ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, September 13, 2012

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Assalammualaikum... :)

Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah sihat yaa.. minta maaf i ni asyik tenggelam timbul aje masukkan N3 di dapur maya i ni kan... :D

i sibuk sangat sejak beberapa minggu ini. Ada beberapa undangan yang terpaksa hadiri. Penat memang penat tetapi cukup menyeronokkan! ya gitewww ;))


Asam pedas ni menu i beberapa hari yang lalu. Sibuk macam mana pun kepada kengkawan yang biasa follow blogs2 i yang ada 5 buah tu semua pasti dah faham benar. 
Sibuk macam mana pun tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tetap i tunaikan.
Lagi busy ehhh lagi special i hidangkan di meja makan sana tu hah!
itu yang badan Pak Habibi  maintain aje tu... ;))


Jarang sekarang ke pasar beli sayur.
Pulak Pak Habibi memang tengah asyik mengemas kinikan pokok-pokok tepi rumah tu hah!
so ada banyak jantung pisang.
i celurkan dan buatkan sambal asam...
perghhh.. terangkat memang i tell you ollss :D


Gorengkan pulak tempeh!
cicahkan dengan kuah cili padi kicap!
jangan panggil i bila dah tunduk aje menghadap rezeki tu ekk :D

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Bahan-bahannya :

1 ekor ikan merah anggaran 1 kg *cuci bersih
1 peket sawi asin *rendam sebentar dan toskan
1 cekak daun kesum *ambil daun sahaja
1 genggam asam jawa + 700 ml air = jadikan air asam jawa
gula dan garam

Bahan tumisan :

minyak
1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu kecil rempah campur

Bahan Kisar :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm belacan
35 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMISAN* sehingga bawang layu.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan renehkan sehingga garing atau terbit minyak *api sederhana*
Masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan sawi asin, daun kesum dan sesuaikan rasa, renehkan sebentar.
Masukkan ikan dan masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!!

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Kuah tu biar pekat.
Serius hilang mata hitam Youu! :D


Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Jumpa lagi...
Jaga diri..
Jangan noty-noty..
Insya~ALLAH ada kelapangan i akan share menu minum petang.. 



Terbaik! Bersama pelajar-pelajar UITM Segamat..
All the best to you all! KLIK SINI!


Assalammualaikum..

TATA!!


Tuesday, September 11, 2012

Getuk Ubi Gula Melaka



Assalammualaikum.... :)

Getuk ubi, kuih zaman dulu kala. Memang sedap, lemak dan berkrim. Fav i ni :D
tapi kali ni i buat i gunakan gula melaka.
Rasanya lebih lemak dan sedap!
mudah sahaja nak buat.
Semuanya main pakai campak tebor. Dah siap ;)

Getuk Ubi Gula Melaka


Bahan-bahannya :

Anggaran 4 cawan ubi rebus
2 cawan kelapa muda parut *putih sahaja
1 buku gula melaka *saiz sedang *hiris
4 sudu besar gula pasir
sedikit garam



Lenyekkan ubi sehingga hancur.*balut lesung batu dengan plastik jadi tidaklah melekat :D
setelah itu campurkan gula melaka, kelapa parut, gula pasir dan sedikit garam.
Gaul sebati dan sesuaikan rasa.
Mulalah di leperkan di dalam acuan loyang dan tekan-tekankan sehingga padat dan rata.
Masukkan di dalam chiller sebentar *anggaran 20 minit*
Setelah itu keluarkan dan bolehlah di potong mengikut citarasa anda.

Tarraa!!!

Getuk Ubi Gula Melaka


hampir setahun tak buat dan merasa Getuk Ubi Gula Melaka :D


Hidangkan bersama kopi O memang terbaik!


Hantarkan ke rumah jiran kanan dan kiri...
Semua terkejut dapat Getuk Ubi Gula Melaka ;))
maklumlah mereka pun lama dah tak merasa Getuk ubi.. sekali rasa nak lagi Youu :D

Sekian sahaja perkongsian kali ini..
Jumpa lagi..
Jaga diri..


Assalammualaikum...

TATA!!

Monday, September 10, 2012

Egg And Cheese Sandwich



Assalammualaikum... :)

Selamat pagi semua... :D Pagi ni di kampung i hujan dengan lebatnya.
Bangun awal pagi, terus rebus telur.
Sarapan pagi yang paling mudah dan senang nak di sediakan.
Cukup mengenyangkan dan boleh bertahan sehingga ke petang :D

Egg & Cheese Sandwich


Bahan-bahannya :

1 bungkus roti putih
5 biji telur *rebus dan kupas kulit
50 gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
beberapa keping cheese 

CARA :

Campurkan telur, mentega, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
Lecekkan telur sehingga hancur.
Ambil beberapa keping roti.
Sapukan adunan telur tadi dan letak sekeping cheese.
Potong dan sedia di hidangkan bersama kopi O panas!

Tarraa!!!

 Egg & Cheese Sandwich


Makan sebaik sahaja di sediakan.
Simpan di dalam chiller sebentar dan lepas tu baru di makan pun sedap jugak!
:))


Jangan lupa kopi O panas.
Ibu mertua kesayangan ada di rumah iEgg & Cheese Sandwich
memanglah fav dia. ;)


Sekian sahaja perkongsian pagi ini.
Jaga diri...
Jangan noty-noty :)


Assalammualaikum...

TATA!!


Sunday, September 9, 2012

Lempeng Kelapa Vs Kuah Gulai Semalam




Assalammualaikum.. :)

Hari ni hari minggu i tak kemana pun, dok aje di rumah sebab minggu depan dah mula sibuk dan outstations.
Ibu mertua kesayangan ada menginap di rumah dalam 2-3 hari.
Kesempatan yang ada tak i lepaskan.
Tanya ibu mertua apa dia teringin nak makan?
Wahh memacam yang dia request... i share dulu permintaan ibu mertua..
Lempeng Kelapa Vs Kuah Gulai Semalam :D


i masak gulai asam pedas ikan merah bersama sawi asin.
Juga permintaan dari ibu mertua kesayangan.
Tak sempat nak edit gambar. 
Insya~ALLAH ada kelapangan nanti i share yaa... :)


Ada Aku Kisah!
dah masuk BAB 2...
yang mana minat novel tu..
bolehlah singgah di blogs penulisan Shahriah yaa...
Yang mana terlepas tu bolehlah cari di folder ADA AKU KISAH


Lempeng Kelapa


Mudah sahaja nak buat.. rasanya semua kawan-kawan dah pernah makan dah biasa buat kan?
Okay i sharelah jugak yaa.. manalah tahu ada yang belum pernah buat...:D


4 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut *putih sahaja*
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya *batter yang pekat seperti gambar di atas.

Cara :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter yang pekat dan tidak terlalu cair.
ketepikan sebentar.


Gunakan kuali non-stick
lengserkan sedikit  minyak dengan daun pandan.
tuangkan satu senduk batter dan masak sehingga garing atau keperangan.
balikkan dan masak seperti gambar di atas.
Angkat dan hidangkan!

Lempeng Kelapa


Biar garing tepinya tu.. waduhhhh sedap sungguh Youu!
rasa lemak kelapa muda tu waduhhh...
enak bangat sih! :D


"Makan sekeping dah kenyang!"
ibu mertua i cakap ekk..
i makan dua keping baru kenyang ;))


Pulak tengah musim hujang sekarang ni..
ishh.. ishh.. terbaik! ;)



bukan Nellysha tapi kucing i miawwwww :))


Sekian sahaja.
Jumpa lagi..
Jaga diri..
Assalammualaikum..

TATA!!!

Friday, September 7, 2012

Singgang Ikan Parang. Ada Aku Kisah!



Assalammualaikum.. :)

Kontot aje kan tajuk menu i hari ni. Menu makan tengahari tadi bawak ke malam. Masak lebih sikit tang kuah singgang tu aje. Yang ikan goreng tu malam i goreng lagi.
Memang tengah sibuk sekarang ni. Kerja macam lipas kudung! :))
Ehhh.. dalam busy macam mana pun sempat lagi mengupdate blogs.. sebab bila tak update blogs aje ramai yang MSG kat in box FB i... :D
Terima kasih yaa.. sekarang busy... Nak mengunjung balas pun tak berkesempatan. Minta maaf sangat kawan-kawan yaa... Insya~ALLAH esok, lusa, tulat entahlah tu bila tak berani nak berjanji... bila dah selesai segala urusan kembalilah i kedunia normal. Sekarang belum normal lagi nih! :D


Lauk Singgang ikan parang ini adalah lauk Fav Arwah Ayah. Dalam seminggu wajib di hidangkan buat Arwah di meja makan. Entah kenapa teringin pulak tekak ni nak makan singgang parang.
Pak Habibi beli tak banyak. Adalah lebar dalam 5 jari. I potong 2 dan masakkan singgang. 
Yang makan cuma i sorang yang lain i tak galakkan sebab tulang banyak.
Jadi..... :D moral of the story i sorang ajelah yang makan ikan parang tu! :))

Sedikit info :


Buat julung kalinya Shahriah menulis manuskrip komedi. 
Kisah Tentang Cinta komedi.
Bertajuk....

'Ada Aku Kisah!'

Dan buat julung kalinya Shahriah akan berkongsi dengan semua peminat novel untuk sama-sama membaca manuskrip baru Shahriah tu yaa..
Hampir siap 70% selebihnya sedang di kerjakanlah ni. :D

Shahriah akan kongsikan dari Bab 1 sehinggalah ke Bab yang seterusnya.. dan selebihnya tu nanti...
Jeng! Jeng! Jeng!
kita tunggu ajelah yaa...

Yang mana minat membaca novel tu.. silalah ke blogs penulisan Shahriah.
Insya~ALLAH tak esok lusa Shahriah akan mula share kisah...

'Ada Aku Kisah!'


Okaylah... tu sahaja info yang i nak kongsikan di sini :D
Meh! kita masak meh!

Singgang Ikan Parang


BAHAN-BAHANNYA :

1 keping ikan parang *belah 2
1 genggam asam jawa + 700 ml air asam jawa
gula dan garam

BAHAN HIRIS :

1 biji bawang holland *hiris
3 ulas bawang putih *potong batang mancis/julien
2 cm kunyit *hiris
2 cm halia *potong batang mancis/julien
10 tangkai cili padi *merah potong 2
1 biji buah tomato *belah 2

CARA :

Campurkan kesemua *Bahan-bahan hiris* dan bancuhan air asam jawa.
Renehkan di atas api dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Singgang Ikan Parang


Inilah lauk yang terbaik bila tekak tu terasa jemu jelak dengan lauk kari, rendang dan sambal tumis.
Yang simple nilah yang terbaik! Bak kata Boboboi! :D


Gorengkan pulak hati ayam, pedal dan tulang-temulang ayam baki masa masak hari raya yang lepas.
Gaulkan aje garam dan kunyit sedikit tepung. Perap lama sikit.
Panaskan minyak penuh, goreng dah!!
angkat dan ngap! :D


Tumbukkan pulak sambal belacan berapi!
Lawankan dengan kuah singgang dan cicahkan pulak pedal dan hati ayam.
Mak aii.. Pak aii.. Adik ipar lalu i buat derk aje yoUuu aii... :))


Yang lain tak makan ikan parang.
i gorengkan anak ikan cermin.
Goreng tu biar garing naaa... kunyit tu biar lebih..
perghhh i yang makan ikan parang tanpa berkongsi tu pun sekor ku telan you :D
hebatkan :))


Sekian sahaja perkongsian kali ini.
i akan sentiasa aktif di blogs.
Kalau busy siang, i cuba update N3 waktu malam..
janji rock! :D






Jumpa lagi yaaa... :)
Jaga diri...
Senyum Selalu.. :D

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ