ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 18, 2011

BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

 
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

SYukur Alhamdulillah... bertemu lagi kita di hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Bersyukur juga kerana dengan limpah dan rahmat DARI YANG MAHA ESA.. dapat lagi i share dengan you all semua, teman-teman yang setia menjengah blogs kesayangan i ini ekk.. Shasha sayang kamu juga, terima kasih bebanyak... hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... Hari ini anak kesayangan yang no 2 tu demam, so buat ler nasi bubur atau ada yang panggil nasi air. I memang ler suka sesangat makan nasi bubur ni ekk.. tapi tak suka makan di luar, sebab dan musababnya... kalau semangkuk nasi bubur tu memang ler cukup ehhh.. ehh.. lauk-pauknya alahaii... memang menitis air mata kalau demam ekk.. sikit bebenau... masak sendiri lagi berbaloi... nak makan apa, tambah apa, ikut selera tekak yer tak... pastu boleh makan berulang-ulang, kalau dah makan berulang-ulang kali tu maknanya demam dan baik ler tu! hehe....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2) 

Kita mulakan dengan BUBUR NASI :
 Bahan-bahannya :
  • 2 pot beras ~ rendam selama 1/2 jam dan cuci bersih. Masak bersama 6 mangkuk air menggunakan sukatan beras yang sama. jika kurang tambah airnya lagi.
  • 1 helai daun pandan campurkan ke dalam beras sehingga tanak
  • bubuh garam jika suka i tak suka so i tak bubuh ekkk
  • sentiasa di kacau. setelah tanak hidangkan panas-panas!
 
 TELUR MASIN :
  • 5 biji telur masin ~ cuci bersih
  • didihkan air dan masukkan telur masin
  • rebus selama 8-10 minit
  • angkat dan rendam dengan air sejuk
  • belah dua dan hidangkan!
 IKAN BILIS GORENG BAWANG :
Bahan-bahannya :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris kasar
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris kasar
  • 7 biji cili padi ~ buang tangkai
  • 4 batang lada hijau ~ hiris kasar
  • 1 inci halia ~ hiris
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan lada hijau
  • masak sehingga bahan-bahan layu
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
IKAN BILIS GORENG KICAP :
Bahan-bahannya :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris kasar
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris kasar
  • 7 biji cili padi ~ buang tangkai
  • 4 batang lada hijau ~ hiris kasar
  • 1 inci halia ~ hiris
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar cuka masakan
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan lada hijau
  • masak sehingga bahan-bahan layu
  • masukkan kicap dan cuka sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
SAMBAL UDANG KERING :
 
 Bahan-bahannya :
  • 300gm udang kering ~ cuci bersih dan rendam bersama air panas mendidih selama 5 minit. toskan
  • 2 batang lada merah
Cara menyediakannya :
  • Tumbukkan lada merah dan udang kering sehingga lumat
  • campurkan sedikit gula
  • sedia di hidang!
 SAWI GORENG SOS TIRAM :

 Bahan-bahannya :
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1/2 biji bawang merah ~ dadu
  • 1 peket baby sawi ~ cuci bersih dan toskan
  • 4 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak bijan
  • 3 biji tomato ceri ~ belah dua
Cara Memasak :
  • Panaskan minyak sedikit di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan bawang sehingga naik bau
  • masukkan buah tomato dan sayur sawi
  • masukkan sos tiram dan kacau rata
  • sesuaikan rasa dan renjiskan dengan minyak bijan
  • angkat dan hidangkan!
SUP AYAM REBUS :

Bahan-bahannya : KISAR KESEMUANYA

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada sulah
Bahan-bahan lain :
  • 4 keping tulang ayam potong kecil
  • 3 biji kentang ~ kerat 4
  • 1 batang karot ~ potong kecil
  • daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renehkan sehingga tulang ayam empuk, kentang empuk dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

 Nampak leceh... tapi mudah YoUuu....
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!

Pstt.... saya baru update blogs yang satu lagi tu... tekan sini >> AKTIVITI PRINCESS NELLYSHA CUTI RAYA CINA!


Thursday, February 17, 2011

POPIAH SENGKUANG DAN KAROT

 
POPIAH SENGKUANG DAN KAROT

Hah! nak mengadu ler ni sikit ekk... gengs kat umah ni memang ler hantu Popiah! kenapa??? entah nak cakap selalu bikin tak jugak.. jawapannya kat kantin sekolah inilah kuih yang selalu mereka beli ekk.. so petang ni i bikinkan untuk gengs di rumah tu hah! suka ko.. terus terang popiah bukan kuih kesukaan i.. biasa-biasa sahaja tu yang jarang buat.. dah gengs suka.. buat ler jugak hehe.. sebab kalau beli di luar bawak balik jerk dah lembik... buat jugaklah best... yer tak.. bukan leceh pun senang seperti ABC!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
POPIAH SENGKUANG DAN KAROT
Bahan-bahan Untuk inti :
  • 1 biji bawang merah ~ dadu
  • 2 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 batang karot ~ hiris nipis dan potong macam batang mancis
  • 1/2 biji sengkuang ~ hiris nipis dan potong macam batang mancis
  • 3 sudu besar udang kering ~ rendam dan toskan
Cara membuat Inti :
  • tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga layu
  • masukkan sengkuang dan karot
  • jangan terlalu lama, sesuaikan rasa
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu
Bahan untuk kulit :
  • 1 peket kulit popiah medium saiz
  • 1 biji kuning telur untuk ~ gam kulit popiah
Langkah terakhir :
  • ambil sekeping kulit popiah dan bubuh sedikit inti dan sapukan dengan telur di tepinya gulung dan lakukan sehingga inti habis
  • panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan
  • angkat dan toskan!
  • sedia untuk di makan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
POPIAH SENGKUANG DAN KAROT
jangan lupa cecahkan dengan kuah sos cili >>> 2 BATANG LADA MERAH, 2 BIJI BAWANG PUTIH, 5 SUDU BESAR SOS CILI DAN SEDIKIT GULA >>> campurkan kesemua bahan dan didihkan di atas dapur. KUAH SOS CILI SIAP DI CECAH! CEWAHHHH!!
 Amacam?? mudah aje kan???
selamat mencuba!!
TATA!!!


BAHULU (VERSI 1)

 
BAHULU (VERSI 1)
Kuih Bahulu.. kuih traditional orang melayu yang paling mudah tetapi kalau silap cara aje memang tak menjadi ekk.. kekadang tu liat, kekadang tu keras, kekadang tu pulak bantat! ehehe.... yang bestnya kuih bahulu ni sukatannya gunakan mangkuk atau cawan, hari ini i share dengan you all BAHULU VERSI 1 guna timbang atau sukatan gm.... dulu..ekk... next time i share lagi bermacam cara membuat kuih bahulu ekk... okay kuih bahulu ni shasha buat sebab anak dara kerempeng i tu memang ler sukakan kuih bahulu... tiap minggu mesti beli, dalam balang tu tak pernah kurang kuih bahulu.. so petang ni i buat sikit jer... sebab... sebab.. satu hari nanti i nak share dengan you all bermacam jenis resipe minum petang dengan hanya menggunakan kuih bahulu... tunggu....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BAHULU (VERSI 1)

Bahan-bahannya :
  • 5 biji telur (suhu bilik)
  • 170gm gula
  • 180gm tepung + 1/2 sudu teh baking powder
  • minyak untuk sapu di atas acuan
  • acuan kuih bahulu
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan untuk lenser acuan bahulu
CARA MENYEDIAKANNYA :
  • Putarkan telur dan gula dengan kelajuan maksimum sehingga putih dan gebu
  • masukkan tepung gandum dan gaul rata
  • panaskan dahulu oven dengan suhu 250'c selama 20 minit bersama acuan bahulu
  • setelah acuan panas, lenserkan dengan sedikit minyak di dalam acuan bahulu
  • bubuh 1 sudu teh/ 1 sudu besar (mengikut saiz acuan) adunan ke dalam acuan
  • masak sehingga bahulu bertukar warna keperangan
  • angkat dengan mencucuk lidi di tepi adunan dan lakukan proses sehingga habis
  • angkat dan hidangkan!
 TENGGG!!! TARRAA!!!!
BAHULU (VERSI 1)
Mudah ajekan.. buat sendiri lebih seronok dan jimat belanja... bila you all dah tahu buat kuih bahulu guna sukatan gm ni lepas ni kita buat macam-macam kuih bahulu ekk.. ekk...
selamat mencuba!!!
TATA!!!




NASI DAGING SECALIT SAYANG

NASI DAGING SECALIT SAYANG

Tuu.. dia... tajuk resipe kali ini bukan sebarangan tajuk ekk.. sengaja kububuh bersempena judul Karyaku yang ke 5 tu bersama BUKU PRIMA ekk... nak tahu lebih lanjut TEKAN SINI>>> SECALIT SAYANG
NASI DAGING SECALIT SAYANG... memang ler mudah, enak dan rasanya macam nasi briyani ekk... kalau dah namanya nasi daging, jangan ler di bubuh daging tu sejoreng aje ekk.. buh ler bebanyak so gengs yang makan tu tak ler makan nasi tak berdaging hehee.. pesanan ni ekk...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
NASI DAGING SECALIT SAYANG

Bahan-bahannya :
  • 3 pot beras basmathi/beras siam ~ rendam selama 2 jam dan cuci bersih ~ toskan
  • 1/2 kg daging segar ~ rebus terlebih dahulu ~ ketepikan airnya untuk nasi dan daging di hiris nipis lebar-lebar
  • 1 sudu besar rempah briyani
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1/2 tin susu cair
  • air rebusan daging
  • 1 helai daun salam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 inci kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 10 tangkai cengkih
  • 3 tangkai daun ketumbar ~ hiris
  • bawang goreng untuk tabur
Cara memasak NASI DAGING SECALIT SAYANG :
  • Panaskan periuk nasi. cairkan mentega dan minyak sapi
  • tumiskan bahan-bahan di hiris dan rempah penumis sehingga naik bau
  • masukkan rempah briyani dan masukkan beras kacau sebentar
  • masukkan air rebusan daging dan susu cair
  • daun salam, sesuaikan rasa dan tanak nasi sehingga masak
  • setelah nasi kering, taburkan daun ketumbar dan tutup sebentar
  • angkat dan hidangkan bersama ACAR MENTAH! (resipe telah di keluarkan sebelum ini)
TENGGG!!! TARRAA!!!
NASI DAGING SECALIT SAYANG
 memang best! jangan lupa daging mesti banyak, tak mo ada yang mengais dan terkais mencari daging ekk...
 lawankan dengan acar mentah! memang lawan yang paling syiok!
 nak tahu sinopsis SECALIT SAYANG 
KARYAKU YANG KE 5>>>
selamat mencuba!!
TATA!!!



ACAR MENTAH (VERSI 1)

 
ACAR MENTAH (VERSI 1)

Wah! cewah.. cewah! Acar mentah ni bukan sebarangan ekk.. udah ler mudah nak di bikin.. main pakai potong, hiris pastu campurkan aje.. ala-ala salad melayu kita ler ni hee...ada bermacam-macam cara dan jenis acar mentah... so hari ini i buat salah satu darinya sebab tu i buh nama resipe ACAR MENTAH (VERSI 1) bermakna.... ada ler tu nanti VERSI 2, 3, 4, 5 dan seterusnya... semestinya akan ku kongsikan buat semua teman-teman yang setia singgah di blogs kesayanganku ini.. terima kasih ya...:):) cayang awak semua.. muahh.. ciuman di angin lalu ini hanya untuk kaum HAWA sahaja ehhe...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ACAR MENTAH (VERSI 1)

Bahan-bahannya :
  • 1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1 batang lada hijau ~ hiris
  • 1 batang timun ~ hiris (ikut suka)
  • 1 biji nenas ~ hiris (ikut suka)
  • 3 biji limau kasturi/sambal ~ ambil jusnya (gantikan cuka jika suka)
  • garam dan gula
Cara menyediakan :
  • gaulkan semua bahan-bahan yang di hiris (di atas) sehingga sebati
  • perahkan jus limau kasturi
  • sesuaikan rasa garam dan gula
  • simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
ACAR MENTAH (VERSI 1)
 Amacam??? mudah aje kan... kalau gas habis tak boleh nak menumis... hah! buat aje ler cenggitu ekk.. hehe
Acar ini memang sesuai di makan bersama nasi berlauk atau bertumis... HARI INI SAYA MASAK NASI DAGING SECALIT SAYANG...memang padanan yang sesuai sekali! NAMA RESIPE NASI DAGING SECALIT SAYANG >>>(bersempena judul KARYA SAYA YANG KE 5 nak tahu lebih lanjut tentang penulisan dan karyaku TEKAN SINI  memang padanan yang sesuai sekali!
selamat mencuba!!
TATA!!!



TIPS UNTUK RAJIN BUAT KEK DAN BISKUT (PART 1)

 
TIPS UNTUK RAJIN BUAT KEK DAN BISKUT (PART 1)

Tu dia.. tips kali ini aje memang ler tips yang paling mudah namun ramai yang tidak menghiraukannya... PENIMBANG! amboi... amboi... cewahh.. cewahh... cewah.... membeli ler buku resipe macam nak rak! menyalin ler resipe kek dan biskut kat dalam majalah, buku resipe, rancangan memasak di TV atau dari teman-teman.. tak pun masuk blogs My KitcHEn My ResIpE My CooKING.. tetiba dah salin.... terus simpan nota tu hehe.. dalam hati cakap cenggini... 'TAK ADA TIMBANG LAA... NANTI AJELAH..' hah! tu dia... pastu berkepuk-kepuk sampai naik berlapuk! resipe yang kita simpan ekk... tak mo cenggitu... setiap hari harus ada perubahan ekk....

dulu-dulu.. dulu laa.. masa zaman kekanak.... tak de penimbang... tapi nak jugak cuba memasak kek atau biskut... timbang tak de! main pakai anggor aje.. hah! nak ko sekali jadik! resipe yang di salin untuk 1 buku kek! apasal i buat jadi lempeng!!!!! hahaa.. okay.... kepada yang suka mencuba resipe... tak kiralah apa jua resipe... WAJIB ADA PENIMBANG! bukan mahal sangat pun... murah aje yangggg aii.. zaman sekarang orang tak guna cawan lagi dah... kalau ada pun terhad sahaja.. resipe lelama.... itu pun sukatan cawan kita tak sama dengan tuan empunya resipe.. mana tahu yang bagi resipe tu guna cawan MUG??? kita guna cawan kemetot! renung-renungkan....

JOM!! TENGOK JENIS PENIMBANG!!!!
Gambar di atas tu penimbang DIGITAL... memang tepat... tetapi kekadang tu ehhh.. ehh.. di buat hal jugak! harga dah ler mahal.... tapi cantik hehee.. i like.. so i beli oke.... setakat ni okey i masak kek tak jadi lempeng lagi dah!

Yang ini penimbang biasa... banyak terdapat di pasaran... i ada 3!!! hehe... sebab i suka macam-macam kaler yang menarik... lagi pun bila ada banyak penimbang tu nanti.. makin rajin ler i menimbang!!! hahhaa... pastu memacam ler kuih-muih yang i masak yer tak... mula-mula cuba tak menjadi... sukatan tak betullah tu... buat lagi dan lagi dan lagi.. lelama mesti jadi!! hah! tetiba terus rajin nak buat kek dan biskut yer tak...

Tips untuk penimbang tahan lama, tak kiralah jenis murah atau mahal. selepas guna tu lap dengan kain lembap, pastu simpan elok-elok di tempat khas untuk penimbang. Jangan di timpa dengan barang-barang di atas penimbang tu oke.. takut nanti bacaannya lari. DAN TOLONG JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA DENGAN TIMBANG YANG SECOMEL IDAK TU OKE! (***psst... dulu masa kecik-kecik i suka timbang anak kucing i atas penimbang my bonda! haha... pastu jahanam penimbang tu!) ***SILA JANGAN IKUT PEEL DALAM KURUNGAN TU EKK... HEHEE....

So kengkawan... mulai dari sekarang pergi ler cari penimbang tu ekk..anggaplah 1 DAPUR 1 PENIMBANG! 2 DAPUR PUN 1 PENIMBANG! HEHE.. jangan ko beli penimbang buah udah! kang bila ko sukat 100gm... tak bergerak jarum timbang tu hahaa.. okay setakat ini sahaja.. nanti i share lagi tips oke... sekadar berkongsi sahaja.. 
PSSTT.... pastu kalau dah ada penimbang kuih tu.. dah rajin membuat kek dan biskut.... jangan lupa beli plak penimbang tu... tu.. tu.... hehee... renung-renungkan!


TATA!!!

Wednesday, February 16, 2011

SAMBAL JERING POWER

 
SAMBAL JERING POWER
Ewahh.. cewahh.. cewah... tajuk mesti ganas sikit dek kerana bebahan dalam sambal kali ini aje memang ler power ekk.. mau taknya.. cili padi dan jering pergHHhhh.. i tell you memang ler lawanan yang paling MANTOP!!! bau jangan cerita ekk.. udah ler tu usah di bincangkan lagi...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL JERING POWER

 Bahan-bahan yang di perlukan :
  •  6 biji jering muda ~ potong dadu tak perlu buang kulit lembut itulah yang paling banyak khasiat walaupun pahit ekk.. ekk...
  • 5 batang cili padi
  • 2 batang lada merah
  • segenggam ikan bilis
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
Cara Menyediakan :
  • Panaskan sedikit minyak
  • gorengkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali jering
  • angkat dan toskan
  • tumbuk bahan-bahan di goreng sehingga lumat sesuaikan rasa
  • masukkan jering dan tumbuk renyah
  • hidangkan!!!
TENGG!!! TARRAA!!
SAMBAL JERING POWER
  Amacam??? mudah aje kan?? lawankan dengan nasi goreng. Waduhh.. waduhhh.. malas nak cerita panjang lagik! gi cari jering dulu ekk.. sebab esok lusa more resipe for Jering!!! yehaaa... selamat mencuba!!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

NASI GORENG DAGING & KOBIS

 
NASI GORENG DAGING & KOBIS

Malam ni masak simple aje... 7 in 1 hehee... bawang merah, bawang putih, serai, cili kisar, daging, kobis, tomato untuk hiasan hehee... tak ke 7 in 1 tu namanya... saje jer mengader ekk... nasi goreng daging aje memang ler fav gengs di rumah ni ekk... agaknya kalau di masakkan nasi goreng daging tiap hari pun tak per agaknya.... dah tu selang sehari... mesti ada mulot yang berbunyi... "Bestnya kalau memalam cenggini dapat makan nasi goreng daging!" huh! yer ler tuu.. anggornya tak jemu agaknya ekk.. hah! malam ni kugorengkan Nasi Goreng Daging dan Kobis... sambil mengunyah nasi tu.. ulamkan kobis yang tercekah idah tu hehe...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
NASI GORENG DAGING & KOBIS
Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 batang serai muda ~ hiris
  • 5 sudu besar cili kisar + 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1/2 biji kobis (kecil) ~ hiris
  • 300gm daging ~ telah di rebus terlebih dahulu hiris
  • nasi putih 5 mangkuk ~ sejukkan
  • daun bawang dan daun sadri hiris
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit serbuk lada hitam
  • bawang goreng untuk hiasan & daun sadri

Cara Memasak :
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, serai, bawang putih, cili kisar dan daging sehingga naik bau
  • masukkan nasi, sayur kobis, daun bawang dan daun sadri gaul rata
  • sesuaikan rasa renjiskan minyak bijan dan serbuk lada hitam
  • angkat dan hidangkan!!!
TENGGG!! TARRRAAA!!!!
NASI GORENG DAGING & KOBIS
 YUMMYYY!!!
 MESTI CUBA TAUU....
 SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ