ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, September 26, 2012

Sembang Jap...


Assalammualaikum.... :)

Selamat tengahari semua.. ;)

tak ada resipi... petang sikit i share resipi minum petang ehh... ;)


semalam ke Giant.. wah! ada mark down sale... terus ler amik dan campakkan dalam bakul..

tak banyak i beli.. sayur banyak lagi dalam peti sejuk..

so i beli yang mana tahan lama untuk stok i je...
i beli...

celery... 1 peket RM2.39

cili merah besar i pek RM1.74

cili padi siam merah pedas berapi tu.. 1 pek RM1.74

dan sepeket carot dari Australia lagi you.. harga tak ingat :)) adalah dalam RM2.00 kot or less than that... gasaklah! ;))


cadang nak ku bagaikan untuk minum petang nanti.. so tunggu yaa.. ;)


Fav spot i sekarang setiap pagi.. sambil melemparkan pandanganku jauh ke taman mini yang belum siap sepenuhnya tu... Slurppp kan kopi panas... teruslah bertambah-tambah  idea i.. itulah hakikatnya bergelar penulis... bila idea kering.. kena berhenti dan rehatkan minda tu kan kan.. kalau tak beku!
ada kalanya sampai 5-6 hari idea kering!
Tensi mak taw! :D
badan tak jugak kering! peh! ;))


Kulit kerang yang kami kutip hari tu...

nak tahu apa dah jadi?


Sekian sahaja...


TATA!!!

Tuesday, September 25, 2012

Sotong Masak Hitam Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalammualaikum... :)

Apa khabar semua? :D

Okay kali ni i share lagi resipi dari buku resipi i yang sulong tu, Sajian Istimewa Shahriah Abdullah... :)


resipi ini i belajar masak masa tu i baru kawen dengan Pak Habibi i yang tembambom tu.. ;) *dulu kurus dan kering naaa.. :))

Resipi dari ibu mertua kesayangan. Berbeza dengan resipi dari my beloved bonda... nak masak sotong kena cuci dan buang dakwat sotong tu.. dengan ibu mertua tak.. wahhh! masa memula tengok ibu mertua i masak.. i macam jakon naa masa tu... macam eee.. tak ee.. aje hehehee...
sekali bila dah siap masak!
perghhh sedap!
teruslah i belajar masak... :D 


Sajian Istimewa Shahriah Abdullah... :) 
ada sesiapa yang dah beli? yang dah beli sila lambai-lambaikan tangan anda ke atas.. ya giteewww :D Jutaan terima kasih yaa... cayangg sangat.. ;) Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... :)

Sotong Masak Hitam





Sebulan sekali mesti jumpa lauk sotong masak hitam :))

tak pulak jemu-jelak.. kalau ibu mertua menginap di rumah i mesti i akan masakkan untuk dia... :D


Sekian sahaja... Jangan lupa singgah blogs hobi i tu yaa...i dah start share DIY taman mini i tu... ;)



tq so much :)

jumpa nanti...

Assalammualaikum..

TATA!!


Monday, September 24, 2012

Kerabu Baby Taugeh



Assalammualaikum.. :)

Apa khabar semua? :D

Hari ni badan rasa tak sihat. Lemah aje.. agaknya cuaca panas kot? mungkin juga panas dan berbahang.

Ingatkan petang nak jugak mengerjakan taman mini tepi rumah tu.. serius kepala pening dan akhirnya....

Cuba juga menyudahkan kerja penulisan i tu.. hampeh! cuma boleh menaip setengah bab aje.. akhirnya...

berlengkar depan tv :))


Mungkin juga pening kepala sebab.. sebab... ;)

ya sebab... kacang hijau i rendam seharian terus tumbuh jadi taugeh! :))

Hah! nak tahu tak.. awal pagi semalam (Semalam punya kisah)

i rendamlah kacang hijau dalam 2 cawan ingat nak buat ler stok inti. Simpan dalam freezer... tetiba petang bila i bukak aje dah tumbuh ekor! magic betul! apasal cepat sangat tumbuh? tak sampai pun 5 jam???

terus called bonda tanya kenapa tumbuh ekor.. :)) bonda cakap cam ni..

"Agaknya biji kacang hijau muda! memang selau macam tu."

Kisahnya.. serius terkejut jugak.

So bonda cakap tak pe rendam lagi semalaman.. esok dah boleh buat kerabu baby taugeh.. perghhh...:))

dan petang tadi i buatlah kerabu baby taugeh! perghh banyak sangat.. so i bahagikan dua... selebihnya i simpan.. so esok kalau ada lagi resipi baby taugeh.. tahulah you all kenapa kan kan.. ;)

Kerabu Baby Taugeh


gini rupa kacang hijau yang dah di rendam semalaman...
banyak ngko aii.. :))


jadi satu kerja pulak nak membuang kulit kacang hijau tu.

Tetiba bonda called.. 

"Buat apa tu?"

"Buang kulit kacang hijau tu ler.. " i jawab dengan nada aduhaiii jemu jelak dah yang aii :))

"Tak payah buang."

Laa kisahnya.. lepas tu terus ler ku cuci bersih-bersih dan buatkan kerabu baby taugeh ya.. gitew :D


Bahan-bahannya :

2 cawan baby taugeh@cambah
2 cawan kelapa parut *tanpa hitam
1/2 cawan kacang goreng
sedikit perahan jus limau nipis
sedikit gula dan garam

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi merah *siam yang pedas giler tu :D
1/2 cawan udang kering

CARA :

campurkan *bahan tumbuk* dan kelapa parut, gaul rata.
Sesuaikan rasa, garam dan gula.
masukkan *bahan di atas* ke dalam kuali dan sangai sebentar.
Masukkan taugeh dan kacang goreng.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Kerabu Baby Taugeh


Sambil memasak tu tangan sebelah dok berbual dengan bonda :))

Bonda cakap nak datang, tapi tak jadi.

Terus ler hantarkan ke rumah jiran semangkuk. i cuma tepikan semangkuk kecik tu je.. macam dalam gambar tu.. hah! tu i punya.. makan sesorang ratah macam tu je.. pedas ngko aii! :))


sedap You!!

sebelum makan jangan lupa perahkan jus limau nipis di atas kerabu tu yaa... peh!

ranggup bila tergigit baby taugeh tu.. bila tergigit kacang lemak bebenau!

Masam, manis, pedas, lemak :D


baki baby taugeh yang ada dalam peti sejuk tu.. ada lagi..
i dah dapat idea nak ku apakan nanti... ;)


Sekian jumpa lagi..

Jaga diri.. senyum selalu.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!


Heavy Breakfast's


Assalammualaikum... :)

Selamat Pagi kawan-kawan... baik yang baru atau pun yang lama :D

Sarapan apa pagi ni?

Okay ni kisah semalamlah ni yaa... sarapan pagi hujung minggu... baru berkesempatan share pagi ni.. 
isnin.. monday blues kepada yang bekerja makan gaji... untuk i yang kerja ala-ala aje ni... i rasa biasa aje ;)

Cuma rumah ni sepi! hah! tu yang bosan tu.... :D


Sarapan pagi di taman mini i tepi rumah tu hah!

plan memang nak mengerjakan taman mini i tu kan.. cuaca pulak cerah.. i like :)


i dah bagi-bagikan tugas..

sementara i buat sarapan... i kerah ler semua gotong-royong... :D

Pak Habibi i suruh dia tukang paku... adalah projek sikit.. :))
Abang Amin i suruh dia tolong habiskan kerja i mengecat almari buruk i tewww... :D
Gambar di atas tu Abang Aemir... mesin rumput... :D dah bersih taman mini i tu.. kalau tak rumput dah sama tinggi dengan buku lali i... :))

Nellysha i suruh dia tolong i sidaikan kain baju.. guna hanger aje... satu bakul kecik! perghhh sejam baru siap!

kisah taman mini i yang dah siap 50% tu nanti i share kat blogs hobi i yaa.. sedang giat dan bersemangat benor ni nak share cerita :))


lepas memasak nanti i share ekk.. gimanalah rupa taman mini i tu awww :D


i buat french toast... garlic french toast..

telur, roti, susu segar, bawang putih hancurkan, sedikit garam dan mentega.
Celup dan panggang atas kuali dah siap!

permintaan Abang Amin.. fav dia :D


fried patato rosemary with chicken hams and parmesan cheese.. :D


scrambled eggs and chicken sosej... walla! Fav Abang Aemir :D


kentang, bawang besar, bawang putih, cili kering, bawang putih, parmesan cheese dan rosemary.

Goreng dulu kentang, then baru masukkan segala perabah. kentang tu tak perlu kupas kulit. dah siap baru taburkan dengan parmesan cheese dan sedikit hirisan daun rosemary. 

Superb!


Scrambled Eggs : telur, susu segar, mentega dan sedikit cracked blackpepper... dah siap!

Sosej tu rebus sekejap dan toskan. Panaskan mentega dan goreng sebentar, taburkan dengan sedikit chilli powder.. dah siap!

Fav Pak Habibi :D


sarapan kami di taman... selepas Abang Aemir siap mesin rumput :D

Dak kerempeng Nellysha tak suka semua tu! so dia cuma makan cereal...

so abang-abang dia tak perlu berebut.. portion nellysha abang-abang dia bedal! peh! :))


Wajah taman mini i sebelum di ubah suai..

sekarang dah ubah 100%

nak tahu macam mana rupe??

sabor.. nanti i share kat blogs hobi i teew k...:)


Selamat bersarapan semua kawan-kawan :D

Selamat menyambung kerja di pejabat tu yaa.. 

jap lagi i nak memasak.. tunggu resipi seterusnya ;)


share sikit ajelah.. rupa taman mini i... sebelum di ubah suai sepenuhnya.. nampak tak tiang kayu yang terpacak tu? hah! tu ler projek yang i suruh Pak Habibi i tolong pakukan.. 

Jumpa lagi!

Assalammualaikum! << jawab dalam hati tak pe.. tak pe... :D

TATA!!


Sunday, September 23, 2012

Bubur Kacang Hijau Durian Musim Lagi!


Assalammualaikum... :)

Tu dia.. bubur kacang hijau durian... :D

Bukan beli tetapi rezeki... semua jiran tetangga i yang ada pokok durian semuanya tak berbuah..

rumah i ehh... boleh pulak ada sepokok yang berbuah... Syukur Alhamdulillah.. rezeki jangan di tolak! :D


macam selalu.. bila durian gugur aje.. i mean durian yang baru gugur pertama...

i mesti akan buat bubur durian.

Buat banyak-banyak naa... hantarkan kerumah jiran dan hantarkan pulak ke Bonda yang nun jauh sana tu :D


pulak cuaca panas aje petang semalam.. kiranya ni menu minum petang semalamlah yaa.. ;)

slurpppp.. waduhh sambil menikmati di kebun mini i kat tepi rumah tu kan....

cecahkan pulak dengan biskut kering... perghhh badan i tak jugak kering! ;))


dalam banyak-banyak pokok dan buah durian..

inilah pokok dan buah durian yang paling i suka.. nama pokok durian tu Printil!

tahu kenapa namanya Printil? sebab buah durian tu kecik-kecik comey-momey..

isinya perghhh kuning macam tembaga! 

rasa???

dah namanya durian... sedap aje! :D

Bubur Kacang Hijau Durian





Sekian... jumpa nanti ;)

Assalammualaikum... 

TATA!!!

Saturday, September 22, 2012

Pais Tenggiri


Assalammualaikum... :)

Cuti hujung minggu tak ke mana-mana ke? :D

line internet tak tahulah kenapa hadoii punyalah lemau... actually awal pagi macam biasa i dah on my PC.

nak login FB punyalah lemau... hmm... malas nak tunggu.. terus ler ke kebun mini i tepi rumah tu... ;)


Project Kebun Mini aka Taman Mini i tepi rumah tu projeknya sedang berjalan sekarang ni.. :)

Wahh.. kemain rajin i kan kan.. entah sampai bilalah agaknya tu.. :D

padahal kerja penulisan i punyalah bertimbun boleh pulak mengerjakan 'Projek Baru' i kat tepi dapur  sana tu hah.. dan sekarang ni pun i dah start share kat blogs hobi i tu... KLIK SINI

Pais Ikan Tenggiri


so macam biasalah kan.. sibuk macam mana pun memasak memang wajib.

So i masak simple aje hari ni. malas nak menumis bagai. 

healthy food kononnya :))

blender... bungkus.. kukus.. dah siap! :D

Pais Ikan Tenggiri 


BAHAN-BAHANNYA :

2 ekor ikan tenggiri *potong 2
beberapa helai daun kunyit *untuk alas
beberapa helai daun pisang *untuk membungkus
lidi untuk menyemat.

BAHAN KISAR :

100 ml air asam jawa
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
15 tangkai cili kering
7 tangkai cili api merah *siam
2 cm belacan
gula pasir
gula melaka
garam

*Bahan-bahan di atas sila kisar sehingga hancur dan ketepikan, sesuaikan rasa. masam, masin dan manis*

BAHAN LAIN :

1 kuntum bunga kantan *hiris
4 tangkai daun kesum *ambil daun dan hiris
2 helai daun kunyit *hiris

*BAHAN LAIN, campurkan bersama *BAHAN KISAR*

**GAULKAN IKAN TENGGIRI BERSAMA BAHAN-BAHAN DI ATAS DAN PERAPKAN SELAMA 30 MINIT*



ambil daun pisang yang telah dilayurkan di atas api.
Alaskan dengan sehelai daun kunyit.
letakkan ikan bersama rempah kisar.
bungkus dan semat dengan lidi.
lakukan sehingga selesai.


kukus selama 25-30 minit atau sehingga ikan masak.

TARRAA!!!

Pais Ikan Tenggiri


simple and easy :D


bau jangan cerita.. perghhh harummmmmm :)


ikan tenggiri tu pulak fresh.. nelayan baru balik dari laut Pak Habibi i borong..
murah pulak tu...

rasanya??? semestinya kena cuba!

Sekian sahaja...

Assalammualaikum..

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ