MENU DIET ~
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Wahhhh.. semenjak berdiet ni.. manjang rebus! kukus! aje memangku suka! bebenau tau tak kengkawan semua.. kerana awet muda muahaha.. masa memasak begitu singkat sekali sehinggakan i boleh membuat pelbagai urusan lain... dah ler enak... sihat pulak tu! lepas ni dah boleh pakai sarung kaki tanpa koyak di hujung jari muahaha.. *PENGSAN* okay hari ni i kukuskan aje ikan kembung batu tu ekk. tengah murah di pasar sekarang ni tau.. dan ikan kembung adalah salah satu ikan yang paling enak di kukus! YUMMYYY!! ingat kepada yang follow i berdiet ni.. makan ler berapa ekor pun ikan kembung tu... dan nasi tolong jangan ko selang selikan masa menyuap ikan kukus yang steam aje rasanya tu muahahaa.... say bye! bye! to nasi... bukan ler tak boleh makan terus.. tetapi pengambilan yang sedikit sahaja. oke.. i dah start dapat mengawal nafsu nasi.. dengan hanya mengambil 2 sudu besar nasi sahaja. dan hari ni i nak try ambil 1 sudu besar nasi sahaja.. alahaii.. jangan ler meraung... setiap pengorbanan pasti akan membuahkan hasil yang luar biasa oke.. sabar yer... makan buah tu bebanyak tau!
JOM!! SALIN RESIPE!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
6 ekor ikan kembung batu ~ cuci bersih
3 inci halia ~ hiris batang mancis
6 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang daun bawang ~ hiris
serbuk lada putih
minyak bijan
seasoning *sha guna jenama maggie*
limau kasturi untuk perahan di atasnya sewaktu makan nanti
Cara mengukus :
susun ikan di dalam pinggan
renjiskan serbuk lada sulah, minyak bijan, seasoning
taburkan halia dan bawang putih
daun bawang *separuh*
kukus selama 7-10 minit atau sehingga ikan masak
TENGG!! TARRRAAA!!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Enak bangat dong!!! jangan lupa cicahkan dengan tu.. tu....
HALIA DI TUMBUK BERSAMA BAWANG PUTIH, LADA HITAM DAN SEDIKIT CUKA... aduhaii.. memang syiok!!! must try oke.. ingat makan dan ratahlah seberapa banyak ikan yang you all nak! dan cuba lupakan sang nasi! memang berbaloi pengorbanan you all tu nanti... just wait and see...:):)
TATA!!!
No comments:
Post a Comment