ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 4, 2011

SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG

SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
wAH! WAH! Cewah! cewah!! tu dia... tertunduk-tunduk tu memetik sayur petola i yang bergayut kat pokok tu ekk... terus ler menyayur! segor dan semestinya tiada racun serangga! seronok ko! mau taknya.. beli benih dan tukang buat batas dan tanam si neng naya my assistant tu... tetapi bahagian memetik i punya kerja! hehe.. teruja betul! pulak cuaca cantik pagi tadi terang aje matahari membakar ke bumi... wah! terus ler dapat idea... beningkan aje! simple aje masakan untuk petola dan kacang panjang yang segar tu ekk.. kuahnya pun manis aje gituh! tidak rugi berbudi kepada tanah! pasti hasilnya cukup best!
TENGG!!! TARRAA!!!
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
Bahan-bahannya :
  • 2 batang petola muda dan segar
  • 1 biji bawang merah
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 helai daun kunyit
  • **tumbuk hancur bawang merah, ikan bilis dan lada hitam
Cara Memasak :
  • masukkan bahan-bahan yang di tumbuk ke dalam periuk bersama 5 gelas air
  • didihkan kuah
  • masukkan sayur petola dan kacang panjang dan juga daun kunyit yang telah di siat kecil
  • sesuaikan rasa
  • setelah sayur bertukar warna angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
 Amacam? mudah aje kan.. jangan lupa gorengkan ikan masin dan juga sambal belacan!
aje memang menjalar aje ler selepas makan ekk..
menu tengahari tadi! ikan masin jangan lupa tau!
TATA!!
 



Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ