ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, March 14, 2011

SUP REBUS TETEL LEMBU

 
SUP TETEL LEMBU

Uwahahaa.... adakah kerana tiada beridea lagi ko shasha??? uish idak ler.. bukan kerana tidak beridea tetapi kerana isi di dalam perut esbok ku itu yang udah susut isi di dalamnya haha.. baru balik dari menghantar bonda di Melaka.. sengaja tak ku penuhkan isi di dalam peti sejuk tu ekk.. maka memasak ler apa yang ada.. walaupun hanya dengan tetel lembu.... tat kala ingin memasak tadi berbagai menu yang di rancang.. nak masak kari tetel ler... nak masak mee rebus tetel ler... ehh.. ehh.. tetiba yang ku masak hanya sup tetel lembu.. kerna apa??? kerna aku malas hehe.. banyak nak masukkan gambar dalam blogs tersohor i yang satu lagi tu.. nanti i share dengan you all ekk.. :):):) Melaka kampung keduaku walaupun aku bukan berasal dari sana... dek sebab adik lelaki tinggal di Melaka kerana bertugas dan Bonda suka ke sana.. maka Melaka umpama kampung keduaku.... jadi kalau ada yang teringin nak ke Melaka tu boleh ler jengah di blogs i yang satu lagi ni ekk >>> TRAVEL & ADVENTURE BEST MAKAN SAKAN 

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SUP TETEL LEMBU
  
Bahan-bahan yang di perlukan (DI KISAR):
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 5 ulas bawang putih ( i pencinta bawang putih)
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 inci kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji buah keras
Bahan-bahan lain :
  • 1kg tetel lembu ~ rebus sehingga empuk
  • 1 batang karot ~ kerat 
  • 1 batang celery ~ kerat
  • 5 biji kentang ~ potong 4
  • daun sadri dan bawang goreng untuk tabur
Cara Memasak :
  • masukkan segala bahan yang telah di kisar ke dalam periuk yang berisi tetel yang telah empuk
  • rebus sehingga bahan sebati
  • masukkan kentang, karot dan celery sehingga empuk
  • sesuaikan rasa dan taburkan dengan bawang goreng dan daun sadri
  • sedia di hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
SUP TETEL LEMBU
 
AMACAM??? mudah aje kan.. resipe sihat pun yaa jugak.. i kalau memasak sup lebih suka di rebus dari di tumis.. rebus sehingga kuahnya pekat.. waduh.. waduhhh...:):):)
MENU TENGAHARI 14HB MARCH 2011 :
  • SUS TETEL DAGING
  • KACANG PANJANG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN
  • ULAMAN ~ DAUN TENGGEK BURUNG, PUCUK GAJUS, TIMUN MUDA, PETAI REBUS DAN JERING MUDA... UNTUK AWET MUDA...:):)
  • SAMBAL BELACAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ