SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
Malam tadi awal-awal Aemir hero kedua tu dah beritahu ekk.. "Momma esok Hafiz dengan Rem nak tido sini." macam biasa.. hujung minggu memang ramai ler anak-anak angkat datang bertandang ekk.. i memang ler suka... anak reramai kat umah ni... walaupun ramai tetap tak bising oke.. syarat utama di rumah ni.. nak berhiruk-pikuk gi ler di bawah pondok tepi umah tu... so hari ni i masak ler lebih ekk.. kiranya mengikut kategori umur ler jugak ekk.. kekanak remaja tu kan mana boleh di pisahkan dengan sosej.... so i masak ler sosej goreng... ku bubuhkan dengan daun bawang bebanyak dan serbuk lada hitam dah tu jerk... 20 batang i masak oke.. memang licin ler tu... pulak hari ni semua umat islam akan berkumpul di masjid untuk solat Jumaat.... dah tu jerk ekk... menu petang nanti semestinya untuk hidangan anak-anak angkat i tu juga! tungguUuu....
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
Bahan-bahannya :
- 2 peket sosej ayam/daging ~ potong 3
- 1 biji bawang besar ~ dadu
- 4 ulas bawang putih ~ dadu
- 5 batang daun bawang ~ dadu
- 1 lada merah dan lada hijau ~ potong
- serbuk lada hitam secukup rasa
Cara memasak :
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak
- tumiskan bawang merah, bawang putih, lada merah dan lada hijau sehingga layu
- masukkan sosej dan gaul rata, taburkan serbuk lada hitam
- sesuaikan rasa dan masukkan daun bawang gaul rata
- angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
selamat mencuba!!
MENU MAKAN TENGAHARI 4HB MARCH 2011 : - SINGGANG BONDA
- SOSEJ DAUN BAWANG LADA HITAM
- ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
- IKAN MASIN
- IKAN GORENG
selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment