ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, July 29, 2012

CMOCCL.... Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey, Ya, Giteew


CMOCCL.... Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey, Ya, Giteew :D Ya, begiteewlah nama tajuk resipi kek berbuka i semalam petang bersamaan 28hb Julai 2012 Ramadan yang ke~8 ya giteew... :)


Minta maaf semalam tak dapat nak share resipi berbuka Ramadan yang ke~8 sebab sebelah petang banyak urusan, sebelah malamnya pulak keluar bersiaran bersama keluarga :))


CMOCCL....
 Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey


Sangat Gebu.. Dan Sangat Moist...

CMOCCL....
 Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey



BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

200 mentega
200 gm gula kastor
5 sudu besar susu pekat
sedikit garam
1 sudu besar paste oren
6 biji telur

BAHAN B : *AYAK BERSAMA

260 gm tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/4 soda bikarbonat

BAHAN C :

40gm serbuk koko *van hauten

CARA :

Putarkan *BAHAN-BAHAN A* sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit *BAHAN-BAHAN B* dan putar lagi sehingga sebati

kemudian

Bahagikan kepada 2 bahagian :

BAHAGIAN 1 *adunan lebih sedikit*
BAHAGIAN 2 *campurkan dengan BAHAN C*serbuk koko dan kacau sebati*

Panaskan ketuhar terlebih dahulu dengan suhu 150'C selama 10 minit.


yang comey lotey...


baki dalam loyang roti

Kemudian masukkan adunan *berpandukan gambar di atas secara berselang-seli dan lakukan sehingga selesai.
Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit,
setelah masak, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

CMOCCL....
 Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey




Baunya... waduhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


tekstur halus dan gebusss.. :)

CMOCCL....
 Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey



yang comey lotey i buat hidangan pemanis waktu berbuka..;)


dan yang ini khas ku buat dan bakal ku hantar ke rumah Bonda dan Ibu mertua kesayangan :D


yang comey lotey dapat 12 biji... Nellysha makan aje 4 buku! :D


Sekian sahaja... menu dan resipi kali ini... :D
selamat mencuba!!


Resipi Nasi Ayam Pandan.. nanti i share yaa..:)

sekian terima kasih...:)


____________________________________________________________________________________________________________

BERITA KUIZ SOALAN TERKUMPUL

*RALAT* 

*RALAT*

*RALAT*

*MAAF*

*MAAF*

*MAAF*



*MAAF BUAT SEMUA PESERTA YANG TELAH MENGHANTAR JAWAPAN SOALAN KUIZ TERKUMPUL, SETELAH SHAHRIAH PERIKSA DI DALAM KOTAK KOMEN IN BOX, DI MANA ANDA SEMUA WAJIB MENGISI JAWAPAN DI SITU..


TETAPI


SETELAH DI PERIKSA..

JAWAPAN BAGI SEMUA SOALAN KUIZ TERKUMPUL ITU..

TIDAK KELUAR DENGAN SEPENUHNYA..

MAKA DENGAN ITU... 

SILA ISI SEMULA JAWAPAN ANDA

DI DALAM...

KOTAK MESSAGES DI FACE BOOK SHAHRIAH..

ISI BORANG... KLIK DI BAWAH>>>

YA, DI BAWAH ITU...


*RALAT*

MINTA MAAF :-D

SEKIAN HARAP MAKLUM

Sebarang soalan turunkan disini..

JAWAPAN DI KOTAK MESSAGE

FACEBOOK/FAN PAGE SHAHRIAH..

CONTOH MELETAKKAN JAWAPAN DI DALAM KOTAK IN BOX DI FACEBOOK :

*SEBELUM NAK LETAK JAWAPAN, SILA LETAK DULU*

Sila letak Nama Penuh, Alamat, No Hp Dan Alamat Blogs *maaf terpaksa letak sekali lagi, memudahkan i untuk cek jawapan nanti, tq* 

CONTOH :

 Shahriah Abdullah, http://shahriahnovelis.blogspot.com,
 No Hp:013222222222, No 3 Jalan Pemaisuri Johor Baharu*Alamat penuh ya*

DAN BARULAH JAWAPAN SOALAN KUIZ :

SOALAN KUIZ NO 1 : Ayam, Itik, Kambing, Kerbau, Cicak, Unta

SOALAN KUIZ NO 2 : Rambut, Mata, Kaki, Tangan, Gigi :-D

SOALAN KUIZ NO 3 : Cincin, Rantai, Subang, Berlian

SOALAN KUIZ NO 4 : I, LOVE, YOU :-D

dan seterusnya sehingga soalan kuiz terkumpul 1-25

PERINGATAN!!!!

  1. SILA PERIKSA MAKLUMAT PERIBADI LENGKAP ATAU TIDAK.
  2. SETIAP JAWAPAN SEMUANYA KEMAS DAN TEPAT.
  3. EJAAN KENA BETUL DAN TEPAT.
  4. JAWAPAN DAN SOALAN JANGAN MELOMPAT-LOMPAT SILA IKUT SUSUNAN.
  5. SETELAH PERIKSA SEMUANYA OK DAN TEPAT...
  6. BARULAH TEKAN 'PUBLISH' *DAN JAWAPAN KUIZ ANDA TIDAK AKAN DI PAPARKAN*

*DAN SELEPAS ITU PERGILAH KEMANA-MANA PUN SEHINGGALAH ANDA SEMUA AKAN MENERIMA HADIAH ANDA DI HADAPAN PINTU* SUSPEN KAN!!! :-D

*PEMENANG TIDAK AKAN DI UMUMKAN, SEHINGGALAH ANDA SEMUA YANG AKAN UMUMKAN SENDIRI DI BLOGS, APAKAH HADIAH YANG BAKAL ANDA TERIMA NANTI, YA." <<--YANG NI i YANG SUSPEN 

*SELESAI SEMUA NANTI.. BARULAH SHAHRIAH AKAN PAPARKAN DI BLOGS.. KENAPA ANDA MENJADI PEMENANG 1-10 DAN SAGUHATI*

*KESEMUA PENYERTAAN DI AMBIL KIRA, DARI PENYUMBANG TRAFIK, PALING KERAP MASUKKAN N3 DI BLOGS, SOALAN PALING TEPAT DAN... KARANGAN PALING TERBAIK.. <<---UNTUK KARANGAN MARKAH PENUH 20/20 <img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/><<---SEMPAT LAGI NAK BUAT KARANGAN YANG BEST HEHEE.. WALAUPUN ADA YANG TERBEST i BACA SETAKAT INI <img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/>*

SEKIAN SAHAJA..
TUNGGU INFO SETERUSNYA.. 
SEKARANG APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN.. HANYA ISI JAWAPAN KUIZ TERKUMPUL ANDA DI BAWAH KOTAK KOMEN DI BAWAH INI.. DAN BUKAN DI KOTAK KOMEN LAIN.. DI ULANG SEKALI LAGI.. JAWAPAN KUIZ TERKUMPUL.. HANYA DI KOTAK KOMEN INI SAHAJA...



**SILA IN BOX JAWAPAN KUIZ TERKUMPUL 1-25 DI DALAM KOTAK MESSAGE FAN PAGE SHAHRIAH YAA.. DAN BUKAN DI DALAM BLOGS**




Assalammualaikum..

TATA!!!



TERIMA KASIH

ASSALAMMUALAIKUM..



Saturday, July 28, 2012

Menu Berbuka Dan Tips Di dapur


Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke 8 hari ini kita berpuasa.. cepat benar masa berlalu.. sayu jugak bila di kenang-kenangkan... Kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang hanya setahun sekali... hmm.. tak naklah fikir nanti nangis :D batal puasa pulak ;))

Okay menu berbuka puasa i hari ini tetap ringkas.. cadang nak berbuka puasa di luar bersama anak-anak.. tiba-tiba Pak Habibi SMS cakap petang nanti lepas dia pulang dari opis dia nak mengerjakan seluruh ceruk kat dalam rumah ni hah! Wahh mentang-mentang anak-anak bujang dia cukup hari ni :D manjang bergotong-royonglah jawabnya ni nanti. Malamlah agaknya nanti Supper di luar sana.. selepas selesai urusan wajib... :)

Hadoii... dengar cerita Pak Habibi nak menghumban sofa kat depan tv tu hah! perghhh... sayang masih elok sofa tu tau.. nak bagi jiran, jiran pun dah tak muat ruang mana nak di letak kan sofa yang besar gedabak tu hah!
Nantilah... i pun sedang terfikir-fikir macam mana nak ku selamatkan sofa lama tetapi masih nampak baru itewww :D Pak Habibi kalau dah cakap 'HUMBAN' hmm.. jawab ler... ko sofa aii... :(

Okay Menu Berbuka i Ramadan ke 8 :)

  1. Nasi Ayam Pandan :D
  2. Ayam Masak Merah :D
  3. Ulaman salad dan Timun :D
  4. Kek Marble Comey Lotey :D 

*Simple aje tu kan.. sebab malam nak keluar... masak simple kalau berat sangat nanti jalan cepat mengah :)) Macam biasalahkan masak awal dan semestinya i akan share resipi dan gambar untuk semua.*

Tips & Petua

Kemas Meja Berbuka


Ya, nampak tak gambar pinggan, siap berbunga, mug dan beralas tu.. ya, itu adalah hasil kerja dak kerempeng my beloved daughter Nellysha.. tiap petang jam 6:30 beberapa minit sebelum waktu berbuka.. itulah tugas dia.. tolong susun pinggan, cawan di atas meja untuk berbuka.. :D usia 9 tahun bolehlah bantu i di dapur sikit-sikit.. dulu i sembilan tahun dah kena kacau kuah lodeh tepi dapur minyak tanah! hokey! :)) pastu dia kalau geram dengan Abang dia Aemir tu.. sengaja dia buh tempat Abang Aemir.. jauh naa... hujung sekali meja muahahaaa :)) dengan alasan bila nak ambil lauk nak kena berdiri :)) gasak ler nak aii...

Jering Tua Mudah Kupas Dan Ranggup


Siapa kat sini suka makan jering??
 angkat siku! Wahhh ramainyaa..... :D
Okay petua kali ini ringkas sahaja. Jika anda terbeli jering tua yang dah ganyut, kalau di gigit gigi tu boleh bergoyang sama :)) dah tu kulit arinya tu susah nak di kupas.. melekat perghhh.. macam di gam!  haaah.. jangan khuatir...mudah sahaja petuanya yaa.. lihat gambar di atas tu hah.. jering muda adalah dalam 3-4 ketol selebihnya jering tua.. so macam ni.. mula-mula sekali kupas kulit jering itu.. selepas itu potonglah ikut suka anda.. tak potong pun tak mengapa yaa.. selepas itu.. ambil mangkuk dan masukkan jering dan rendamkan jering dengan air paip. Ketepikan dalam setengah jam... biasanya i bubuh dalam peti sejuk.. bila nak makan.. waduhhhhhhhhhhhhhhh bukan sahaja kulit ari tu dah terkupas sendiri.. jering tua tu pun perghhh bukan main rangup lagi youUuuUuuu... ya.. giteewww... selamat beramal! <<tetiba :D


Sekian sahaja perkongsian hari ini.. jumpa petang nanti.. Insya~ALLAH... :)


Untuk peserta Kuiz soalan terkumpul...

Berita baik!!!

Soalan 1-30 telah di paparkan..


Assalammualaikum...

TATA!!

Friday, July 27, 2012

Hidangan Berbuka Puasa 27hb Julai 2012


Assalammualaikum, :) 
Minta maaflah ya, bukak-bukak aje terus tersergam indah Sambal Belacan awww :D
Itu antara menu berbuka puasa i Ramadan yang Ke~7
i masak simple aje... tapi cukup menggiurkan cecewahh...;))
i masak awal.. sebab daging@tetel perlu di rebus lama agar empuk.. dan selebihnya i masak baru aje sekejap tadi.. sejam sebelum berbuka puasa.. lepas tu i dah boleh buat kerja lain.
Kalau sejuk??? microwavekan ada... ya gitewww..:D

**Gambar di bawah itu adalah hidangan yang i hantar kerumah jiran juga awal ku hantar..:)**

Jom! tengok i masak apa?

Sup Tetel Lembu@Daging Bersama Lelemak :D


lama ku rebus daging dan ada tetel di celah-celah daging itu..
sehingga benar-benar empuk.. ala-ala melting in my mouth gitewww :D


buh kentang bebanyak, karot potong besar-besar ala tersengkang tetapi lembut bila di kunyah :D
dan jangan lupa taburkan daun sadri bebanyak dan bawang goreng di atasnya..
waduhhhhhh ;)


sambal cili kicap jangan lupa tau! :D


Untuk resipi sup ini...



tu dia ikan merah goreng yang di selimuti hirisan bawang dan jangan lupa.. limau kasturi perah di atasnya..


makan dengan nasi pepanas..
 waduhhhh waduhhhh... duhhh duhh... :))


dan juga sambal belacan, limau kasturi dan ulam timun.. perghh..
mau tak bertambah nasi :D

Pencuci Mulut Istimewa :D


Puding sago aka Puding Sagu Biji...
apa yang istimewanya tu???


i gantikan kuah gula melaka dengan Pancake Syrup yang cukup enak!

CARA MEMBUAT KUAH :

1 cawan Pancake Syrup
1/2 cawan air
2 sudu besar gula pasir

Campurkan kesemua bahan-bahan dan masak sehingga gula larut, sentiasa di kacau



rasanya lebih enak dan baunya lebih harum... :)


ini kuah santan pekat yang di campurkan dengan sedikit garam
masak sebentar di atas api.. simpan di dalam chiller.. dah siap!

PUDING SAGO ISTIMEWA


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan sagu biji
5 1/2 cawan air
1 helai daun pandan *simpul
1 sudu besar pandan paste

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan sentiasa di kacau sehingga sagu biji larut dan sila lihat gambar di atas.
i sukakan sagu yang ada putih-putihnya tu nanti bila masuk mulut tergigit-gigit waduhhh...

Wahh.. sambung :D

Selepas itu bolehlah di masukkan di dalam acuan dan setkan di dalam chiller... setelah sejuk bolehlah dihidangkan bersama kuah gula dan santan!

TARAAA!!!

PUDING SAGO ISTIMEWA


Bau harum, lembut, makan ketika sejuk...Slurrrppp giteewww :D


dapat juga hantarkan ke rumah jiran..:)


sekian sahaja hidangan berbuka puasa ke 7  i sekeluarga..:)

selamat berpuasa dan selamat berbuka ya.. kawan-kawan :D


:


:


:

:

:
BERSEDIA SOALAN KUIZ YANG KE~25???

:

:


:

:

:


Yang mana tak nampak tu.. ehehhee.. sila tanya sedara-mara atau keluarga..;))

Sekian sahaja..

Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ