yang jadi tukang uli.. siapa lagi Pak habibi i ler... tenaga lelakikan lebih kuat.. habis bergegar meja di dapur tu.. di hempas! di banting! di pulas! hasilnya memang... lembut!!! lemak dan berkrim! jom! cuba!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ROTI CANAI

700 gm tepung gandum + sedikit garam
3 sudu besar penuh susu pekat
4 sudu minyak sapi ~ cairkan
air secukupnya untuk menguli
mentega untuk sapuan dan uli doh

CARA MENYEDIAKAN :
  campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi sebuku doh
uli, banting, hempas dan lumurkan sedikit mentega setiap kali menguli doh
ulis sehingga lembut dan buat seperti bola *berat 100gm
setelah habis, lumurkan dengan sedikit mentega atau minyak sapi di atasnya, rehatkan selama 2 jam
baru di tebar
 :
tu dia doh roti canai yang telah siap di tebar.. skill menebar tu i tak gethi nak menerangkannya.. yang penting tak koyak rabak! hehehee
kalau nak buat roti canai telur, pecahkan sebiji telur di atasnya dan bungkus *empat segi
resipe roti canai berinti lain kali i share oke.. belajar dulu buat roti canai kosong ekk..:):) i pun bukannya teror sangat, hehee.. tapi ingat practice make perfect!!
yer perfect sangat ler tu ekk..:):)
:

TENGG!!! TARRAA!!
ROTI CANAI
:
masa nak menggoreng roti canai tu.. renjiskan sedikit minyak sapi jangan terlalu banyak nanti berminyak
:
:
KUAH DALCA JANGAN LUPA! BARU LER SYIOK!! SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PUN TERBAIK!!!
:
:
ROTI CANAI BANJIR... BUH KUAH DALCA DI ATASNYA...
BACA BISMILLAH DAN DOA MAKAN..
BARULAH MASUKKAN KE DALAM MULUT YERKK..
SELAMAT MENCUBA!!!

TATA!!!




Monday, May 23, 2011

BANANA CAKE WITH STRAWBERRY FILLING


BANANA CAKE 
WITH 
STRAWBERRY FILLING

Banana lagi yoUuu.. yer ini ler juadah minum petang i hari ini ekk... baunya jangan cerita ler... memang ler harum... rasanya pulak? okay rasanya pulak.. macam rasa kek pisang.. ler muahaha... tapi rasa kek pisang i ni rasa luar biasa sikit dari kek pisang biasa tu ekk... i buh strawberry filling... perghhh bertambah harum ler baunya.. rasa masam, lemak dan manis... kalau nak tahu rasanya yang sebenar macam mana... sila ler cuba yerk...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
BANANA CAKE 
WITH 
STRAWBERRY FILLING


BAHAN-BAHANNYA :
200gm brown sugar/gula perang
100gm mentega
2 biji telur
220gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat + sedikit garam *AYAK BERSAMA*
4 biji pisang masak *lenyekkan*
1 sudu besar esen vanilla
 3 sudu besar strawberry filling *ada di pasaran*
CARA MEMASAK :

putarkan gula, mentega sehingga gula hancur
masukkan telur dan putar sehingga sebati
masukkan pisang yang telah di lenyek
masukkan tepung dan gaul rata
akhir sekali masukkan strawberry filling gaul rata
masukkan ke dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas minyak
bakar dengan suhu 170'C selama 40-45minit
angkat, sejukkan dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BANANA CAKE 
WITH 
STRAWBERRY FILLING
 :
YOMMMY!! YOMMY!!
langsung tak muak You!
:
:
sipi-sipi aje strawberry filling tu kan...
memang best!!!
:
PISANG DAN BAHAN-BAHAN YANG BAKAL I MASAK DI BLOGS NI KESEMUANYA I BORONG DI PASAR AWAM MELAKA.. NAK TAHU..
TATA!!
 

Saturday, May 21, 2011

MEE GORENG


MEE GORENG

Waahhhhhhh!!! mee goreng laa.... kat umah ni kalau ada mee goreng memang jakun benau! i jarang masak mee goreng, kalau teringin nak makan, order aje kat luar sana tu.. bukan apa tau.. padahal mee goreng ni punyalah senang nak di bikin.. agaknya sebab... kalau masak mee goreng.. makan tengahari atau makan malam nak kena masak lauk lain kot.. ehhh yer laa.. agaknya tu ler alasan i sebab kenapa tak suka masak mee goreng muahahaa.... lagi satu sebab mee goreng ni banyak kapur.. i takut anak-anak sakit perut.. so sebelum nak masak mee tu... i basuh atau cuci dulu mee tu hilangkan bau kapurnya tu.. agaknya ler.. PA i yang bagi petua. so far tak ada pulak yang mengadu sakit perut.. sah ler tu! mak dia pemalas nak masak banyak kali muahahahahaa....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE GORENG

1kg mee kuning ~ cuci dan toskan
2 keping dada ayam ~ potong kecil
6 sudu besar kicap pekat *jenama yeos Halal
1 ikat sayur sawi ~ potong
2 biji tomato ~potong
1 mangkuk taugeh ~ buang ekor
gula dan garam
lada merah untuk hiasan
timun untuk ulam
daun sadri untuk hiasan

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :

1 biji bawang merah *saiz besar
10 ulas bawang putih *i pencinta bawang putih oke
10 tangkai cili kering


CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan *BAHAN-BAHAN DIKISAR sehingga naik bau atau masak
masukkan isi ayam dan batang sawi renehkan dengan sedikit air
masukkan mee kuning dan renjiskan dengan kicap pekat gaul rata
sesuaikan rasa
masukkan sayur-sayuran gaul rata
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
MEE GORENG
 :
MASAK NI AJE HARI NI.. PETANG NANTI NAK GI KENDURI KAWIN...:):)
TATA!!!



MANGO PIE


MANGO PIE

Mango pie pulak dahh.. dah tu.. kan dah cakap.. selagi ada dua insan yang bergelar bonda di rumahku ini.. manjang pencuci mulut atau minum petang mesti nak yang manis-manis.. padahal memasing ada penyakit tu.. nak buat macam mana.. permintaan harus di turuti.... buat aje ler ekk.. kebetulan musim mango/mangga sekarang ni.. so memang kena ler dengan tajuk.. di negeri omputeh pun kalau musim labu.. mereka akan buat menu yang berasaskan labu.. musim apple maka apple ler masakan mereka... kat malaysia ni.. musim petai! hahaa.. sambal petai ler jadinya yer tak??? yer kan aje ekk.... terima kasih kepada yang sudi bertandang.. dan terima kasih kepada kawan yang baru sahaja follow blogs resipe shasha ni ekk.. cayang kat you all muahh....:):) mari kita manfaatkan dunia blogs ni dengan ilmu yang berguna yang boleh di kongsikan bersama.. lebih dari itu tiada niat lain.. terima kasih daun keladi ekk..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
MANGO PIE

*BAHAN UNTUK KULIT PIE/PASTRY*
120gm mentega ~ sejuk potong dadu
220gm tepung gandum + sedikit garam
2 sudu besar susu segar
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN PASTRY :


campurkan mentega dan tepung dan jadikan seperti serbuk roti
masukkan telur, esen vanilla dan susu segar dan gaul rata
setelah sebati simpankan ke dalam chiller selama 20 minit baru di torak leper dan muatkan di dalam tin pie, cucuk dengan garfu di tengahnya mengelakkan menggelembung
*lihat gambar di atas*
bakar terlebih dahulu di dalam oven dengan suhu 150'C selama 20-25 minit atau warna bertukar keperangan
angkat dan sejukkan sebentar

*MANGO PUDDING*
4 biji buah mango/mangga masak ranum ~ buang kulit dan kisar halus
3 sudu besar golden syrup *ada di pasaran
2 sudu besar gelatin *halal ada di pasaran jenama NUR + BANCUHKAN DENGAN 2 SUDU BESAR AIR PANAS sehingga larut

CARA MENYEDIAKAN MANGO PUDDING :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau rata
tuangkan adunan ke dalam adunan pastry yang telah di bakar dan sejuk
setelah penuh di dalam acuan sejukkan ke dalam chiller
hidangkan!

TENGG!!! TARRAA!!
MANGO PIE
 :
SIMPLE AND EASY!!!

TATA!!! 



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ