ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 28, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Assalammualaikum... hah! satu lagi resipe yang i update kat blogs ni.. kiranya membalas ler selepas menyepi beberapa dekat dek kerana kesibukan dengan dunia penulisan... sekarang ni masa agak longgar sedikit... tu pun tak tahu ler.. hehee.. okay resipe yang i masukkan bertubi-tubi ini adalah resipe yang i masak beberapa hari lalu cuma tak sempat nak share di blogs.. so rasanya you all pun ringanlah jugak nak memikirkan idea nak masak apa untuk keluargakan kan... okay asam pedas kali ni.. ikan tenggiri tu i potong macam kiub so comey-comey aje ikan tenggiri tu.. tenggiri papan ler katakan.. isinya padat dan enak you... jangan lupa gorengkan ikan masin perahkan pulak dengan limau kasturi aduyaaiiii malas nak komen ler yerk..nasi tu masak lembik cikitt... makan panas-panas! terus tak ingat dunia hehehe.. sayur kobis goreng adalah padanan paling sesuaiii....okaylah jom! salin resipe... tetap simple macam selalu ler yerk...:)))

Asam Pedas Ikan Tenggiri

4 keping ikan tenggiri - potong kiub
1 biji tomato - belah dua
200 ml air asam jawa
3 tangkai daun kesum
300 ml air

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit
25 tangkai cili kering
1 cm belacan

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai titik

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan *bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak atau garing.
masukkan air asam jawa dan air, renehkan sebentar.
Setelah mendidih masukkan tomato, daun kesum dan ikan.
Sesuaikan rasa, setelah ikan masak, hidangkan!!

TARRAA!!!
Asam Pedas Ikan Tenggiri


Aduyaiii.. asam pedas memang trademark orang Johor...:))) teringat masa di gelanggang masterchef.. Asam pedas! Oh! Asam pedas...:))))

TATA!




No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ