ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, November 25, 2010

SiMple PancAKe On SUnday

SimPLe PanCakE On SUnday
Bahan-bahan yang di perlukan:
  1. Tepung gandum 4 Cawan + 1 sudu kecil baking powder
  2. 1/2 Cawan gula pasir
  3. 3 Biji telur
  4. 1 gelas susu segar (tambahkan lagi jika adunan terlalu pekat)
  5. Secubit garam
  6. Sedikit mentega untuk di lengser atas kuali non-stick























Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Bancuhkan perlahan-lahan sehingga larut dan tidak bergentel. Jika bergentel bolehlah di tapis. Keadaan batter atau adunan hendaklah pekat dan tidak telalu cair. Sesuaikan rasa, tambah gula sekiranya tawar.

  1. Panaskan kuali. Lengserkan sedikit mentega. Pastikan api sederhana sahaja.
  2. Tuangkan satu senduk batter/adunan ke dalam kuali. Ikut sukatan atau saiz yang anda suka.
  3. Balik-balikkan Pancake. Sehingga kedua-dua belah bahagian berwarna keperangan.
  4. Angkat dan hidangkan bersama jam strawberry, jam aprikot, madu, mapple syrup atau ikut suka anda.
Tarraa!!!! dah pun siap!!! Very Simple Pancake On Sunday Morning!... mesti cuba, rasanya memang enak, lemak, berkhasiat dan semestinya keluarga anda suka! selamat mencuba!... ~shahriah abdullah novelis~

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ