AYAM GORENG JINTAN & KETUMBAR
Assalammualaikum... tengok mak ayam kat belakang tuUuu... garaNGNYA dia.. ehhh.. dia bakal ku sembelih tidak lama lagi... hahaa..Okay... dah lama tak makan ayam.. kiranya bila masak ikan dah slow aje di makan... hah! tukarkan pulak dengan ayam... sok lusa jemu makan ayam.. manjang sayur taugeh! yerkkk.. Okay ayam goreng kalau nak sedapp.. sebelum nak di goreng tu perapkan lama sikit... bagi rempah ratus tu serap kat ayam tu yerk.. so sebelum nak mula memasak tu.. perapkan dulu dan baru ler buat kerja yang lelain tu... last barulah di goreng ayam tu... Okay dah tu jerkkk..:))) *senyum tak pengsan dan pitam kali ni ekk*
AYAM GORENG JINTAN & KETUMBAR
1 ekor ayam *saiz kecil
minyak
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil lada putih
1 sudu teh chili flakes
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
gula dan garam
CARA :
Perapkan ayam bersama *bahan-bahan kisar.
Perap lebih kurang 1/2 jam- sejam.
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
Angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!
AYAM GORENG JINTAN & KETUMBAR
Terbaik dari REBAN AYAM oke..:)))
TATA!!
No comments:
Post a Comment