MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
Makan bubur hari ni.. dan bubur bukan sebarangan bubur oke... bubur daging dan kucampurkan dengan beberapa jenis sayur yang memang baunya harUUUmmmm.... simple sahaja.. sesiapa yang tak makan daging tu gantikanlah dengan ayam yer... tapi yang terbaik memang daging.... lemak aje rasanya...nya you all kena cuba ni tauu.. asalnya i buat bubur ni sebab ibu mertua datang berkunjung dan dia teringin nak makan bubur... pulak ada sayur dalam peti sejuk tu.. ku hiris-hiriskan ku cempakkan ke dalam bubur daging tu.. aduhaii memang ler the best! tak percaya cuba oke!
JOM!! SAKIN RESIPE!!
MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
10 helai daun kaduk ~ hiris
3 tangkai daun pudina ~ petik daunnya
2 helai daun kunyit ~ hiris
1 batang celery ~ potong dadu
3 tangkai daun selasih ~ petik daunnya
400gm daging ~ potong dan rebus, ambil air rebusan daging
1 sudu besar serbuk ikan bilis *tumix*
2 pot beras ~ rendam selama 10 minit cuci dan toskan
air *secukupnya untuk dijadikan bubur*
BAHAN DI KISAR :
1 biji bawang merah (B)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
8 tangkai cili kering
Cara memasak :
rebuskan nasi sehingga mendidih atau menjadi separa bubur dan serbuk tumi *tambah air jika terlalu pekat*
masukkan daging dan air rebusan daging, serbuk ikan bilis
masukkan bahan-bahan yang *dikisar dan kacau rata
masak sehingga menjadi bubur dan sesuaikan rasa
masukkan daun yang telah di rampai *kesemuanya dan gaul rata
angkat dan hidangkan bersama bawang goreng
TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
slurrppppppp!!!!
memang best! selamat menjamu selera kawan-kawan!
SHREK HOME SWEET HOME.... BARU UPDATE BLOGS CUTI-CUTI >>>
TATA!!!
No comments:
Post a Comment