ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, April 1, 2011

MENU DIET ~ PUCUK PAKU GORENG TOMATO

MENU DIET ~ 
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
Kan i dah kata.. siapa cakap berdiet masakannya terhad dan hambor aje rasanya??? kita yang berdiet tu kenalah kawal aje pengambilan makanan tu jerk.. nasi tu sahaja yang korang kurangkan.. sayur atau buah-buahan tu penuhkan dalam pinggan.. dan sekarang ni... bermula sejak semalam.. i cuma ambil nasi 2 sudu besar sahaja.. tu pun tak penuh.. tapi lauk yang i ratah memang penuh! Masyallah! dahsyat! hebat pun yer jugak muahaa... akhirnya perlahan-lahan berjaya jugak i mengawal nafsu terhadap nasi.. hari ni i try nak ambil satu sudu nasi jerk tau... tapi sayur pucuk paku yang yummy tu i nak makan sorang! yang lain tengok jerk yeek.. haha.. okaylah macam biasa.. kurangkan minyak semasa menumis dan tukarkan kepada minyak jagung atau zaitun.. kedua-dua minyak tu i ada.. tapi hari ni i guna minyak jagung sebab minyak zaitun mahal! nanti nak beli bengkung tak cukup duit! muahahaa...

JOM!! SALIN RESIPE!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO

1 ikat pucuk paku ~ siang dan cuci bersih
1 biji buah tomato ~ potong baji
1 sudu minyak jagung

Bahan-bahan kisar :

1 biji bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih * i pencinta bawang putih kerana khasiatnya*
sedikit halia
1 sudu besar ikan bilis
3 tangkai cili kering

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan minyak, kecilkan api dan tumiskan bahan sehingga garing *api kecil kerana masakan kurang minyak mudah hangit dan rempah mentah jika api besar*
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga garing atau kering sedikit
masukkan buah tomato, sesuaikan rasa
masukkan sayur pucuk paku, gaul rata angkat dan hidangkan!

TENGG!! TARRAA!!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
*INGAT KURANGKAN NASI... LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN.. perlahan-lahan anda akan mulai menyintai lauk dan bukan nasi.. ~wallahualam~

 KISAH BIG MOMMA.. DAH MASUK KE PART 6.... >>> TERLALU HAPPY! TERIMA KASIH ALLAH...:)

TATA!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ