ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 22, 2011

ROTI MANIS KELEDEK

  
ROTI MANIS KELEDEK 
(minum petang bersama Gengs Bonda di meja batu 
22 hb Februari 2011)

Menu minum petang untuk gengs meja batu Bonda... al maklumlah bila Bonda ada di rumah ni... ada sahajalah aktiviti di meja batu tu ekk... kalau tak sunyi aje... selalunya Bonda round ke rumah anak-anaknya yang lain so bila Bonda ada di kampung ni.. hah! masa tu lah ahli-ahli meja batu akan datang bertandang... i pun suka ekk.. tak ler dok berkurung dalam mini office i ni... seronok bersembang dengan gengs Bonda yang makan garam lebih dulu dari i hehee... so petang tadi i buat spesel sikit ekk.. al maklumlah gengs meja batu Bonda tu semuanya 'WARGA EMAS' so menu minum petang tak ler boleh yang keras-keras ekk.. lembut dan kalau kejung pun roti tu boleh celup dalam air kopi O... dah settle! hehe.... kang i sambung citer ekk.. 

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
ROTI MANIS KELEDEK
Bahan-bahannya :
  • 1 kg tepung roti + 1 sudu teh baking powder
  • 50gm mentega
  • 1 peket yis kering
  • 2 biji kuning telur
  • 200gm gula pasir
  • 1/2 tin susu cair 
  • 350gm keledek manis ~ rebus dan lecek sehingga hancur
  • sedikit garam
  • acuan / cup cakes
 Cara Menyediakannya :
  • campurkan tepung yis, gula, garam dan gula. gaul rata
  • lubang kan di tengah masukkan telur dan susu cair + air + masukkan keledek yang telah di hancurkan
  • uli dan gaul rata bersama mentega. adunan tidak terlalu kental dan cair..(lembik) sedang-sedang aje ekkk
  • perapkan selama sejam atau adunan naik dua kali ganda
  • masukkan ke dalam acuan yang telah di lengserkan dengan mentega atau minyak
  • sapukan diatasnya dengan kuning telur 
  • bakar dengan suhu 170'C selama 15-20 minit 
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
ROTI MANIS KELEDEK

RASANYA.... LEMAK, MANIS DAN LEMBUT AJE EKK...
Cicahkan dengan kuah kari semalam atau sambal tumis semalam memang best!!! selamat mencuba!!
 TU DIA MENU MINUM PETANG UNTUK HIDANGAN GENGS MEJA BATU BONDA... DAN SEBAHAGIANNYA DARI HASIL MASAKAN GENGS2 BONDA...:):) MACEHH GENGS2 MEJA BATU..:):)
Hah! tu dia gengs meja batu.... menikmati minum petang sambil bersembang kisah dulu-dulu... i like..:):)
TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ