ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, March 14, 2011

SUPPER SPECIAL ~ OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE


OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE

Muahahaa... wah.. wahh.. cewahh.. ewahh.. kelihatan dan kedengaran seperti diet giteww kan... jangan mudah terpedaya dek kerana nama... makan pun dah malam kala.. maka namanya bukan ler berdiet tetepi mengunyah tanpa henti heee.. tu dia mukadimah di malam hari ini ekk.. maklum ler musim cuti sekolah macam ni.. gengs di rumah ni manjang nak mengunyah aje ekk.. hujan pulak tu.. perut minta di belai.. semua takde selera nak makan nasi... so i buatkan aje roti sesimple idak ekk... namun rasanya... aduhhh.. duhh.. duhhh.. duhh... kalau makan di Starbuck dah RM berapa dah ekk.. buat aje sendiri... selepas makan belengkauuuUUuu....:):):)

Jom!!! Salin resipe!!!
OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE


Bahan-bahan yang di perlukan :

  • Beberapa keping roti oat meal ( i beli di bread talk~rotinya sedap dan enak)
  • buah tomato ~ hiris (jangan terlalu nipis)
  • butter salad (ada di pasaraya, rasanya lebih enak dan lemak jika di bandingkan dengan salad biasa)
  • telur ayam + cheddar cheese + serbuk lada hitam (kasar) ~ bancuhkan telur + cheddar cheese + lada hitam dan lengserkan sedikit mentega dan buat seperti telur dadar. Lipat telur menjadi segi empat sama.
  • sos cili/sos tomato
  • sos thausand island / mayonise ~ ikut suka

Cara menyediakan :

Ambil sekeping roti dan Lapiskan butter salad, tomato dan telur dadar, sos cili / sos tomato dan sos thausand island / mayonise tangkupkan dengan roti sekeping lagi. 
SEDIA UNTUK DI KUNYAH!!

TENGG!! TARRAA!!!
OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE
Di bakar pun sedap, makan begitu sahaja pun sedap!
Khasiat roti Oat Meals tu jangan ler kita pertikatkan lagi yer tak....
Tiba bab telur dan cheese dan segala macam sos tu.... ahah! berat naik ke turun tu???? udah ler yang penting... sebelum makan baca Bismillah dan baca doa makan... sebelum tidur jangan lupa gosok gigi oke! Syukur Alhamdulillah...:):)

SELAMAT BER SUPPER!!!

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ